Semalam surprisedkan dia dengan cake...tapi takde la buat birthday party...plan nak buat tapi entahlah sibuk pulak akhir-akhir bulan ni, macam-macam aktiviti, malas pun ye jugak...Nak buat majlis ni meletihkan jugak, nak memasak, nak mengemas...at last beli cake je lah...
12 tahun yang lalu, tanggal 25.12.2000 Zafri dilahirkan awal dari tarikh jangkaan bersalin. Kalau diikutkan expected delivery date, dia sepatutnya lahir pada pertengahan Januari 2001. Memang dia dah tak sabar-sabar nak tengok dunia, semasa kandungan saya mencecah 8 bulan lagi saya dah mula ada contraction hinggakan terpaksa on medication sehingga cukup 36 minggu.
Kelahiran Zafri banyak mengajar kami mengenai parenthood. Teringat semasa saya masih dalam pantang, saya nak ikut husband balik KL sebab tak sanggup berjauhan dan kesian tengok dia asyik ulang-alik KL-Kangar setiap minggu. Dengan hati yang nekad, walaupun mama dan bapak menghalang, saya nak balik KL jugak. Dengan ilmu menjaga anak yang amat cetek (saya masa bujang memang tak suka pegang baby...takut!), saya beranikan diri menjaga Zafri. Masa tu saya percaya dengan naluri keibuan saya, saya mampu jaga Zafri...
Melalui buku-buku dan panduan mama dan ibu mertua, saya berjaya mengharungi tempoh berpantang sambil menjaga anak seorang diri. Husband pun membantu pada waktu malam..tapi macam saya lah, dia pun blur jugak. Nak pegang anak pun kekok...
Minggu yang pertama di KL, saya sampai tak sempat nak makan, nak mandi dek sibuk mendodoi Zafri yang asyik menangis siang dan malam...Dok kat Perlis ok je, sampai kat KL lain pulak jadinya...Orang tua kata sebab beralih tempat tidur. Ataupun kena sawan tangis.. Mungkin betul le kot...Pantang lepaskan buai je dia menangis...masa tu belum terpikir nak beli buaian elektrik. Mana tak kelam kabut...Nak mandikan dia pun masih takut-takut dan menggigil lagi tangan. Apa yang saya buat saya baringkan dia di atas kaki saya, sambil renjis-renjis air ke badan. Di tepi saya dah letakkan tilam dia dan sehelai kain batik. Lepas lapkan dia saya letak di atas tilam, kemudian saya cepat-cepat salinkan kain saya yang dah basah lencun dengan air mandian dia. Sambil menyalin kain tu, Zafri dah menangis-nangis atas tilam dia tuh! Stress dibuatnya...dah le dalam pantang...! Bila dia tidur je saya cepat-cepat mandi dan makan ala-ala lari 100 meter je gayanya sebab takut Zafri terjaga. Nanti dia menangis susah nak pujuk!
Yang tensionnya, bila lepas pukul 12 malam je, Zafri mula lah menangis kuat, non-stop..kadang-kadang tu sampai 1-2 jam. Malam pertama tu kami sampai panik la, sampai bawa dia pi klinik Izham yang buka 24 jam tuh. Doktor kata takde apa pun, kembung pun tak...Malam ke-2 pun camtuh..kami bawak ke klinik yang sama jugak. Masuk hari ke-3 kami bawak ke klinik, doktor tu sendiri suruh kitorang baca Al-Quran kat telinga dia. Mungkin ada gangguan katanya...Sampaikan dah tak tahan sangat dengan tangisan dia, nak tido pun tak bolehhh...pukul 2-3 pagi kami bawak dia round-round sekitar kawasan rumah dan pasang air-cond sejuk-sejuk....Boleh pulak dia senyap dan tidur...!!!! Kitorang pun buat kesimpulan yang dia memang tak suka panas ler agaknya...So, camtuh la tiap-tiap malam kena tidur dalam kereta...Sampai lah dia ok...
Bila teringat balik, memang lucu lah..Dalam membesarkan dia lah, kami belajar bagaimana menjadi ibubapa...
So, Happy Birthday, Zafri Danial...Mummy sayang abang!!!
No comments:
Post a Comment