Tuesday, May 28, 2013

Ceritera Cinta

Hari ni saya banyak menerima ucapan selamat ulangtahun perkahwinan saya yang dah ke 14...terima kasih lah. Terharu I...

Sepanjang 14 tahun ni, banyak cabaran yang dilalui dalam perkahwinan kami. Orang kata sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri kan. Memang la betul pun, bayangkan bagaimana dua orang manusia yang berlainan latar belakang dan didikan kena duduk serumah...kena pulak perangai pula opposite dengan pasangan...Masa bercinta tu lain lah, kentut pun wangi heheheh...

Memanglah mengambil masa untuk menyesuaikan diri...Awal-awal perkahwinan tuh biasalah ada yang tak kena kan, tapi masing-masing kenalah bijak mengawal diri...Yang terlalu mengikut perasaan sangat tu lah yang kecundang di tengah jalan tuh...Ada terdengar kata orang the first 5 years tu sangat crucial bagi sesebuah perkahwinan...Masa untuk menerima kelemahan dan kelebihan pasangan masing-masing..walahualam..

Kitorang ni seriously tak pernah bergaduh besar...sikit-sikit tu adalah...arguing tu perkara normal, sebab masing-masing nak pertahankan pendapat masing-masing. Kalau boleh, saya memang nak elak bergaduh sebab saya suka bersembang...kalau dah gaduh nanti saya nak sembang dengan sape pulak...Jadi, kalau ada bunga-bunga peperangan akan meletus, kami akan cepat-cepat leraikan. Biasanya husband saya yang akan cool down dulu...saya biasalah nak merajuk jugakkkkk...sekejap pun jadi lahhh..Tapi husband bukan jenis yang suka pujuk...Ada orang tu asal merajuk je dapat bunga kat office, kelasss kan!!!.Tapi kita takdelah...habis-habis pun dia buat milo je se-mug bagi kat saya.. tapi takpe lah...terpujuk juga marahku......Biasalah orang perempuan ni cepat je hilang merajuk..
 (P/S: daddy, next time buat milo letak 3 sudu milo ekkk...)..

Nak tau macam mana kitorang boleh berjumpa dan bercinta? Takde lah kisah sehebat cerita Adam & Hawa tuh..Kitorang dulu sekelas masa form 1 &2 di Sek. Men. Derma, Kangar. Masa form 3, husband dah tukar ke KL. Dalam kelas, kami duduk sebelah menyebelah..Lepas tu dah tak jumpa sampai saya di MSM Trolak, husband di MSM KL. One fine day, tengah cuti semester ada member Derma yang sekelas dengan husband di MSM KL menelefon...sembang punya sembang, keluar la cerita pasal husband. Dia pulak bagi nombor saya kat husband, kononnya husband nak contact kawan-kawan lama...ceehhhh, kononlah. Sebenarnya saya baru tau husband sudah syok sama saya masa dolu-dolu lagiiii...tapi sebab saya ni 'nerd' yang tak boleh nak ampun, so dia syok-syok sendiri je lah..takde lah cakap dengan saya. Jadi, keesokkan harinya husband pun called lah..sejak itu kami pun berkawan lah...dah sampai jodoh maka kami pun kahwin...Alkisah...

Saya mengharapkan dan berdoa setiap waktu agar jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami berdua. Husband sayalah 'soulmate' saya...we complete each other...kan, Daddy?

Assalamualaikum...


Japanese Drama Lagi..

Sorry aaaa..lambat sambung...ooo ye, hari ni hari ulangtahun perkahwinan saya yang dah berbelas-belas tahun dah...sila ucap selamat pengantin lama kepada saya, hehehehehe....malam ni nak makan kat mana agaknya, hmmm...

Okay, jom sambung cerita Jopun nih...ohayo, ohayo...

Cerita seterusnya yang saya tengok ialah NOBUTA WO  PRODUCE,  lama dah cite nih. 


Cerita nya kisah 2 sahabat ni berusaha mengubah sahabat perempuan diorang yang bernama Nobuko yang sangat pendiam dan selalu dibuli sehingga menjadi seorang yang popular kat sekolah. Takde cintan-cintun tapi kisah budak sekolah...boleh la layan..Tapi saya memang minat Tomohisa Yamashita (di sebelah kanan) ni..sayangnya dalam drama ni dia jadi mat auuuwww pulak...

Drama PRIDE ni memang saya recommend you all tengok...memang best!!! Dilakonkan oleh pelakon yang hangat dan ngetop di Jepun dari zaman dia muda sampai laaa ni dah tua pun masih laku lagi..Banyak menang awards...pendek kata asal dia berlakon je mesti menang awards punya laaa...


Pelakon utama yang ngetop tuh tentulah Kimura Takuya....actually kita pun baru tau dia famous...banyak drama dia berlakon..tak caye cuba Google...


Kisah drama ni ialah mengenai pemain hoki ais (Halu) yang sangat serius dalam game, tapi bermain-main dalam percintaan. Terjumpa pula dengan seorang wanita (Aki) yang dah ada boipren tapi dok jauh, dah 2 tahun tak balik-balik, tak contact pun tapi dia sangat setia menunggu. Bila dah berjumpa, sama-sama terpikat. So, Halu pun offer nak jadi boipren sementara, bila boipren Aki dah balik diorang janji nak break...

Jalan cerita seterusnya you all boleh guess la kot..of course lah bila boipren dia dah balik, si Halu ni dah mula jatuh centa lah sama itu Aki...ada lah conflict di situ..adegan tumbuk menumbuk pun ada jugak, untuk menambahkan kemachoan si Halu ni, cewah...Tapi pendek kata, memang best lah...kalau tengok tu susah nak stop..jawabnya kul 3 pagi la tido....

Dan yang akhir sekali buat masa ini ialah Hotaru No Hikari (1&2), hadoiii cerita ini memang kelakar...


Kisahnya mengenai seorang interior designer (Hotaru) yang hobi dia bila balik rumah ialah bermalas-malasan...sepah-sepahkan rumah, suka tidur bawah suratkhabar, minum beer dan pakai t shirt buruk & tracksuit..dia memang tak suka keluar dan tidak suka bercinta-cintun.. Sampailah suatu hari anak tuan rumah a.k.a boss dia (Takano) pindah balik ke rumah yang disewa oleh Hotaru selepas bercerai. Jadi diorang kongsi rumah sebab Hotaru berdegil taknak pindah. Takano pada mulanya memang pening kepala tahap impak maksima lah melihat betapa pemalas dan pengotornya Hotaru ni. Tapi bila pegi ofis bergaya pulak...Lama-lama diorang jatuh cinta lah...Season 1 tuh so-so laaa tapi season 2 best sebab diorang dah mula bercinta dah merancang nak kahwin tapi sentiasa je ada problem...sampaikan cincin tunang pun Hotaru boleh hilangkan...

Itu sahajalah drama Jepun yang saya sempat tonton setakat ini...dalam planning tu ada a few lagi drama yang nak tengok..cuma belum sempat. Nanti saya update lagi....

Babaiii...



Tuesday, May 21, 2013

Japanese Drama

Salam semuanyaa.....

Hari ni nak cerita sikitlah pasal drama-drama Jepun yang saya dah tengok...Saya tahu ramai yang gilakan cerita Korea ni..saya pun tergolong di dalam geng itu jugaklah..Tapi sesekali ubah selera jugak sebab kalau asyik tengok cerita Korea ni, naik jemu pun ada. Lepas tuh cerita pun lebih kurang, harap pelakon je bertukar. Cuma daya penarik cerita Korea ni, pelakon dia yang cun-cun belaka..itu yang layan jugak tuh walaupun dah boleh agak ending macam mana...

