Sunday, July 7, 2013

How To Paint Stripes On Your Wall

Assalamualaikum...

Dua tiga hari lepas memang saya sibuk dengan projek baru saya i.e. Deko-Deko Bersama Mummy...Episode 1 - Mengecat Bilik Zulaiqa. Sebelum ni memang Zulaiqa takde bilik pun sebab asyik berkepit di bawak ketiak mummy je. Baru-baru ni je sejak banglong dah masuk MRSM, dia terpaksa lah jadi peneman bangah...Pastu dia dah mula bising nak bilik warna pink and purple. Warna lain taknak...sampai dah bernanah dah telinga mummy & daddy dengar permintaan dia tu, akhirnya kami pun pegi la kedai beli cat...

So, saya tunjuklah 2-3 design kat dia untuk feature wall ...stripes vertical, stripes horizontal, bulat-bulat, abstract pun ada (ini bab malas nak mengukur la ni..). Dia nak stripes yang vertical punya...jadi Khamis lepas saya pun startlah dengan mengecat 3 bahagian dinding lain dengan cat pink dan purple...


Aikkk...tangga pun nak bergambar jugak!!
Hari Jumaat konon nak start dengan feature wall, tapi terbantut sekejap sebab ada gangguan Membercard Day di SOGO..separuh hari ada kat KL. Balik rumah tido sekejap sebab letih berebut baju! Petang tu saya startlah...nak kongsi tips mengecat stripes dengan semua, kot-kot nak sambut raya dengan dinding belang-belang pulak kan...

Pertama sekali...bahan-bahan yang perlu ada...


Masking tapes


Brush...yang roller pun ok
Cat

Untuk mengukur width stripes, boleh pakai pembaris biasa atau yang ada air untuk balancing tu...Saya ukur pakai pembaris biasa je..


Sebagai peneman ketika mengecat, kalau boleh ada ni....


MP3 hihihi...
Dan yang paling penting, tapi malangnya ini memang tak boleh beli kat kedai dan bukan semua orang ada i.e.
A HIGH DEGREE OF PATIENCE

sebabnya memang kena sabar gila especially time nak ukur-ukur tu, memang leceh...

First and foremost, kena cat base colour dulu dinding tu. Ikut kreativiti la, nak letak putih, beige, biru ke tapi warna lembut supaya nanti tak tercampur dengan warna cat lain.Saya pakai putih je, senang...

Bila dah siap semua ni, boleh lah start mengukur..Gunakan masking tape untuk divide warna-warna cat. Bila dah siap ukur, macam ni la rupanya...



Saya nasihatkan beli la 4-5 biji masking tapes tu..memang banyak nak pakai..Bila dah siap ni, bolehlah start mengecat. 

Saya cat satu-satu warna dulu...


Proses mengecat...



Dibantu juga oleh penaja cat kita Zulazwer Hassan, tapi dia cat kat situ je la sebab kita tak sampai, huhu...okaylah tu, dia belikan saya air Revive lagi supaya saya lebih bertenaga dan tak payah suruh dia cat!!! Oooo..bijak, bijak...


Bila dah siap, biarkan cat tu mengering. Tapi jangan ambil masa lama-lama sangat, nanti susah pula masking tapes tu nak dicabut. Bila dah kering, cabut masking tapes tu.

Hasilnya, tadaaaaa....



Haaaa...kan cantik tu (terpaksalah puji diri sendiri). Sebenarnya saya pun terkagum la jugak tengok ni, sebab tak sangka boleh buat. 

Silalah cuba, ada banyak design yang boleh kita buat lagi. Kenalah rajin tengok blog, youtube..macam-macam ada. Nantikan episode ke 2 Deko-Deko Bersama Mummy..bilik Bangah pulak hehehehe...tapi lepas raya la ye...

Bye!

Thursday, June 27, 2013

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG



Assalamualaikum…

Di pagi Jumaat ni saya nak berkongsi lagi satu resipi yang memang confirmed sedap! Untuk penggemar ayam mesti try resipi ni. Semalam saya buat, husband makan nasi bertambah.  

Terliur gak tengok, macam nak ngapp juga…tapi nasib baik iman masih kuat di dada. Ahkak memang tengah dalam fasa kurang makan nasi..Pagi je ahkak makan nasi sesenduk..lepas tu lunch dan dinner makan la benda-benda mengarut lain..biskut kering ke,salad-malad ke…kalo ada ler…kalo takde telain air je lah…Adalah terasa ringan sikit badan, sikit je lah…Jadi lah tu..nak diet extreme sangat kang, gastrik pula datang menyinggah…Tapi kalau balik kampung, memang imanku goyang..makan je kerjanya…Breakfast pun mama dah hidang 2-3 jenis, kenyang sampai tengahari…hihihi. 

