Selamat tengahari...
Dok kalut-kalut anak nak sekolah kan, sempat lagi kitorang pergi Legoland buat kali ke tiga..Pegi attraction yang belum sempat dikunjungi lagi..Kali ni baru dapat naik tren, tengok show 4D (basah-basah kena air lagi...), pastuh tengok live show pasal safety di kawasan rumah. Hmmm...boleh la...yang best time pompuan ni panjat tali sensorang dia...cuba tengok ni..tengok dengan suci hati ek sebab obscene pulak gambar ni..
Live show yang dibintangi oleh mamat- minah import dari mana tah...
Setiap kali datang mesti nak ambik gambar kat depan ni...pesal tah...
Duduk kat sini...dulu Dorset Regency, sekarang tukar nama...ni la last minute booking...dapatlah hotel ni...melilau-lilau jugak cari hotel ni...boleh tahan jugak lah driver mengamuk nasib baik tak tercabut stereng je hahhhahahah...
On the way balik, singgah jap kat Johor Premium Outlet yang heboh diperkatakan orang tuh, barang branded yang murah la, pelbagai jenama laaa...so, singgahlah kejap. Sekurang-kurangnya bila orang tanya, kau dah pegi ke JPO? Boleh le jawab..ooo aku dah pegi dah...Walaupun sekadar masuk keluar kedai dan window shopping je...Yang membeli pun daddy sorang je, beli baju Arsenal dia tu ler...Entah lah, saya ni tak pakai barang branded pun, pakai barang kat pasar malam je heheheheh...so, tak tau la nak bagi opinion berbaloi ke tidak shopping di sini...Tapi tengok orang sampai sanggup beratur nak masuk outlet sini...
Kat outlet Coach ni panjang betul queue nye...tak dapat le saya masuk....
Daddy dan Bangah kat outlet Universal Travellers...
Pendek kata, tercapai la hajat nak sampai ke JPO ni...selesa la kat sini kalau di bandingkan dengan Bandung tu, outlet berselerak, di sini semua under one roof kan..
Itu je la nak kongsi di waktu tengahari ini...selamat lunch semuanya...
No comments:
Post a Comment