Assalamualaikum...
Bulan Ramadhan pun dah nak sampai penghujungnya ...dah bermula 10 malam terakhir...so lipat gandakan amalan kita di akhir-akhir Ramadhan ni, mana tau rezeki kita dapat malam Lailatul Qadar....pesanan untuk diri saya yang asyik-asyik terlentok je ni....
Hmmm...soalan yang paling glemer time-time hujung puasa ni, balik kampung mana tahun ni? Hehehehe...
Untuk yang bujang memang takde masalah la...tiap-tiap tahun balik rumah mak ayah..teringat zaman bujang dulu, balik kampung dengan bas...tunggu bas kat Puduraya...memang happening, bersemangat semuanya nak balik raya...! Kiri kanan galas beg, satu beg kuih, satu beg baju...yang pompuan la ni...Yang lelaki sempoi je ...Sekali dua je berbas, pastuh tumpang kawan....
Untuk yang dah berkahwin...haaaa...susah la sikit...ada yang kena balik rumah mertua tahun ni, ada yang balik rumah sendiri...
Dari pemerhatian dan bacaan kita kan, banyak cara penentuan nak balik rumah sapa ni...Kalau ikutkan, since mostly ramai yang berkereta, kebanyakkannya akan balik berhari raya di kedua-dua rumah...Tapi yang menjadi rebutan sekarang ni, raya pertama kat mana? Itu time yang paling meriah..time adik-beradik, sepupu-sepapat,ipar-duai semua pakat berkumpul... Time tu la nak berjumpa, kalau waktu biasa jarang bertembung kan...
So, begini cara-caranya:
1. Ikut keputusan suami
So, yang ada suami berkuasa 'veto'...nasib la...kalau dia kata nak balik raya rumah dia je..terpaksa la korang ikut....Tapi yang suami pun kena la bertolak-ansur kan, kesian wife..dia pun ada mak-bapak jugak...Esok-esok kalau anak pompuan kita dah kawin, menantu tak bagi balik raya ke rumah kita, apa rasa kita masa tuh...nak marah pun, kita buat kat wife kita camtuh jugak...
2. Ikut keputusan isteri
Heheheh...ni isteri yang power ni...atau husband dia dah takde parents atau malas nak pikir, ikut je isteri nak balik mana pun...susah nak cari macam ni woooo...
3. Main oooo-som
Ada ke yang buat camni? So far belum ada member yang pakai style ni...cuma pernah baca kat majalah la...Tapi kalau main ooo-som ni pakai air,batu,cawan kan...make sure korang praktis dulu ngan anak-anak...dah terrer baru oo-som ngan husband, hihihiiih....Tak pun suruh anak wakilkan main dengan bapak...huhuhu...
4. Sistem giliran
Haaaa...ini yang paling adil dan saksama...Kalau tahun ni raya pertama kat rumah kita, tahun depan kat rumah mertua pulak...Macam saya lah, kami memang bergilir-gilir...kalau 2 hari kat sini, 2 hari kat sana...kalau 3 1/2 hari kat sana, 3 1/2 hari la kat sini...Jadi dua-dua keluarga pun happy...
Tapi apa pun kadang-kadang ada yang mengikut situasi semasa...contohnya kalau ada kenduri kendara di sebelah keluarga suami pada raya ke 2 sedangkan tahun ni giliran isteri, maybe isteri boleh bertolak ansur dan balik ke kampung suami dulu...tahun depan ganti la balik kan....Tapi ada jugak yang tak kira la apapun situasi, kenduri ke, ribut taufan ke yang melanda, kalau tahun ni rumah kita, rumah kita jugakkkk!!!
5. Raya kat rumah masing-masing
Macam ni pun ada jugak..kau raya rumah kau, aku raya rumah aku...dah masing-masing tak mau mengalah! Kalau rumah dekat-dekat takpe la jugak...maybe masing-masing kena bantu keluarga dengan persiapan raya ke kan, pastuh boleh la jumpa balik..Tapi kalau jauh-jauh kampungnya...memang raya lone ranger la...silap-silap orang kampung kata dah berpisah, malu tau..Cara ni tak berapa nak molek la, tapi kalau itu membahagiakan diri masing-masing, ok je la...
6. Raya kat rumah sendiri je, tak payah balik kampung
Pun ada jugak...ada keluarga yang suka beraya di rumah sendiri je...kang raya ke 4 atau 5 baru la sibuk nak balik kampung...masa tu adik beradik semua dah pakat balik bandar dah...Tak sempat nak jumpa...Pastuh ketupat rendang pun dah licin, periuk belanga wat rendang tu pun mak dah basuh,siap gantung kat dinding dah....jadi, makan serbuk kuih raya je la....
Itulah penangan nak balik beraya di kampung....Apa pun caranya, kenalah berdiplomasi dan berbincang mana yang terbaik untuk anda sekeluarga...Kita nak balik kampung nak bergumbira, kalau bermasam muka, berduka lara aje, apalah ertinya hari raya... cewahhhh...
No comments:
Post a Comment