Saturday, March 31, 2012

Sports Day Zulaiqa

Semalam, Sabtu 31 Mac merupakan Sport's Day untuk tadika anak saya. Event dibuat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa,KL. Saya sudah lama tidak menjengah ke tasik yang boleh dikatakan famousla di KL ni. Dulu seingat saya suasana macam sendu je, sekarang dah happening dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah. Bab orang jogging and dating tuh toksah cerita lah...

Sukan anak saya tuh start pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi tetapi acara anak saya,Zulaiqa merupakan acara yang pertama iaitu Kanggaroo Hopping. Lepas acara kami pun balik rumah...Saya sempat merakamkan sedikit acara sukan tuh...sebenarnya nak rakam sampai habis tapi saya rasa annoyed dengan some of the parents yang over excited dengan anak-anak diorang taking parts in the event sampai ganggu parents lain yang nak tengok...well,you can see from the video...

 


Event ni menyedarkan saya kepada 2 perkara iaitu perlunya kita menghormati majlis dan memberikan sedikit ruang kebebasan kepada anak-anak kita, don't be too protective.
 
Memang ini kebiasaan kalau ada event yang involve anak-anak kecil kita, parents memang excited nak tengok tetapi hormatilah majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah ni. Kesian saya tengok MC yang berkali-kali reminding parents suruh naik ke tempat duduk yang disediakan...jangan mengerumuni kawasan aktiviti dijalankan. Tetapi,malangnya banyak yang buat derkkk je....Anak tengah marching nih, mak pun marching sama hehehe...Saya tengok pun  naik semak perut..Bayangkan lah ini anak-anak kita, kita menunjukkan contoh teladan yang tidak baik kepada mereka. Budak-budak ni masih kecil, mereka melihat perbuatan kita sebagai satu input kepada diri mereka. Maybe dalam fikiran diorang terdetik "owhhh...kalau tak ikut arahan  tu tak apa.." So, bila esok-esok ni kita cakap apa pun diorang buat derkk je, sure kita nak marah kan...Tapi kita tak sedar diorang mendapat sikap itu daripada kita....

Anak-anak pun macam kita juga, sometimes diorang nak juga ruang untuk diri sendiri...so, event macam ni biarlah diorang bergembira dengan kawan-kawan. Kalau kita asyik nak berada around them all the times, bila diorang nak belajar jadi independent...

Saya hanya memberikan my 2 cents sahaja...juga sebagai ingatan kepada diri saya...

Tuesday, March 27, 2012

Positive Parenting Part 2: Kikis Tabiat Anak Menjerit


Pernah menghadapi situasi begini? Yaaaa...hampir saban hari saya menadah telinga mendengar jerita-jeritan yang menusuk kalbu dan telinga saya ni....Kalau ikutkan hati, memang nak menjerit je balik tetapi pikirkan apa impaknya pada pembesaran anak kita...bacalah artikel ini dan kita renungkan...
 

Kikis Tabiat Menjerit
Ya, anak anda kadang-kala menyusahkan, tetapi menjerit pada mereka boleh menyebabkan
kemarahan, menghancurkan harga diri dan menjadikan mereka ‘si penjerit’ juga.
Disini diterangkan bagaimana anda boleh mengikis tabiat ini.
Oleh Dr Goh Chee Leong, Pakar Psikologi Pembangunan/Kognitif


Anda pening kepala dan anak anda berlari ke sana sini, menjerit sekuat hati. Anda menyuruh mereka supaya senyap sebanyak dua kali; mereka masih tidak menghiraukan anda. Jadi, anda menjerit pada mereka untuk, “Duduk dan senyaplah!!!”

Jika anda pernah menjerit pada anak anda, sudah pasti anda tahu sekarang ia tidak berguna lagi. Menjerit tidak akan memperbaiki keadaan; ia hanyalah suara yang kuat. Anak anda mungkin sudah kebal dengan jeritan anda – semakin kuat anda menjerit, mereka semakin tidak menghiraukan anda. Anda hilang suara, tekanan darah anda semakin meningkat dan rumah anda pasti menjadi tempat yang tidak aman lagi.


KEBURUKAN MENJERIT

Menjerit akan membuatkan anak anda berasa diri mereka tidak baik. Apabila anda menjerit, anda mungkin menghamburkan perkataan yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada harga diri anak anda. Menjerit membawa kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sensitif dan ini menyebabkan mereka menjadi rimas dan meragam.

BAGAIMANA CARA BERHENTI MENJERIT

• Apakah pencetus kemarahan anda?
Apakah yang menyebabkan anda menjerit? Adakah anak anda yang degil, kecuaiannya atau kerana dia tidak menghiraukan anda? Kadangkala, anda akan marah dengan setiap perkara yang tidak melibatkan anak anda. Misalnya, adakah anda tertekan selepas bekerja dengan teruk di tempat kerja atau selepas bercakap panjang lebar dengan ibu mertua anda? Ketahui pencetus kemarahan dan waktu tertekan anda untuk membantu menangani kemarahan anda dengan lebih baik.

• Berlalu dari situasi
Berehat seketika sekiranya anda berasa ingin menjerit kepada anda anak. Beri masa untuk anda bertenang dan berfikir: apakah yang anda mahu anak anda pelajari? Kemarahan akan menyebabkan
anda menghukum anak anda mengikut perasaan dan bukan kerana apa yang telah dilakukannya. Ingatlah bahawa hukuman bukanlah untuk melepaskan kemarahan anda, tetapi tentang tingkah laku
yang boleh diterima dan tidak diterima.

• Bercakap dengan tenang
Kembali semula kepada anak anda selepas anda bertenang. Bersikap tegas dan positif. Terangkan kepadanya sebab-sebab kelakuannya tidak diterima dan cara-cara memperbaikinya. Jelaskan dengan terperinci apa yang anda ingin anak anda lakukan. Jika dia sudah cukup besar, galakkan anak anda untuk memikirkan bagaimana dia boleh membetulkan keadaan.


PENJERIT KECIL
Ini adalah fakta: anak anda meniru apa yang anda buat. Jika anda menjerit kepada anak anda secara berterusan, dia akan membesar dengan kepercayaan jeritan adalah satu cara komunikasi yang diterima. Apabila anak anda sudah cukup besar, dia pasti akan menjerit kepada anda pula. Jadi kikis tabiat ini sekarang. Tetapi juga bukan semua jeritan itu tidak baik – jika berlaku kecemasan, respon yang terbaik adalah dengan menjerit!












http://www.mypositiveparenting.org

Monday, March 26, 2012

Positive Parenting Part 1- Pendidikan Prasekolah

Asyik memasak aje, apa kata kita tambah ilmu di dada pulak. Kepada ibu bapa, cedukla ilmu positive parenting ini untuk kita praktikkan di rumah.

Dipetik dari laman positive parenting www.mypositiveparenting.org

Pendidikan Prasekolah Berkualiti
Asas Masa Depan Kanak-Kanak Kita
Apa yang dikatakan penjagaan & pendidikan awal
kanak-kanak berkualiti dan bagaimana anda
boleh membantu anak anda memanfaatkan sepenuhnya?
Oleh Winnie Yong, Positive Parenting


“Mak… B-O-L-A ialah bola!” Jamie kata dengan bangga menunjukkan kepandaiannya kepada anda. Anda melihat contengan pada buku anak anda. Tiada satu pun huruf yang boleh dibaca, namun anda tetap memberikan pelukan. Anak anda nampak seronok walaupun baru dua bulan ke tadika. Lebih penting lagi, dia berminat belajar membaca dan menulis. Ini terbukti daripada buku kerja sekolah yang dibawa pulang setiap hari. “Dia pandai. Dia seharusnya dapat membaca dan menulis dengan baik tidak lama lagi,” kata suara hati anda.
Persoalan yang sama bermain dalam fikiran beribu-ribu ibubapa Malaysia yang menghantar anak mereka ke prasekolah setiap tahun. Seperti anda, mereka juga tahu kepentingan pendidikan.



Mereka juga tidak sabar melihat kemajuan anak mereka. Tetapi prasekolah bukan sahaja untuk belajar membaca dan menulis. Ia adalah untuk memperlengkap anak anda dengan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) yang akan membina asas yang kukuh untuk pembelajaran sepanjang hayat... dan ini sudah tentu tidak terbatas kepada A-B-C dan 1-2-3.


Permulaan Yang Baik
ECCE adalah satu konsep bimbingan yang menjamin ‘permulaan yang kukuh’. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa enam tahun pertama hayat kanak-kanak adalah sangat penting. Bakat, pemikiran dan sikap yang akan menjadi asas pendekatan mereka terhadap gaya hidup mereka apabila dewasa terbentuk sepanjang tempoh ini. Baik atau buruknya kecenderungan ini banyak bergantung kepada persekitaran dan pengalaman mereka setiap hari. ECCE yang berkualiti memastikan kanak-kanak mendapat pengalaman dan rangsangan yang betul untuk mengoptimumkan pembangunan. Manfaat ECCE berkualiti diakui seluruh dunia.
“Kanak-kanak yang mendapat ECCE menunjukkan kemahiran komunikasi yang lebih baik, kognisi (proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu) lebih baik, dapat berinteraksi dengan orang lain secara positif dan mempunyai lebih kekuatan emosi daripada kanak-kanak lain yang tidak mendapat ECCE,” kata Datin Radziah. ”Kemahiran ini akan membantu anak anda menyesuaikan diri apabila memasuki alam persekolahan dan seterusnya berjaya dalam kehidupan.”
Datin Radziah M Daud
Presiden, Persatuan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan Malaysia

Kurikulum Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak
Apabila negara bertambah maju dan makmur, keperluan modal insan berkualiti turut meningkat. Memang itulah yang menjadi matlamat sistem pendidikan kita: untuk melahirkan individu yang bijak berfikir, bersifat ingin tahu, mampu mencipta inovasi dan menyelesaikan masalah, serta sentiasa mencari idea-idea baru; individu berkemahiran dan ada daya ketahanan, cintakan tanah air dan disemai nilai-nilai moral tinggi. Keperluan modal insan ini menjadikan ECCE amat penting sebagai asas kukuh yang mesti dibina sejak kecil.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) dirumus dan diperkenalkan pada 2003 sebagai garis panduan untuk membantu prasekolah merancangkan aktiviti dan pengalaman yang mengoptimumkan segala aspek perkembangan kanak-kanak.
“Akta pendidikan 1996 mewajibkan semua prasekolah – kerajaan atau swasta – mematuhi KPK. Oleh kerana KPK adalah fleksibel, prasekolah swasta boleh menggabungkannya dengan mudah dalam kaedah mereka sendiri,” kata Jayawathi.
Jayawathi Perera
Presiden, Persatuan Tadika Malaysia


Menurut Presiden Persatuan Pendidik Profesional Awal Kanak-Kanak Malaysia (MAPECE), Profesor Dr Chiam Heng Keng, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) memastikan prasekolah menumpu kepada kanakkanak, bukan kehendak ibubapa atau guru. “Kurikulum ini disesuaikan untuk kanak-kanak, bukan sebaliknya. Ia sesuai untuk perkembangan kanak-kanak dan menggalakkan pembelajaran menerusi permainan. Ini penting semasa zaman kanak-kanak.”
“KPK adalah berasaskan kemahiran, bukan kandungan,” katanya. “Contohnya, tumpuan diberikan kepada pembangunan kemahiran komunikasi, mengira, berfikir, membuat pertimbangan, mendapat dan menggunakan maklumat, bercampur-gaul dengan kawan-kawan dan sebagainya. Kerja rumah dan peperiksaan tidak digalakkan.”