Seingat saya drama Jepun yang pertama kali saya tengok ialah NODAME CANTABILE



Cerita dia kisah budak pompuan ni (Megumi @ Nodame) ni belajar piano kat kolej. Dia syok kat sorang pelajar lelaki senior (Chiaki) atau dia punya Senpai lah. Tapi personaliti memang sangat berbeza...Chiaki Senpai ni memang genius, pandai main piano, pengemas, pandai masak dan bercita-cita nak jadi konduktor orkestra. Megumi ni tahap blur yang amat hebat lah, main piano pun so-so je, pastuh penyegan, penyemak tak hengat...bilik dia macam dalam tong sampah! Nak masak? Kirim salamm..memang tak tau...Diorang pulak duduk bilik sebelah menyebelah. 

Lama-lama Chiaki senpai ni pun jatuh cinta dengan dia tapi dia tak berterus-terang dengan Megume. Nampak cintanya tuh dari perbuatan sahaja. Melalui cara dia layan dan menjaga Megume..cerita ni cute la..Tapi yang bestnya dia tunjuk semua muzik-muzik lama seperti Mozart dan komposer hebat lain lah. Dapatlah belajar sikit pasal komposer-komposer hebat. Memang saya recommendlah untuk menonton drama ni..11 episod je tak panjang meleret macam cerita Korea sampai 20 episod nun. 
(P/S Chiaki Senpai sangat handsome, bonus point untuk you all tengok heheheheheh...)

Cerita kedua saya tengok ialah HANA YORI DANGO (1&2)

I

Pernah tengok cite Korea Boys Over Flower? Inilah cerita asalnya, difilemkan semula sebagai versi Korea. Kisah budak sekolah kaya, group F4 yang suka buli budak-budak lain. Tapi yang perempuan ni, Makino berani melawan ketua F4, Domyouji Tsukasa..lama-lama jatuh cinta lah tapi banyak rintangan yang perlu dilalui sebab mamat ni tersangat kaya tapi jiwa kacau, mak-bapak tak pernah peduli, sibuk cari duit. Makino ni anak orang miskin je tapi sangat rapat dengan family. Pipit dengan enggang, susah la nak berkawan kan...Sama lah macam cerita Korea tuh..cuma saya lebih prefer Jepun punya version, lagi terkesan kisah percintaan diorang tuh...feeling lebih lah. Lepas tengok ni baru la suka tengok pelakon utama dia Matsu-Jun...memang best.  

Kemudian, cerita ala-ala pencipta Facebook tuh..tapi ini pasal cipta software..RICH MAN, POOR WOMAN


Hero utamanya Oguri Shun, pelakon popular kat Jepun...Kisah pasal lelaki ni, Tetsushi set up an IT company, berjaya sampai jadi billionaire pada usia yang sangat muda. Heroinnya pula baru grad, tengah cari kerja tapi tak dapat-dapat..last-last keje kat company ni  jadi pembantu pejabat je..Mula-mula standard la, lelaki ni tak suka dengan perempuan  ni, Chihiro sebab dia ni pandai, tak macam dia result pun ala-ala sendu je tapi dia computer genius. Ada conflict lah di situ tapi lama-lama cintan-cintun..pastuh along the way, company ni jatuh dan Tetsushi struggle nak naikkan company ini semula..Masa ni lah teruji percintaan diorang, adakah Chihiro sanggup bersama-sama Tetsushi di saat dia jatuh tuh...Bestlah cerita ni, sangat sesuai ditonton..

Okay itu je lah dulu..nanti sambung pulak..Sebenarnya belum banyak drama jepun yang saya tengok..sekarang minat menonton tu semakin kurang..nak  habiskan 11 episod ni pun kadang sampai 2 minggu..Lagi seronok melayan Zulaiqa tengok cerita kartun especially Oggy & The Coakcroach tu hiiihihi...

