Tuesday, December 25, 2012

Happy Birthday, Zafri

Orang Kristian sibuk sambut Krismas hari ni, kami sambut birthday Zafri yang ke-12 tahun. Kesian dia, jadi anak hujung tahun camni la..orang dah nak masuk umur baru, dia baru nak sambut birthday...

Semalam surprisedkan dia dengan cake...tapi takde la buat birthday party...plan nak buat tapi entahlah sibuk pulak akhir-akhir bulan ni, macam-macam aktiviti, malas pun ye jugak...Nak buat majlis ni meletihkan jugak, nak memasak, nak mengemas...at last beli cake je lah...



12 tahun yang lalu, tanggal 25.12.2000 Zafri dilahirkan awal dari tarikh jangkaan bersalin. Kalau diikutkan expected delivery date, dia sepatutnya lahir pada pertengahan Januari 2001. Memang dia dah tak sabar-sabar nak tengok dunia, semasa kandungan saya mencecah 8 bulan lagi saya dah mula ada contraction hinggakan terpaksa on medication sehingga cukup 36 minggu.

Kelahiran Zafri banyak mengajar kami mengenai parenthood. Teringat semasa saya masih dalam pantang, saya nak ikut husband balik KL sebab tak sanggup berjauhan dan kesian tengok dia asyik ulang-alik KL-Kangar setiap minggu. Dengan hati yang nekad, walaupun mama dan bapak menghalang, saya nak balik KL jugak. Dengan ilmu menjaga anak yang amat cetek (saya masa bujang memang tak suka pegang baby...takut!), saya beranikan diri menjaga Zafri. Masa tu saya percaya dengan naluri keibuan saya, saya mampu jaga Zafri...

Melalui buku-buku dan panduan mama dan ibu mertua, saya berjaya mengharungi tempoh berpantang sambil menjaga anak seorang diri. Husband pun membantu pada waktu malam..tapi macam saya lah, dia pun blur jugak. Nak pegang anak pun kekok...

Minggu yang pertama di KL, saya sampai tak sempat nak makan, nak mandi dek sibuk mendodoi Zafri yang asyik menangis siang dan malam...Dok kat Perlis ok je, sampai kat KL lain pulak jadinya...Orang tua kata sebab beralih tempat tidur. Ataupun kena sawan tangis.. Mungkin betul le kot...Pantang lepaskan buai je dia menangis...masa tu belum terpikir nak beli buaian elektrik. Mana tak kelam kabut...Nak mandikan dia pun masih takut-takut dan menggigil lagi tangan. Apa yang saya buat saya baringkan dia di atas kaki saya, sambil renjis-renjis air ke badan. Di tepi saya dah letakkan tilam dia dan sehelai kain batik. Lepas lapkan dia saya letak di atas tilam, kemudian saya cepat-cepat salinkan kain saya yang dah basah lencun dengan air mandian dia. Sambil menyalin kain tu, Zafri dah menangis-nangis atas tilam dia tuh! Stress dibuatnya...dah le dalam pantang...! Bila dia tidur je saya cepat-cepat mandi dan makan ala-ala lari 100 meter je gayanya sebab takut Zafri terjaga. Nanti dia menangis susah nak pujuk!

Yang tensionnya, bila lepas pukul 12 malam je, Zafri mula lah menangis kuat, non-stop..kadang-kadang tu sampai 1-2 jam. Malam pertama tu kami sampai panik la, sampai bawa dia pi klinik Izham yang buka 24 jam tuh. Doktor kata takde apa pun, kembung pun tak...Malam ke-2 pun camtuh..kami bawak ke klinik yang sama jugak. Masuk hari ke-3 kami bawak ke klinik, doktor tu sendiri suruh kitorang baca Al-Quran kat telinga dia. Mungkin ada gangguan katanya...Sampaikan dah tak tahan sangat dengan tangisan dia, nak tido pun tak bolehhh...pukul 2-3 pagi kami bawak dia round-round sekitar kawasan rumah dan pasang air-cond sejuk-sejuk....Boleh pulak dia  senyap dan tidur...!!!! Kitorang pun buat kesimpulan yang dia memang tak suka panas ler agaknya...So, camtuh la tiap-tiap malam kena tidur dalam kereta...Sampai lah dia ok...