Banyak Pilihan
Terdapat begitu banyak prasekolah di Malaysia sekarang hingga menyukarkan ibubapa untuk membuat pilihan. Menurut Dato’ Alimuddin, keadaan ini amat jauh berbeza daripada zaman 1950-an sewaktu prasekolah baru muncul. “Pada zaman itu, prasekolah ditubuhkan oleh sektor swasta, kebanyakannya untuk keluarga kaya di kawasan bandar. Kerajaan menubuhkan tadika prasekolah awam pertama pada tahun 1970-an dengan matlamat merapatkan jurang pendidikan antara kanak kanak bandar dan luar bandar. Tadika prasekolah KEMAS dibuka pada 1971, tadika Perpaduan pada 1976 dan tadika Kementerian Pelajaran pada 1992,” katanya. “KPK dilaksanakan menerusi tadika prasekolah kerajaan dan swasta yang mendaftar dengan Kementerian Pelajaran. Ia dikuatkuasa dan dipantau oleh pegawai kami daripada Jabatan Pelajaran Negeri.”
“Ibubapa zaman ini sedar bahawa pendidikan prasekolah berkualiti adalah asas masa depan anakanak mereka. Permintaan semakin meningkat apabila lebih ramai ibubapa mendaftarkan anak anak mereka di prasekolah,” katanya. “Kerajaan memenuhi permintaan yang meningkat ini dengan menambah bilangan tadika awam dan kelas prasekolah.”



“Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan pendidikan yang baik sejak kecil mempunyai kemahiran sosial dan kekuatan emosional. Mereka belajar bersikap positif, menghargai nilai dan berkelakuan baik, yang akan menjadikan mereka warga masyarakat yang berguna apabila dewasa.”


ECCE Adalah Tanggungjawab Anda Juga
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) boleh disediakan bukan sahaja menerusi prasekolah tetapi juga di rumah. Anda boleh membina asas kukuh untuk masa depan anak anda dengan mewujudkan persekitaran yang sesuai dan memastikan anak anda mendapat pengalaman positif sepanjang masa – baik di rumah mahupun di tadika.

MEMAHAMI KONSEP
Anda perlu memahami terlebih dahulu konsep ECCE. Dengan membaca rencana ini, anda sudah mengambil langkah pertama. Bacalah seterusnya dan minta pendapat orang yang memahami dan mengamalkan ECCE.

PILIH TADIKA PRASEKOLAH BERKUALITI
Datin Radziah menasihatkan ibubapa supaya mencari tadika prasekolah yang menggunakan kurikulum yang sesuai. “Tadika kerajaan menggunakan KPK. Jadi, anda boleh mendapat kepastian kurikulumnya sesuai untuk perkembangan kanak-kanak. Tetapi anda tidak boleh mendapat kepastian penuh daripada prasekolah swasta, maka pilih tadika swasta yang berdaftar,” katanya. “Jika anda mengambil keputusan untuk mendaftarkan anak anda di tadika swasta, pastikan ia menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi permainan dan aktiviti yang sesuai dengan usia dan peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak tidak seharusnya duduk di meja dan menulis sepanjang masa.”
Di bawah adalah beberapa perkara yang harus anda ingat bila memilih prasekolah:
  • Selamat dan mesra untuk kanak-kanak Keselamatan anak adalah keutamaan anda. Itulah sebabnya mengapa anda perlu menghantar anak ke prasekolah yang berdaftar kerana ia memenuhi keperluan keselamatan tempat, keselamatan kebakaran dan juga kebersihan. Sebagai tambahan, anda boleh perhatikan sama ada terdapat ciri-ciri keselamatan yang lain. Contohnya, pastikan kawasan luar prasekolah berpagar, tiada bucu-bucu tajam di meja, dan sinki dan tandas sesuai untuk kanak-kanak.
  • Bilangan kanak-kanak yang sesuai Memandangkan komunikasi terbuka juga penting dalam proses pembelajaran, kelas yang ideal ialah antara 12 hingga 15 kanak-kanak dengan seorang guru dan seorang pembantu.
  • Guru yang baik dan berkelayakan Seorang guru prasekolah yang bagus adalah baik hati, ceria dan menyukai kanak-kanak. Dia berminat untuk melibatkan diri dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak. Dia berpakaian yang memudahkannya berbongkok apabila bercakap dengan kanakkanak, berlari atau merangkak apabila bermain bersamanya. Dia perlulah mempunyai kelayakan akademik dan profesional, mempunyai pengetahuan mengenai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan boleh menjelaskan bagaimana dia menggunakannya di dalam kelas.
  • Kanak-kanak yang gembira, mengerti & produktif Anda patut lihat kanak-kanak bekerjasama menyelesaikan projek, berkawan dan berseronok. Mereka lebih ekspresif, yakin dan berkomunikasi secara terbuka sesama mereka dan juga guru apabila berada di dalam kelas.
Tip-tip di atas adalah berdasarkan artikel Positive Parenting yang bertajuk ‘Bersedia Ke Prasekolah’ Artikel penuh boleh didapati di
www.mypositiveparenting.org/articles/bm/preparepreschool-bm.htm