Thursday, May 16, 2013

Ketiak Berkarat????

Salam Jumaat semuanya...

Tengok tajuk kat atas tuh...ada masalah yang sama? 

Hehehehee...mari-mari...cuba petua tradisional nih...Kalau efektif, war-warkan supaya semua orang berketiak putih melepak hik hik hik...

1. Limau + kapur sirih

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

2. Buah betik

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

3. Sirih + beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.


 4. Cuka Putih + Soda Penaik

Kacau cuka putih dan soda penaik dan sapukan pada ketiak dua kali sehari. Soda penaik yang diadunkan dengan cuka, dapat membantu memutihkan ketiak yang kurang menawan.

5. Jus Limau
 
Alternatifnya, sapukan sahaja jus limau pada ketiak dan gosokkan limau di bawah tangan anda selepas mandi agar ia menjadi putih berseri. Ulangi dua kali sehari.
 
Harap dapat membantu...
 

Wednesday, May 15, 2013

Senarai Baru Kabinet Persekutuan 2013

Sumber : Berita Harian 16/5/2013


Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
 
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin



Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: P.Waythamoorthy


Kementerian Kewangan

Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Kementerian Pelajaran

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan


Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit


Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya


Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Tuesday, May 14, 2013

Sup Daging Vietnam

Hari ni takde entri Day 2 sebab koleksi gambar takde lagi...menunggu cik abang balik dari kursus (or KURUSus..heheh)...

Bangah exam B.I dan Lukisan hari ni...untuk Lukisan dia nak buat topeng Finn dari cerita kartun The Adventure Time..saya dah siap print gambar Finn tu dari internet, so nanti dia cuma tiru dan warnakan je lah...Senang gitu...Saya tengah menunggu Zulaiqa balik dari tadika nih....Kalau balik nanti kecoh la dia nak cerita kisah-kisah di tadika dia...Sape kena marah hari ini, sape dapat sticker atau sape celebrate birthday...

Okayyy, dah balik pun Zulaiqa...dan membawa berita esok ada celebration untuk Teacher's Day...Oh My Katakkkkk...so mummy kena masak something untuk bawak pegi sekolah....Haiiii...kemalasan melanda sungguh bila dia minta saya buat puding sumi favourite dia tuh...Nak kena pegi kedai bapak angkat la kejap lagi...

Since takde cerita Day 2, saya nak kongsi resipi sup Vietnam tu, boleh???? Saya dah try buat semalam dengan semangat yang berkobar-kobar dan perut yang berkeroncong..Dah siap supnye, baru je rasa sesudu adik dah Wassup-wassup ajak makan kat restoran shaheizy sam yang baru bukak tuh...So, ikutlah adik dan adik ipar kita makan kat situ...boleh laaaaa...walaupun Sam takde, kami dilayan oleh abang dia tuh, hensem tuh...anak comel gilerr...wife pun lawaa...cuma delivery time tu kena improve sikit kottt..takde la customer tunggu lama...

Back to the soup ek...ni rupa sup saya..



Photo: Vietnam beef soup..jap kita bagi resipi

Ini rupa sup Vietnam mariii...

 


Ada serupa ka? Lebih kurang la ekkk...rasa pun taklah se-marvellous yang dibuat oleh orang sana tapi hampir-hampir menjadi laaa...Balik dari restoran tu bibik cakap sup tu sedap, lain dari sup biasa..

Resipi nya..ambik dari internet ni...

1. Rebus daging bersama halia, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar, kulit kayu manis, serbuk lada hitam, sos ikan dan sedikit gula dan garam selama 2-3 jam.

Nak pedas tambah cili padi sikit...kalau rasa nak berserai pun boleh tambah..saya tak letak pun..malas nak pi tebas serai..Masa di sana tu, saya tengok ada kedai letak serai, ada yang tidak..so the choice is yours..