Jom tengok resipi..senang je. Kalau susah bagai memang saya pun malas nak masak..setahun sekali boleh le macam rendang tok tu..

Bahan-bahan:

Untuk digoreng:
1 ekor ayam
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam

Untuk pes:
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat (kalau nak hitam lagi,tambah kicap)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil air limau nipis (saya tak letak takut masam)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk cili atau cili boh
2 sudu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar /ditumbuk
3 biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara:

  1. Gaul ayam,kunyit dan garam. Goreng suku masak. Pastu ketepikan
  2. Tumis bahan kisar, masuk serai,bunga lawang,kulit kayu manis dan pelaga.
  3.  Masukkan serbuk kari,cili serbuk/cili boh. Masak sampai naik minyak.
  4. Masukkan bahan pes yang lain. Tambah air sekiranya mahu lebih berkuah.
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga masak.
 

     Nampak macam banyak benda kan, tapi semua tu campak-campak je ke dalam kuali.  Yang saya bagi ni resipi asal dari sebuah blog yang saya pun dah lupa. Kalau ikut sebijik-sebijik ni memang jadilah..tapi kalau yang kreatif sikit tu nak tambah bahan-bahan extra pun terpulanglah…




Wednesday, June 19, 2013

Nak Kongsi Resipi Puding Roti Berinti

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi resipi yang saya dapat dari biras @ beras saya...dia pun share resipi sape tah dalam FB. Tapi biasalah, saya ni memang cap suka sangat takmau ikut resipi...Kata sifu saya, jangan derhaka dengan resipi hehehe tapi nak buat macam mana...Saya memang dilahirkan dengan tahap kreatif yang melampau, jadi resipi ikut suka hati laaa...Itu yang harituh kek pisang kukus, saya pegi bakar pulak...hancusss!

Jom tengok dulu gambar...ini le rupanya bila dah dipotong, nampak intinye tuh...


Untuk makluman, saya pakai roti Gardenia yang keras berwarna coklat campur roti putih...kalau bukak bungkusan, lapisan roti yang first dan last tu ....memang anak-anak tak makan. Jadi saya simpan dalam peti ais, buat tukun tiruan. 

Agak-agak dah lebih 2 minggu tak buat apa, saya humban dalam tong sampah la..nak bagi ayam makan pun, takde bela ayam pulak...sayang juga rezeki tuh tapi saya pun tak lalu nak makan kalau dah keras tuh..

Kalau rajin memang buat puding roti lah, kadang-kadang campur dengan tepung buat cekodok (atau crocket)..kali ni kita try resipi puding roti berinti pula...selamat roti aku!

Okay, back to recipe..

Bahan-bahan:

Roti (agak-agak dalam sebuku kecil)
Cheese
Susu Segar (1-2 cawan)
Mentega (3 sudu dan dicairkan)
Telur 5 biji (kalau saiz besar 4 biji pun cukup)
Secubit lada hitam

Nota: susu, mentega, telur, lada hitam tu di campurkan dan pukul sampai kembang.

Intinya pulak...

Serbuk kari (3-4 sudu ikut tahap kepedasan)
Kentang potong dadu
Carrot potong dadu
Ayam potong dadu
Capsicum potong dadu
Bawang besar pun potong dadu
Tomato potong dadu
Button mushroom potong dadu
Daun sup/daun bawang potong nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara buat inti:

1. Panaskan mentega sikit. Tumis bawang besar.
2. Masukkan ayam,kentang,carrot,mushroom. Masak sampai empuk.
3. Masukkan capsicum, tomato,daun bawang/sup,garam dan gula. Kalau nak bubuh serbuk perasa pun boleh.
4. Angkat dan ketepikan.

Cara memudingkannya...

1. Sediakan loyang. Sapu mentega keliling.
2. Koyak-koyak roti tuh, rendam dalam bancuhan susu dan telur tadi. Susun dalam loyang.
3. Sapu inti atas roti tadi.
4. Tabur cheese.
5. Ulang step 2,3,4 sampai penuh loyang. Maybe tak sampai sebuku roti pun.
6. Last sekali mesti lapisan cheese di atas ye...jangan inti pula kat atas, pelikla pulak rupanya..
7. Tuang lebihan bancuhan susu dan telur tadi ke atas lapisan roti tadi. Biar meresap sehingga ke dalam. Jangan overflow pulak. Agak-agak sampai tutup permukaan roti di atas tu sudah lah..nanti lembik pulak puding.
8. Bakar dalam 20-25 minit, suhu 170-180. Bergantung kepada oven. Nak tau masak ke tak, cucuk dengan garpu dan tidak melekat.
9. Keluarkan dan sejukkan. Potong bila dah sejuk.

Macam buat lasagna la caranya. Ini version inti karipap...kalau nak buat version inti lasagna pun boleh. Tak payah pakai serbuk kari dan kentang, tukar dengan kuah spagethi Prego tuh...Yang ni saya belum try tapi kalau nak try jangan lupa bagitau sedap ke tak...

That's all folks!!!!!


Wednesday, June 5, 2013

Resipi Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum...

Ishhhh dok nak update blog dari sehari ke sehari, asyik tak sempat je. Dah cuti sekolah ni, budak-budak ni ada kat rumah je...mula lah "Mummy, nak makan ..." "Mummy, buatkan ...." Haiii, alamatnya memang berkampung halaman lah diriku di dapur...Confirm gas tinggal suku tong dah ni...Walaupun takde ler pandai masak mana pun, tapi kalau anak dah minta tuh cuba jugaklah buat yang terbaik ngeh ngeh ngeh....Kadang-kadang sampai terpikir nak masuk sekolah masak-memasak ni balik, amik diploma ke kan...boleh buat dessert yang power-power tu impian I, cewahhh..Tapi nasib baik ada internet, boleh la jugak belajar buat walaupun tak semenggah...

Ok..arituh ada post kat FB pasal kita buat cheese cake ni...sebenarnya niat nak buat tu dah lama, bertangguh je sebab Secret recipe dekat...bila masuk AEON Jusco nak beli barang buat cheesecake je, mata dah melirik ke Secret Recipe...bila beli barang, tengok kosnya dah boleh beli 3-4 ketul cheese cake kat Secret Recipe, so pikir-pikir lagi probability of cheese cake tak menjadi tu agak high, compare dengan kosnya yang tinggi...alih-alih kaki melangkah masuk ke Secret Recipe tanpa sedar heheheheh...ngap seketul sorang, dah boleh balik rumah tido lena...selain saya Zafri,Zarif dan Zulaiqa pun suka cheese cake..Daddy nye tak suka, mengeliat-ngeliat muka ala makan mangga masam kalau dia makan cheese cake..aperaaaa....

Ini resipi asalnya dari towkey blog...towkey blog kata boleh tukar pakai base dari Oreo untuk Oreo Cheese cake, so saya letak bahan Oreo tu dalam bracket ye..

BAHAN-BAHAN:

     110 gm digestive biscuits (Oreo 1 1/2 bungkus dihancurkan, 1/2 untuk hiasan)

    70 gm butter, melted (saya guna 1/2 bungkus Butter, tebal sikit)

    250 gm cream cheese block (sebungkus)

    50 gm caster sugar

    1/2 tsp vanilla extract

    1/2 tsp lemon juice (saya letak extra sebab suka masam sikit)

    200 ml whipping cream (sekotak kecil)

    fresh mango slices, for garnish (ganti dengan kepingan Oreo)

Cara-caranya:

1. Buang cream di Oreo tuh..Hancurkan Oreo tu sampai jadi serbuk. Jangan blend, pakai tangan je atau gelas ke, apa-apa la yang boleh menghancurkan Oreo tuh...Cuma jangan makan sudahhh...itu hancur dalam perut!

2.Tuang butter yang dicairkan tu dalam serbuk Oreo tadi, gaul bagi rata. Taknak cairkan pun takpe, saya gaul je terus sebab terlupa nak cairkan, jadi jer...

3. Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan bagi rapat...nak tekan pakai apa tuh suka hati you all la...Pastuh ketepikan sebentar.

4. Pukul cream cheese, esen vanilla, lemon juice dan gula sampai smooth. Ketepikan ke dalam satu bekas lain.

5. Pukul pulak whipping cream sampai smooth.

6. Lepas tu campurkan whipping cream dan cream cheese tu. Gaul sebati.

7. Tuang atas Oreo tadi. Sapu bagi rata..Boleh letak kepingan Oreo di atas adunan tuh.

8. Sejukkan selama 5 jam. 3 jam di dalam freeze atas (tempat ais tuh), lagi 2 jam di bahagian bawah.

9. Pastuh, ngap lahhhh...

Alternatifnya, instead of letak kepingan Oreo tuh, boleh juga hancurkan Oreo dan campurkan serbuk oreo di dalam adunan cheese cake (step 7 tadi).

Macam ni la rupanya...



Haha..patutnya nak amik gambar sebelum potong tapi dah bawak keluar dari fridge tu kan, excited gilerrr...terus makan. Sempat ambik gambar ini je, the last piece. Yang tak bestnya bila letak kepingan oreo ni, nak potong susah sket la..senget benget..Kalau hancurkan terus dalam adunan tu better, boleh potong kecil-kecil.

Tapi ini chilled cheese cake, senang melt bila cuaca panas. Elok terus makan bila dikeluarkan dari fridge...Ada resipi yang letak gelatin (cari halal) tapi saya tak jumpa..so saya pakai resipi inilah...

Happy trying!!!



Tuesday, May 28, 2013

Ceritera Cinta

Hari ni saya banyak menerima ucapan selamat ulangtahun perkahwinan saya yang dah ke 14...terima kasih lah. Terharu I...

Sepanjang 14 tahun ni, banyak cabaran yang dilalui dalam perkahwinan kami. Orang kata sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri kan. Memang la betul pun, bayangkan bagaimana dua orang manusia yang berlainan latar belakang dan didikan kena duduk serumah...kena pulak perangai pula opposite dengan pasangan...Masa bercinta tu lain lah, kentut pun wangi heheheh...

Memanglah mengambil masa untuk menyesuaikan diri...Awal-awal perkahwinan tuh biasalah ada yang tak kena kan, tapi masing-masing kenalah bijak mengawal diri...Yang terlalu mengikut perasaan sangat tu lah yang kecundang di tengah jalan tuh...Ada terdengar kata orang the first 5 years tu sangat crucial bagi sesebuah perkahwinan...Masa untuk menerima kelemahan dan kelebihan pasangan masing-masing..walahualam..

Kitorang ni seriously tak pernah bergaduh besar...sikit-sikit tu adalah...arguing tu perkara normal, sebab masing-masing nak pertahankan pendapat masing-masing. Kalau boleh, saya memang nak elak bergaduh sebab saya suka bersembang...kalau dah gaduh nanti saya nak sembang dengan sape pulak...Jadi, kalau ada bunga-bunga peperangan akan meletus, kami akan cepat-cepat leraikan. Biasanya husband saya yang akan cool down dulu...saya biasalah nak merajuk jugakkkkk...sekejap pun jadi lahhh..Tapi husband bukan jenis yang suka pujuk...Ada orang tu asal merajuk je dapat bunga kat office, kelasss kan!!!.Tapi kita takdelah...habis-habis pun dia buat milo je se-mug bagi kat saya.. tapi takpe lah...terpujuk juga marahku......Biasalah orang perempuan ni cepat je hilang merajuk..
 (P/S: daddy, next time buat milo letak 3 sudu milo ekkk...)..

Nak tau macam mana kitorang boleh berjumpa dan bercinta? Takde lah kisah sehebat cerita Adam & Hawa tuh..Kitorang dulu sekelas masa form 1 &2 di Sek. Men. Derma, Kangar. Masa form 3, husband dah tukar ke KL. Dalam kelas, kami duduk sebelah menyebelah..Lepas tu dah tak jumpa sampai saya di MSM Trolak, husband di MSM KL. One fine day, tengah cuti semester ada member Derma yang sekelas dengan husband di MSM KL menelefon...sembang punya sembang, keluar la cerita pasal husband. Dia pulak bagi nombor saya kat husband, kononnya husband nak contact kawan-kawan lama...ceehhhh, kononlah. Sebenarnya saya baru tau husband sudah syok sama saya masa dolu-dolu lagiiii...tapi sebab saya ni 'nerd' yang tak boleh nak ampun, so dia syok-syok sendiri je lah..takde lah cakap dengan saya. Jadi, keesokkan harinya husband pun called lah..sejak itu kami pun berkawan lah...dah sampai jodoh maka kami pun kahwin...Alkisah...

Saya mengharapkan dan berdoa setiap waktu agar jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami berdua. Husband sayalah 'soulmate' saya...we complete each other...kan, Daddy?

Assalamualaikum...