JANGAN MENDESAK, JANGAN MENEKAN
“ECCE masih baru di Malaysia dan banyak prasekolah masih terlalu akademik. Malah, ada prasekolah yang mengadakan peperiksaan!” kata Eveleen. “Ibubapa perlu faham bahawa kerja rumah yang bertimbun bukan bukti anak anda pandai belajar. Banyak kemahiran yang dipelajari olehnya tidak boleh dilihat pada kertas. Itulah sebabnya anda perlu memilih tadika yang baik dan boleh dipercayai agar anak anda belajar dengan cara yang betul.”

ULANGKAJI DI RUMAH
Tunjukkan minat terhadap anak anda. Berbual dengannya, dengar pandangannya, tanyakan apa yang dilakukan di kelas dan bincangkan kemajuannya dengan gurunya. Cari cara untuk anak anda mengulangkaji apa yang dipelajari dari tadika di rumah. Untuk idea yang berguna, sila ke laman web www.mypositiveparenting.org/articles/bm/v3-article13-bm.htm.

BIARKAN DIA BERMAIN!
“Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini terhadap amalan pendidikan awal kanak-kanak di Finland menunjukkan bahawa sehingga usia tujuh tahun, semua pengalaman pembelajaran awal kanak kanak Finland adalah berasaskan mainan. Kajian itu juga menunjukkan bahawa menjelang usia dua belas tahun, kanakkanak Finland mengatasi kanak-kanak dari negara perindustrian lain dari segi bacaan, matematik dan sains!” kata Dr Chiam. Jadi, sebagai ibubapa, anda perlu memberi masa dan ruang untuk anak anda bermain dengan bebas tanpa halangan. Tetapkan masa bermain, lebih lebih lagi jika anda mempunyai jadual tugas yang ketat. Sebagai ibubapa, keselamatan anak-anak adalah perkara yang paling membimbangkan anda. Tetapi, dengan tidak membenarkannya bermain di luar tanpa halangan, anda sebenarnya menyekat aktiviti motor dan pergaulan sosial mereka. Jangan kurung anak-anak dalam rumah tetapi awasi mereka untuk memastikan keselamatan semasa bermain.

Usaha untuk memberikan ECCE yang berkualiti kepada kanak-kanak memastikan anda menangani keperluan perkembangan menyeluruh mereka – dari kemahiran berkomunikasi ke kemahiran kognitif, nilai-nilai moral hingga pembangunan sosio-emosional. Tahun-tahun pembentukan awal ini hanya datang sekali. Jadi, asuhlah anak anda dengan baik, luangkan masa untuk bersama mereka, dan berikan segala peluang untuk mereka belajar dan membangun mengikut rentak mereka sendiri menerusi permainan. Tumpukan pada aspek ini dan anda terjamin keupayaan membaca dan menulis akan muncul sendiri.

Saturday, March 24, 2012

BangLong Nak Cheezy Wedges...Jom Masak!!

Assalamualaikum...

Di petang nan indah ni, angin pun sepoi-sepoi bahasa membelai diri...mata pun makin berat dan berat...hampir tertutup...tiba-tiba "Mummy!!!! Nak cheezy wedges...banglong laparrrr!!!" Alamak, spoiled la mood  nak tidur..dalam hati mummy yang tulus ikhlas ni pun berbisik "Aiiikkk...baru je makan nasi, lapar lagi???" Dengan hati yang terasa begitu malas (tapi bukan baloq liat no!)...aku memaksa tubuhku melangkah longlai ke dapur...Tangan membuka peti ais, menjenguk ke compartment yang sejuk...ada pulak frozen wedges, belek-belek lagi, wahhh,...ada cheese jugak...Jenguk ke bahagian bawah, ada susu...oohhh yea!!! Mood ceria kembali...mari kita buat cheezy wedges!!!