Berapa banyak bahan-bahan tu bergantung kepada banyak mana daging yang you all rebus lah...guna budi bicara sendiri...Cuma buah pelaga,bunga lawang dan kulit kayu manis tu tak boleh terlalu banyak nanti pahit dan terlalu berempah pula sup ni. Sos ikan tu boleh letak 4-5 sudu besar untuk periuk bersaiz kecil.

2. Bila dah siap rebus tuh, potong kecil-kecil daun ketumbar, daun basil, daun pudina ke dalam sup. Saya tambah daun kesum sebab masa makan kat Vietnam tu memang terasa bau daun kesum. Letak banyak pun takpa daun-daun ni, menambahkan aroma sup...

Dah siap! Senang je kan, kalau nak makan dengan bihun, mi atau kuew teow pun boleh...perahlah limau nipis, tambah bawang goreng dan taugeh sesedap rasa. Kalau taknak guna daging, ayam pun boleh tapi tak perlu rebus sampai 3 jam kot, hancur lebur ayam nanti...

Semalam saya tak rebus daging sampai 3 jam, takut gas cepat habis hahaha...sebab tu agaknya tak dapat rasa 100% sama dengan di Vietnam..Kalau rebus lama, akan keluarlah minyak-minyak seperti dalam gambar di atas tuh...next time saya cuba rebus 3 jam pulak...

Sup ni tak perlu ditumis-tumis bawang, so selamat minyak kat dapur dan menyihatkan...boleh le try pasnih..


Monday, May 13, 2013

Vietnam - Day 1

Assalamualaikum...

Hari ni anak teruna saya, Bangah ada exam Pendidikan Islam dan Sains..semalam dah buat revision dah...Tadi sambil dia makan nasi, saya buat final revision. Supaya apa yang kita ajar takde ler masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tapi satu je saya respect dengan anak saya sorang ni, dia sentiasa confident dengan diri dia, hehehehe...apa-apa pun "don't worry, mummy...Bangah boleh buat"...Cuma satu je yang tak best, PENAKUT! Kalau ada tips nak cure penyakit takut nih tolonglah kongsi...Ini nak masuk mandi, nak qada hajat ke, kitorang kena duduk tunggu tercongok depan pintu bilik air, nengok dia...Kalau lari sikit je, dia pun sama lari keluar dari bilik air...

Jom kita sambung kisah-kisah di Vietnam lagi...

Jadi, hari pertama sampai tu takde la banyak aktiviti sangat sebab sampai kat sana pun dah tengahari kan...Lepas makan dan solat, kami terus di bawa ke hotel. Hotel yang kami menginap tu namanya Ha May 2...tak tau la berapa rangkaian hotel yang Ha May ni ada tapi saya ada ternampak Ha May 3 berdekatan hotel kami tu..

Hotelnya boleh tahan la...kemas dan bersih..cuba tengok...


Disediakan 2 katil Queen jadi sesuai untuk kami 5 beranak...mak tok n tokwan pun dapat bilik yang sama..konon nak pass sorang tido dengan tokwan n maktok tapi semua nak tido dengan mummy n daddy..Berapa Dong (matawang Vietnam) semalam tu saya tak sure pulak, sebab kami bayar secara pakej RM650 per head tu...so pandai-pandai la travel agent tu cari bilik yang semua untuk kami anak-beranak.

Rehat sekejap kat hotel lepas check-in, kemudian kami di bawa melawat-lawat Ben Thanh market...tempat famous untuk tourist bershopping...macam-macam la ada kat sini. Kain, baju, jubah, cenderamata, kasut dan segalanya lah..nak beli ikan pun buleh...First day ni kami tak membeli la sangat..buat tinjauan dulu...