Bila teringat balik, memang lucu lah..Dalam membesarkan dia lah, kami belajar bagaimana menjadi ibubapa...

So, Happy Birthday, Zafri Danial...Mummy sayang abang!!!
 

Thursday, December 20, 2012

Exam Lagiiii...

Seminggu yang lepas saya berada di kampung selama seminggu...selain nak relek-relek bersama mama dan bapak, Zafri pulak kena attend ujian kemasukan ke MRSM Baling. 

Sebelum exam tu, dia bagitau taknak masuk sekolah asrama, nak sekolah kat sini je...kitorang pujuk dia untuk datang ambik exam tu dulu..

Bila kami bawak dia ke MRSM tuh, fikiran dia berubah...Dia kata 'this is the biggest school I've ever seen'..menarik dan tertarik dengan padang sekolah yang besar, dia pun dah pasang angan-angan kalau dapat masuk sini, dia nak aktif main bola. Sekarang pun pagi petang main bola...Ada la sorang pengikut daddy dia yang memang kaki bola masa student dulu...Selain bola, daddy pun main rugby...rasanya kalau ada yang nak ikut jejak langkah daddy pun, Abang Ngah kot sebab tengok saiz dia laaaaaa....

Anak tengah exam, mak dia sempat ambik gambar lagi...

Mula-mula ambik exam bertulis dulu, pastuh ada interview dalam bahasa Inggeris...bezanya sini ada program Cambridge, itu yang daddy suka sangat kalau anak dia dapat masuk sini...Belajar pun dalam bahasa Inggeris, Sains dipecahkan kepada Fizik, Bio, Kimia..memang Zafri lagi laaaa syok...






Saya pun berangan la jugak..kalau Zafri dapat ke sini, dekatlah dengan rumah MakTok ngan TokWan dia. Tiap-tiap minggu MakTok ngan TokWan dia boleh mai tengok, orang utara kata balik dassss je....Taklah saya risau sangat sebab Zafri ni susah sikit diet pemakanan dia tuh...bukan mulut Melayu, tak lalu makan nasi...Saya pun dulu belajar kat MRSM jugak, so tau la sangat species makanan yang budak-budak asrama makan hehehehe...

Anyway, In Shaa Allah, kalau ada rezeki, dengan izin Allah s.w.t, dapatlah dia sekolah di sini...Saya perlulah ketepikan perasaan sedih dan tak sanggup nak berjauhan dengan anak ni demi masa depan dia...Belum dapat tawaran lagi, hati saya dah sayuuuu...

Tuesday, December 18, 2012

Bertarung Dengan Serigala Jahat!!!!

Assalamualaikum..

Lama tak update...bukan merajuk tetapi balik kampung! Relek-relekkan otak dan badan sambil menghidup udara yang segar di kampung.

Balik aje ke KL kami terus terkam ke Big Bad Wolf Books Sale...macam serigala kelaparan, asal nampak yang menarik je terus grab dan masuk kotak...

Dan bila dah dapat, mak oiiii...banyaknya..Untung sebab harga murah-murah, dapat beli banyak buat stok sebulan dua...


Bila disusun menegak, dah macam Eiffel Tower dah...


Bagi pencinta buku yang belum berkunjung ke Big Bad Wolf Book Sale ni, silalah datang segera...lokasi di The Mines. Berbaloi-baloiiiii....


Wednesday, December 5, 2012

Kisah Kain Penggendong

Assalamualaikum semua...

Dah lama saya nak update blog ni. Tapi sejak akhir-akhir ni macam ada problem nak access internet..tak stabil je..tengah sedap-sedap tengok FB, blog tiba-tiba je connection lost...adakah sebab hujan yang lebat seharian? Ada kaitan ke...entah lah kita tak pandai bab-bab nih. Jadi, bila asyik on-off nih, mood pun hilang...baik aku tidoooo..! Laaa ni pun mata dah makin berat, tangan pun slow menaip tapi kita usaha jugak nak habiskan entri nih.