Ini resipi dari Myresipi.com, my favourite website untuk resipi masakan..asal teringat nak makan apa saja,tapi taktau nak buat,akan ku belek site ini...

Bahan-bahannya:


Frozen Wedges..nak buat sendiri pun boleh,kalau rajin la..

Cheese...kalau boleh cari yang kuning pekat warnanya, bila masak jadi kekuningan macam kat KFC


Susu segar..amik low fat lah...
Bahan-bahan extra ialah butter dalam 2 sudu besar dan tepung gandum pun 2 sudu besar jugak...

Cara-cara:
1. Panaskan butter dalam periuk kecil. Masukkan tepung. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
2. Masukkan susu, kacau sebentar.
3.Masukkan cheese slices sebanyak mana yang disukai.
4. Kacau sehingga cheese cair dan sebati adunan tadi..kalau terlalu pekat tambah susu.

Macam ni la rupanya...tapi masa masak tadi lupa pulak nak amik gambar...tinggal yang saki baki je, yang lain dah masuk dalam botol.

Nampak tak cheese yang dah cair tuh?? Sapa tak nampak...pendek umur! heheheh
Pastuh, terus masukkan ke dalam botol plastik macam ni...kalau ada la...kalau tak ada, tak payah le nak lari pegi beli kat kedai pulak...Pakai sudu pun boleh...guna jari pun boleh! Hehehe...

Cheese dalam botol kicap...bukan hantu dalam botol kicap ek...!!!
Siap dah kuah cheese nih...tapi you all tau tak apa yang saya tertinggal? Haaaa...wedges tadi apa cerita pulak? Saya lupa nak bagitau tadi,goreng  la frozen wedges...

Wedges yang telah siap digoreng oleh assistant Chef, bibik Juliatik..huhu

Hehehe..saya suruh bibik saya goreng wedges sementara saya menyiapkan sos cheese saya tuh...nampak benau malasnya ye!

Okay, picitlah botol tuh sampai keluar cheese dan tuangkan ke atas wedges tadi..kalau kreatif, buatlah corak zig zag ke,bulat-bulat ke..smiley face ke..apa-apalah asal bahagia.

Oooo ye...saya pakai Cheesedale cheese yang tak berapa kuning sangat warnanya,jadi rupanya tidaklah sebijik macam KFC tapi rasa memang sama!

Wallaaaa!!!! Cheezy cheese in da house...wassup wassup!

Dannnn...yang paling penting, taukeh yang request tadi berpuas hati...lihatnya wajah-wajah mereka yang excited nih...

Sedap la mummy!! Macam kat KFC....
Kembang diriku sekejap...Love you guyssss!!! Tiada yang lebih sedap dari masakan ibu sendiri, betul tak???

Okay, saya stop di sini dulu. Renung-renungkan dan selamat memasak....

Friday, March 23, 2012

Jom belajaq loghat Perlis

Lama rasanya tak update blog ni…minggu lepas balik kampung menghadiri kenduri kahwin sepupu…minggu ni en zul kita tuh sibuk sangat, kami balik rumah pun lambat. Jadi, bila dah letih idea pun tak keluar…apa istilah takde idea dalam dunia penulisan ni…writer’s block? Macam tuh la bunyinya…

Fikir punya fikir apa nak cerita hari ni…datang la idea yang agak menarik nak dikongsikan disini…Memandangkan saya ni anak Perlis..oopppsss..ex already sebab  parents dah pindah ke Baling,Kedah…saya nak ceritalah sikit pasal loghat Perlis yang bagi saya sangat unik, funny pun ada…Ada persamaannya loghat negeri Perlis dengan loghat Kedah dan Penang ni, dan yang tak berapa nak sama pun ada jugak…

 Seperti yang semua tahu, loghat Perlis ni secara umumnya, perkataan yang ada ‘ar’dihujung akan jadi ‘aq’…contohnya ‘lapar’ jadi ‘lapaq’…ada dengung sikit, pastuh kena panjang sikit macam orang mengaji tuh..Sebutannya  jadi ‘lapaaaq’, bukan ‘lapak’ tau…Satu lagi contoh, air disebut ‘ayaq’..bukan ‘ayak’…yang tu orang buat tampi padi no! 