Ben Thanh market ini dekat je dengan hotel..seberang jalan je pun. Jadi kami berjalan kaki. Dah puas buat tinjauan, kami pun balik berehat di hotel. Dinner malam tu dibawa oleh Sulaiman (tour guide) sampai ke depan pintu. Lega sangat sebab kami pun memang dah penat tahap gaban...Malam tu kami keluar jugak ke night market dekat dengan Ben Thanh tu jugak...barang-barang lebih kurang sama la yang dijual cuma boleh tawar-menawar..How low the price you can get is depending on your bargaining skill...Penjual boleh cakap Melayu dan segelintir dapat cakap omputih yang simple-simple lah. Kalau tak salah saya night market ni tutup pukul 12 setiap malam..Kami membeli T-shirt dan sedikit souvenirs di sini, sebab boleh dapat lagi murah dari Ben Thanh.

Berdekatan dengan kawasan hotel kami juga ada satu lorong yang penuh dengan kedai-kedai menjual baju kurung siap bermanik, kain telekung dan tudung-tudung. The famous one is Kedai Hajjah Basiroh, kat situ saya dan mama beli telekung pada harga RM30...murah la bagi saya...Memang bersepah orang Malaysia kat jalan ni, sibuk bershopping!

Di sekitar kawasan tu juga ada 2-3 buah restoran Islam...jadi bab makan takde hal lah. Mungkin harga la mahal sikit..saya ingat ada belikan sebungkus Nasi Goreng Cina untuk anak pada harga RM15 !!! Sebabnya masa mula sampai tuh saya ingatkan travel agent sediakan makanan untuk budak-budak...Rupanya diorang bagi sama je..budak-budak ni dah la cerewet, memang taknak makan lah...Lepas tu saya request Sulaiman tukar menu untuk budak-budak. Nasib baik diorang ni jenis yang very accomodative. Sanggup masak lain untuk anak-anak...

Itulah sahaja aktiviti kami di hari pertama...Banyak lagi gambar-gambar tapi dalam kamera yang husband bawak pegi kursus dia...nanti bila dia balik, saya akan upload lagi gambar-gambar ye!


Sneak Peek : Vietnam Here We Come!

Salam Isnin to all...we are in month of Rejab now..ada yang dah pasang niat nak puasa banyak-banyak bulan Rejab ni..ada yang nak perbanyakkan amal ibadat, etc...Bagus, bagus..teruskan niat anda tuh. Saya? Insya Allah, saya cuba buat yang terbaik...malu nak saya hebah-hebahkan..

Minggu ni saya agak relek sikit sebab husband pun takdak, training 2 minggu...saya pun tak terkejar-kejar nak masak di sebelah petang. Masak time lunch and simple-simple je kat budak-budak ni. Bukanlah maksudnya saya suka husband takdak sebab saya tak payah masak...haippp..no, no, no! Saya sangat suka masak untuk husband saya. Bila dia makan dengan senang hati sampai menjilat jari, pastuh puji saya masak sedap...memang saya rasa seronok dan dihargai. Pompuan memang macam tuh, walaupun dia tau skill memasak dia tak terrer mana, tapi sekali husband puji, kembang habiss..Confirm hari-hari nak try resipi baru!! Tak caye cubalah puji wife anda heheheh...atau untuk sang isteri, rajin-rajin ler masak kat husband dan bila dapat pujian husband, anda faham apa yang saya rasa...

Okay, saya nak share lah pengalaman saya bercuti di Vietnam..taklah hebat mana sebab dah berlambak pun orang pegi Vietnam kan..To be specific, tempat yang kami lawati tu Ho Chi Minh.

Tapi saya bagi sneak peek la dulu...banyak gambar-gambar dalam kamera yang husband saya bawak pegi training tuh..

Kami naik flight Air Asia pada 1 May yang lalu...perjalanan dalam sejam setengah gitu.. Sampai di airport Tan Son Nhat  International Airport (Bangah dan Banglong buat lawak...diorang kata TakSuNat Airport) tengahari dah..Bila sampai je dah ada orang yang tunggu. FYI, husband ambik Muslim tour guide dari Hidayah Travel & Tours, nanti saya kongsikan nombor dia kalau you all interested. Sekepala dia charged RM650, itu bayar untuk hotel,makan,sewa kereta,tour guide dan bayaran tiket-tiket, all in lah kiranya...Kami bawak duit untuk shoping je dan duit bayar tips..Ooo ye..itu tak termasuk tiket penerbangan, tiket kami beli sendiri...

Tour guide kitorang tu namanya Sulaiman, orang Melayu Champa..boleh berbahasa Melayu tapi pelat-pelat bahasa Vietnam lah. Ayat senang-senang buleh lah, kalau cakap bahasa Melayu yang tinggi sket dia mula gelabah tengok kamus hahaha...cakap omputih memang taktau langsung, yang dia tau Yes,No je...sabor je lah.

Allright, tengok dulu gambar kami...ini kan Sneak Peek..mana boleh cite lebih-lebih...

Aqa cuba nak panjat cubicle en.imigresen tuh..nasib baik tak kena marah..garang gak imigresen sini

Acara menolak beg...Bangah tengah control hensem..

Apa-apa pun, amik gambar dulu...nak tunjuk kami kat Saigon la nih hehhee...



Nampak bendera merah tuh?? 


Sessi mengambil gambar lagi dengan sponsor kita, En. Zulazwer Hassan a.k.a Daddy heheheh...


Perut pun dah berkeroncong, maklumlah dah tengahari kan..Jadi Sulaiman terus bawak kami pergi makan di sebuah restoran Islam yang tidak jauh dari situ. Nama kedainya pun saya tak perasan, tapi kedai kecik je, di celah-celah lorong. Situ ada penempatan orang-orang Islam lah..ada juga kedai-kedai jual tudung,kain,baju kurung kat sebelah menyebelah. Tapi saya tak buat lawatan rasmi lah sebab lapar beb! Makan first!

Sampai je kat kedai, terus kami dihidangkan dengan makanan yang enak-enak. Ini semua dalam pakej. Serius sedap especially sup. Sup memang istimewa lah...

Kangkung ni tapi depa makan batang, sayurnya buang..pelik betul..nasib baik sedap!

Daging masak serai & halia...
Sup yang menjadi igauan....
About the soup, dia punya rasa memang lain..saya noticed ada daun  basil, daun kesum dan daun pudina kat dalam tuh..Agaknya itu yang memberikan sup tu rasa special...

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati

Haaa..dah kenyang, moh ler kita bersolat! Kami terus ke Masjid yang berdekatan dengan kedai makan tuh dan bersembahyang.

Ini je lah buat setakat ini...nanti kita cerita satu persatu perjalanan kami di bumi Ho Chi Minh ni...Perjalanan kami ni bukan bermotif shopping, lebih kepada educational trip..Sebab husband kita ada misi datang ke sini, nak menembak dan tengok kesan perang Vietnam!


Sunday, May 12, 2013

HARI INI HARI IBU



Hari ini telah diwartakan sebagai HARI IBU…walaupun dalam Facebook banyak orang share pada saya tak elok sambut….saya bukan nak sambut cuma hari ni saya nak jadikan hari special untuk saya menghargai jasa seorang ibu..Kalau ada hari pekerja, hari guru, hari jururawat, hari polis, hari tentera..kenapa ibu tak boleh dapat special day? Takde ibu, maka tak adalah pekerja, guru, jururawat, polis, tentera…betul tak?

Hari ini dengan penuh rasa kasih sayang, saya nak mengucapkan terima kasih kepada mama saya yang tercinta Hajjah Aishah Abd Kadir kerana melahirkan saya..terima kasih kerana membesarkan dan mendidik saya dengan penuh kasih sayang…Kasih sayang mama kepada kami sekeluarga umpama sungai yang mengalir, tak putus-putus..sampai sekarang pun saya masih memerlukan nasihat dan didikan mama…I LOVE YOU, MAMA (dah cakap dalam telefon)


Mama dan bapak

Dan untuk ibu mertua saya, Hamidah Ngah Abdul Rahman, terima kasih kerana menerima saya sebagai sebahagian dari keluarganya…terima kasih kerana menyayangi saya bagai anak sendiri..Banyak nasihat dan didikan dari ibu mertua especially bab masak-memasak nih. …Last but not least, terima kasih kerana melahirkan dan mendidik husband saya sebaik mungkin..kerana berkat didikan mak, saya mendapat seorang suami yang sangat sempurna di mata saya…Thank you, mak!

 
Mak dan Abah

AKHIR SEKALI, KEPADA SEMUA IBU (TERMASUK SAYA JUGA), TERIMA KASIH KERANA MENJADI SEORANG IBU. SESUNGGUHNYA, KASIH IBU MEMANG TIADA TANDINGANNYA.

P/S: Kalau cerita bab ibu, ayaq mataku tertumpah jugaaa ….adehh



Saturday, May 11, 2013

Spring Cleaning Blog!

Assalamualaikum...

YA ALLAH...lamanya saya tak jenguk blog ni...serious dah bersawang, berhabuk...3 hari 3 malam mencuci baru bersih....

Kenapa saya sudah lama tak menulis ye...ada gak orang tanya...hmmm segan gak nak jawab soalan ni..

Sebenarnya saya kehilangan mood untuk menulis...sejak beberapa bulan ni saya jadi penonton drama Korea dan Jepun yang tegar ngeh ngeh ngeh...jadi tak kuasa den nak menulis...Selepas ketegaran itu agak reda sedikit, itupun selepas dah tak tau nak tengok cerita apa dah...yang best-best semua dah tengok..tinggai yang separa best je....dimangkuk-tambah lagi oleh perlian dan sindiran hebat oleh husband a.k.a daddy yang tercinta, so saya pun kengkadang je la tengok....

Dan saya juga merasakan yang saya telah mengalami suatu proses penyesuaian diri daripada seorang pekerja yang sentiasa sibuk kepada seorang surirumah yang tak sibuk langsung hehehe...Bukan senang duduk goyang kaki, jadi mem besar kat rumah ni...Untunglah dapat kahwin dengan En. Zulazwer Hassan ni, dapatlah jugak saya dok goyang kaki kat rumah heheheheh... (sebenarnya dia pun dah meluat tengok saya kat rumah ni!!!). Nak hantar bibik balik kampung, dia kata tak payah dengan soalan cepumas nya, "You nak ke buat semua kerja rumah ni, tak letih ke? Nanti you letih, you membebel 24 jam, naik angin la bla bla bla..." Hmmm...fikir-fikir tu betul jugak. Nanti hari-hari masam muka, tak best juga husband dan anak-anak tengok kan...Lagipun saya ni memang tak suka langsung bab iron baju ni, kalau bibik takde sapa nak iron baju? Saya la jugakkk...

So, macam ni lah saya...membina badan dengan hebatnya...sampai saya soroklah penimbang, tak berani nak tengok!! Bila balik kampung, mama saya mula membebel tak berhenti pasal saya tak jaga badan la, muda-muda lagi badan dah kembang camni, brok brek brok brek...Jadi saya pun mengambil inisiatif untuk kembali mendapatkan badan saya yang cun-melecun tuh..Setakat ni belum menampakkan hasil yang memberangsangkan lagi lah...Tapi saya akan terus cuba...Ni bulan Rejab dah tiba, kita pakat posa ramai-ramai laahh nooo...Dapat pahala, dapat kurus plak...

Banyak nak cite ni tapi next entry la kot..ini bagi mukadimah dulu...Banyak yang terjadi dalam beberapa bulan ni...Saya nak cite pasal trip saya ke Vietnam dan pasal anak-anak..tunggu ye!!!!

Assalamualaikum lagi sekali...