Tuesday, July 17, 2012

Pelajar Boleh Bawa Telefon Ke Sekolah

Yesss...from Utusan Melayu today...




Summarize je la ye info yang penting...


  • Mulai tahun depan, pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit & iPad (mak oiii....) ke sekolah
  • Penggunaan handphone & iPad akan dimasukkan  di dalam Deraf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 yang sedang dirangka oleh Kementerian Pendidikan
  • Keputusan dibuat setelah mengambilkira faktor keselamatan pelajar dan perkembangan semasa. Ibubapa pun sebelum ini beberapa kali meminta Kementerian membenarkan penggunaan handphone untuk mengawasi pergerakan anak-anak mereka.
  • Garis panduan akan diadakan bagi mengawal penggunaan handphone & iPad supaya tak mengganggu waktu persekolahan
Saya pun bersetuju sebab mudah nak berkomunikasi dengan anak-anak especially bagi parents yang sibuk bekerja...


Teringat ada sekali tu, abangLong pergi kelas tambahan di sekolah yang biasanya habis pukul  10 malam..tiba-tiba satu malam tuh kelas habis pukul 9 malam...dia terpaksa tunggu 1 jam di sekolah sampai daddy datang pukul 10 malam...kesian kan...Nasib baik tak merayau...Kalau ada handphone, tak jadilah macam tuh...


Yang tak bestnya, nanti diorang ni pakat mintak iPad sorang satu...pengsan mummy & daddy...Kitorang  pun pakai telefon cap ayam...huhhuhu....AbangLong memang ada handphone pun tapi eksyen...taknak pakai sebab skrin hitam putih...macam 80's la katanya...


Canggih lah budak-budak sekarang ni...tak tau la in the future entah-entah tak payah bawak beg pun...everything is online...


No comments:

Post a Comment