Itu ‘r’ di hujung…kalau ‘r’ ditengah??  Haaa..kalau di tengah sebutannya jadi ‘gha’. Contoh ‘marah’ disebut ‘maghah’. Kereta jadi ‘kegheta’…tapi yang peliknya kalau ‘lori’ tak sebut pulak ‘loghi’,kami sebut ‘lori’ jugak…

Lagi satu yang uniknya, kalau perkataan hujung ada ‘g’, bila sebut ‘g’ tu hilang !! Contoh no…’anjing’ kami sebut ‘anjin’, kucing jadi ‘kucin’..Ada lagi nih, kalau perkataan tu ada ‘ut’ kat belakang, sebutannya jadi ‘uit’. Perkataan ‘pulut’ contohnya dah disebut ‘puluit’..’kasut’ disebut ‘kasuit’. Tapi tak semua orang sebut macam tuh…ada certain tempat saja.  Tapi kan ‘mulut’ tak pulak  disebut ‘muluit’ pulak kan…isn’t it ironic?

Ini belum bab perkataan yang ada ‘ur’ kat hujungnya…Bubur, apa orang Perlis sebut? Haha…bubur jadi ‘buboq’, subur jadi ‘suboq’…Kalau ada ‘ir’ dihujung perkataan, jadi ‘iaq’. Fikir disebut ‘pikiaq’, huruf ‘f’ tukar jadi ‘p’ pulak…Tapi sifir kami tak sebut ‘sipiaq’ no…Kami panggil ‘kali-kali’ hehehhe…payah sungguh bahasa ni no…

Macam mana? Susah ka nak belajaq loghat Perlis ni? Cuba try test tengok…

Ada jugak perkataan yang langsung takdak kaitan dengan bahasa standard kita…kalau cari dalam kamus pun tak jumpa nih…contohnya tengok ni:

1.Loqlaq = maksudnya teruk la
 Kena buat ayat baru paham nih, contoh ayat dia : Hang ni loqlaq la…maksudnya awak ni teruk la…
2. Hang = awak, tapi ada sesetengah kawasan di  Perlis yang tak sebut hang, ada lenggok nahu dia, kalau kita dengar jadi ‘hiang’
3.Tertomoih = tersungkur
4. Meghela =tergedik-gedik,gatal. Contoh: Hang ni meghela la
5. Pulun = bersungguh-sungguh
6. Cemuih = bosan
7. Gerek = basikal
8. Kernyih = senyum lebar
9. Mengkala = bila
10. Carik = koyak
11. Tak dan= tidak sempat
12. Mengkelan = tercekik
13. Mentekedarah = makan tak ingat dunia
14. Lagu tu ka? = Macam itukah?;  Lagu mana?= Macam mana?
15. Ketegaq = degil
16. Awat / Pasai apa = kenapa
17. Sat = sekejap
18. La = sekarang
19. Kami = saya
20. Depa = mereka
21. Mai = datang/mari
22. Hangpa = korang, you all
23. Besiaq = sudah kebiasaan, tabiat
24. Habaq = bagitau
25. Jeruih = jirus,siram

Ada jugak perkataan yang di’generalised’kan  …contohnya:

1.       Kasut – bagi orang Perlis, selipar ke,kasut ke,sandal ke semuanya kami panggil ‘kasut’…senang, tak payah pening kepala…asal pakai kat kaki je, kasut la tuh…
2.       Roti – biskut ke, roti putih ke kami panggil roti ( tapi ada jugak yang sebut biskut dan roti…)
1.       Coklat – orang Perlis kata ‘cekelat’..gula-gula dan coklat semua kami sebut cekelat…

Selain itu, ada perkataan yang disebut secara ‘phrases’ nak tunjukkan betapa extremenya keadaan tuh..macam ni la:

1.       Hangat lit-lit = Ni kira tersangat panas la..
2.       Basah lencun = Basah kuyup
3.       Merah ang = Merah terang
4.       Putih melepak = putih gila,gebu..
5.       Kasar gedegar (sebut kasaq gedegaq) = tersangatlah kasarnya
6.       Betul bendul (sebut betoi bendoi) = tersangat lurus
7.       Pahit berdengung= sangat pahit
8.       Manis melecaih = sangat manis
9.       Tawaq hebiaq = sangat tawar
10.   Keras kedekiang= keras giler
11.   Gemuk gedempoi = sangat gemuk
12.   Baloq liat = malas tahap extreme
13.   Gatai meghenyam = menggatal
14.   Busuk mengaum = busuk giler
15.   Kelip pok,kelip pok = keadaan mata yang terbukak tutup macam ayam berak kapur . Contoh ayat: Awat yang mata hang dok kelip pok,kelip pok?
16.   Serawa langut = kosong,tak  ada apa-apa, tak buat apa-apa
17.   Perak buih = susah la nak describe makna nih…macam amazed atau keseronokkan tak terhingga laaaa bila dapat sesuatu pertama kali
18.   Beruk mat yeh = ni memang lawak ni dan favourite saya…kami guna phrase ni bila nak describe betapa buruknya sesuatu…contoh ayat: perangai hang ni macam beruk mat yeh, maknanya perangai teruk atau buruk..tak tau la mana datang perkataan ni…agaknya dulu sebelum terciptanya ayat ni ada orang kampung nama Mat Yeh bela beruk yang sangat buruk perangainya kot….
19.   Hitam Melegam = hitam pekat
20.   Mampuih pi kat depa = lantak diorang
21.   Bodoh piang = sangat bodoh

Kalau time marah tuh, akan tersebutlah perkataan-perkataan macam “Kepala hotak hang”,”Pi mampuih la hang” dan macam-macam lagi yang saya tak kuasa nak sebut kat sini..

Orang Perlis ni jugak pandai menambah perisa dalam ayat-ayat diorang. Biasanya di hujung ayat akan ditambah ‘la’, ‘no’, ‘ka’, ‘kot’, ‘aihh’…takde makna pun tapi nak bagi sedap saje…

Banyak lagi yang boleh dikongsi di sini tapi kang jadi 10 pages, tak larat plak orang nak baca…Nak tau lebih kena kursus dengan orang Perlis la…saya pun banyak yang dah terlupa sebab sejak duduk KL bertahun ni asyik cakap Key-El saja, dah nak hilang dah slang Paris nie hehehhe…

Orang-orang Perlis, kalau ada yang tersilap di sini tolong betulkan ye..

Wednesday, March 14, 2012

Pizza Roti Arab

Haaaaa...blog ni dah macam blog masak-masak la pulak ye....Tapi takpa, inilah dikatakan sharing is caring...Saya ni bukannya apa, ada resipi senang eloklah berkongsi...saya tau ramai isteri-ister,ibu-ibu yang busy sesangat tuh, nak masak tapi takde masa. So,bagus kalau kita cuba resipi-resipi ringkas ni...sekurang-kurangnya suami,anak-anak dapat makan masakan kita,ye tak....Saya pun bukanlah rajin bebeno...jadi orang Perak le kejap hehehe...

Okay...anak-anak saya ni memang suka makan pizza. Tapi kalau nak beli selalu kat Pizza Hut tu,pokai la jugak...sekali beli je terbang RM50 ..itu belum masuk side dishes lagi tuh, sup la,cheese stick la, etc...Nak buat sendiri, saya memang malas nak uli tepung buat base Pizza nih...So saya cubala resipi ni, entah mana saya tengok pun dah tak ingat...Tapi hasilnya, almost like Pizza lah...

Firstly, cari la roti Arab kat kedai...sebungkus adalah 5-6 keping. Tapi roti Arab ni tebal. So, nak memPizzakan roti ni hehehe, perkataan baru tuh...saya lenyekkan bagi nipis pakai roller kayu tuh...

Pastuh, cari spagethi sos, topping apa-apa la yg disukai...letak cheese. Then bakar about 6-7 minit sudahlah. Saya masak dulu topping sebab taknak bakar lama-lama takut roti Arab tu hangus pulak... So hasilnya, TADAAAAAAAA.....

Top-view

Side-view...nipis je kan...
Macam Pizza kan? Kan?....Boleh guna roti pitta kalau takde roti Arab ni...Tak pandai masak pun boleh buat Pizza....

Jumpa lagi dengan resipi yang lebih hebat dan ringkas......