Friday, January 4, 2013

Saya di tahun 2013

Assalamualaikum...

Masih belum terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 2013. Tahun baru, azam pun baru walaupun azam tahun lepas banyak yang tak tercapai, heheheh....Takpe, yang penting berazam!

Tahun baru juga menyaksikan kesibukan mak bapak menguruskan anak-anak ke sekolah. Ada yang baru nak masuk darjah satu, seperti anak saudara saya Sarah Suraya...suatu pengalaman baru bagi dia dan keluarga. Yang kelakar, yang merisaukan...semuanya ada. Abang Long pun masuk Tingkatan Satu di sekolah berdekatan dengan rumah. Dia tidak berjaya ke sekolah berasrama penuh, sekarang tengah menunggu keputusan permohonan ke MRSM, katanya 20hb nih. Ada rezeki, dapatlah. Kalau tak dapat, nak buat macam mana kan...tempat terhad, persaingan pun hebat..

Bulan Disember lepas, saya telah mengunjungi Pesta Pulau Pinang. Tak pernah seumur hidup saya menjejakkan kaki ke situ walaupun dah lama teringin..sejak dari zaman sekolah tapi tak pernah-pernahnya sampai. Secara tak dirancang, kebetulan kami menghantar adik ipar dan anak saudara balik rumah di Penang. Adik saya tiba-tiba je ajak pergi Pesta Pulau Pinang. Kami pun apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang...Jom ler!!

Meh tengok gambar-gambar yang sempat saya ambik...


Pi Penang tak sah la kalau tak makan char kue teow kan...


Lepas makan, cuci-cuci mata di Pesta Pulau Pinang...




Murah!! Murah!!! Dari kasut, baju, seluar, barangan kulit dan makanan yang pelbagai..memang seronok lah jalan-jalan kat sini...


Tengah jalan-jalan terserempak dengan penjual gula tarik ni..dah lama tak tengok mesin nih..

Budak-budak pulak tak melepaskan peluang naik rides yang ada disini...




Itulah sahaja yang saya dapat share hari ni...tengah sibuk berkemas ni,,Nak balik kampung husband malam ni...

Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment