Thursday, June 27, 2013

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG



Assalamualaikum…

Di pagi Jumaat ni saya nak berkongsi lagi satu resipi yang memang confirmed sedap! Untuk penggemar ayam mesti try resipi ni. Semalam saya buat, husband makan nasi bertambah.  

Terliur gak tengok, macam nak ngapp juga…tapi nasib baik iman masih kuat di dada. Ahkak memang tengah dalam fasa kurang makan nasi..Pagi je ahkak makan nasi sesenduk..lepas tu lunch dan dinner makan la benda-benda mengarut lain..biskut kering ke,salad-malad ke…kalo ada ler…kalo takde telain air je lah…Adalah terasa ringan sikit badan, sikit je lah…Jadi lah tu..nak diet extreme sangat kang, gastrik pula datang menyinggah…Tapi kalau balik kampung, memang imanku goyang..makan je kerjanya…Breakfast pun mama dah hidang 2-3 jenis, kenyang sampai tengahari…hihihi. 

Jom tengok resipi..senang je. Kalau susah bagai memang saya pun malas nak masak..setahun sekali boleh le macam rendang tok tu..

Bahan-bahan:

Untuk digoreng:
1 ekor ayam
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam

Untuk pes:
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat (kalau nak hitam lagi,tambah kicap)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil air limau nipis (saya tak letak takut masam)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk cili atau cili boh
2 sudu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar /ditumbuk
3 biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara:

  1. Gaul ayam,kunyit dan garam. Goreng suku masak. Pastu ketepikan
  2. Tumis bahan kisar, masuk serai,bunga lawang,kulit kayu manis dan pelaga.
  3.  Masukkan serbuk kari,cili serbuk/cili boh. Masak sampai naik minyak.
  4. Masukkan bahan pes yang lain. Tambah air sekiranya mahu lebih berkuah.
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga masak.
 

     Nampak macam banyak benda kan, tapi semua tu campak-campak je ke dalam kuali.  Yang saya bagi ni resipi asal dari sebuah blog yang saya pun dah lupa. Kalau ikut sebijik-sebijik ni memang jadilah..tapi kalau yang kreatif sikit tu nak tambah bahan-bahan extra pun terpulanglah…




No comments:

Post a Comment