Dulu masa anak masih baby lagi, bibik-bibik yang terdahulu mesti request kain batik lepas yang panjang tuh...Nak buat gendong anak, katanya...Masa anak sulung dulu, permintaan bibik tu ditunaikan jugaklah walaupun dalam hati...iskkk apa kelas pakai kain gendong, macam orang zaman dulu! Ye lah dulu macam tak berapa tahu sangat kebaikan pakai kain gendong ni..rasa lebih syok kalau pakai baby pram/stroller tuh...Beli la jugak yang berstrap tuh tapi hissshhh susah benar nak memakainya, pastuh risau plak button terbukak ke, kang bolos ke lantai pulak anak aku nih...Lama kelamaan, saya pun semakin suka kain gendong ni, siap beli kain gendong yang telah dipermodenkan kat Bandung...senang nak pakai..kat sini pun banyak, macam-macam brand, jenis ada yang mahal dan murah pun ada...Tapi tak kisahlah jenis strap ke, kain batik lepas ke..janji pakai ni banyak kebaikkannya...

So hari ni ada pulak artikel dalam suratkhabar pasal kain penggendong nih. Seorang wanita British tengah mempromosikan pemakaian kain penggendong ni di sini...tengok, omputih pun dah tau kebaikan kain penggendong ni. Rasanya zaman dulu-dulu pun kain gendong tak dipakai kat sane kot...

Okay, straight to the point ek...kebaikkannya berbanding meletakkan anak dalam stroller ialah seperti berikut. Ni apply not only to ibu je...untuk pengasuh dan bibik jugak ye...

1. Membantu pengeluaran oksitoksin yang membantu mengurangkan penyakit kemurungan selepas bersalin..atau kita panggil meroyan tuh.

2. Pengeluaran susu ibu akan lebih lancar sebab baby dekat dengan ibu. Tapi kalau bibik je yang 24 jam menggendong anak sementara mak dia sibuk shopping barang, tengok TV, sibuk kat opis lah..rasanya tak membantu jugak ler...

3. Baby lebih tenang sebab dekat dengan ibu atau bapa, kurang menangis, lebih gembira.

4.Bayi dapat mendengar,menyentuh dan menghidu bau ibu serta peka dengan pergerakan ibunya. Ini dapat membantu perkembangan sistem saraf,usus dan sebagainye lah..

5. Bayi akan cepat belajar berkomunikasi atau bahasa tubuh di awal usia sebab dapat melihat ekspresi wajah ibu atau bapa. Tapi kalau bibik je yang asyik menggendong, mungkin juga anak anda terrer berbahasa Indonesia di awal usianya keh keh keh...

6.Bayi yang dikendong berada dalam postur yang baik untuk kesihatan tulang belakang iaitu dalam posisi C i.e. keadaan yang perlu untuk bayi yang sedang membesar

7. Ibu bebas membuat kerja rumah, membeli belah sambil menjaga anak di samping dapat membantu postur ibu sebab terpaksa berdiri tegak sepanjang masa mendukung anak. Ye lah, kalau bongkok kang anak tergolek pulak kan...

8. Mengurangkan sindrom kepala leper yang selalu dihadapi oleh bayi kerana berada di dalam posisi baring terlalu lama..atau orang kita selalu cakap kepala 'makan bantal' tuh..

9. Boleh membantu penambahan berat badan bayi yang kecil dengan cara meletakkannya dekat dengan ibu.

10. Lebih selamat. Mengurangkan risiko kecurian dan penculikan bayi...yelah kalau nak colek sangat budak dalam gendong tuh, terpaksalah colek dengan mak nye sekali, ye tak...

11. Yang penting mengeratkan kasih sayang anak dan ibu bapanyaaaa...

Mengikut wanita ini..Victoria Ward, Pengarah School of Babywearing, posisi yang terbaik ketika menggendong bayi adalah menegak. Terdapat pelbagai jenis kain gendong di pasaran..Antaranya jenis kantung, sling cincin, mei tai (mak baby ni mesti kena terrer muay thai baru boleh pakai nih...heheheh), kain gendong elastik dan bertenun.

Nak share jugaklah gambar kain penggendong Mothercare nih...yang murah pun ada...


 Okay...itu je nak share hari nih..babai!!