Thursday, June 27, 2013

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG



Assalamualaikum…

Di pagi Jumaat ni saya nak berkongsi lagi satu resipi yang memang confirmed sedap! Untuk penggemar ayam mesti try resipi ni. Semalam saya buat, husband makan nasi bertambah.  

Terliur gak tengok, macam nak ngapp juga…tapi nasib baik iman masih kuat di dada. Ahkak memang tengah dalam fasa kurang makan nasi..Pagi je ahkak makan nasi sesenduk..lepas tu lunch dan dinner makan la benda-benda mengarut lain..biskut kering ke,salad-malad ke…kalo ada ler…kalo takde telain air je lah…Adalah terasa ringan sikit badan, sikit je lah…Jadi lah tu..nak diet extreme sangat kang, gastrik pula datang menyinggah…Tapi kalau balik kampung, memang imanku goyang..makan je kerjanya…Breakfast pun mama dah hidang 2-3 jenis, kenyang sampai tengahari…hihihi. 

Jom tengok resipi..senang je. Kalau susah bagai memang saya pun malas nak masak..setahun sekali boleh le macam rendang tok tu..

Bahan-bahan:

Untuk digoreng:
1 ekor ayam
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam

Untuk pes:
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat (kalau nak hitam lagi,tambah kicap)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil air limau nipis (saya tak letak takut masam)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk cili atau cili boh
2 sudu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar /ditumbuk
3 biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara:

  1. Gaul ayam,kunyit dan garam. Goreng suku masak. Pastu ketepikan
  2. Tumis bahan kisar, masuk serai,bunga lawang,kulit kayu manis dan pelaga.
  3.  Masukkan serbuk kari,cili serbuk/cili boh. Masak sampai naik minyak.
  4. Masukkan bahan pes yang lain. Tambah air sekiranya mahu lebih berkuah.
  5. Masukkan ayam dan kacau sehingga masak.
 

     Nampak macam banyak benda kan, tapi semua tu campak-campak je ke dalam kuali.  Yang saya bagi ni resipi asal dari sebuah blog yang saya pun dah lupa. Kalau ikut sebijik-sebijik ni memang jadilah..tapi kalau yang kreatif sikit tu nak tambah bahan-bahan extra pun terpulanglah…




Wednesday, June 19, 2013

Nak Kongsi Resipi Puding Roti Berinti

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsi resipi yang saya dapat dari biras @ beras saya...dia pun share resipi sape tah dalam FB. Tapi biasalah, saya ni memang cap suka sangat takmau ikut resipi...Kata sifu saya, jangan derhaka dengan resipi hehehe tapi nak buat macam mana...Saya memang dilahirkan dengan tahap kreatif yang melampau, jadi resipi ikut suka hati laaa...Itu yang harituh kek pisang kukus, saya pegi bakar pulak...hancusss!

Jom tengok dulu gambar...ini le rupanya bila dah dipotong, nampak intinye tuh...


Untuk makluman, saya pakai roti Gardenia yang keras berwarna coklat campur roti putih...kalau bukak bungkusan, lapisan roti yang first dan last tu ....memang anak-anak tak makan. Jadi saya simpan dalam peti ais, buat tukun tiruan. 

Agak-agak dah lebih 2 minggu tak buat apa, saya humban dalam tong sampah la..nak bagi ayam makan pun, takde bela ayam pulak...sayang juga rezeki tuh tapi saya pun tak lalu nak makan kalau dah keras tuh..

Kalau rajin memang buat puding roti lah, kadang-kadang campur dengan tepung buat cekodok (atau crocket)..kali ni kita try resipi puding roti berinti pula...selamat roti aku!

Okay, back to recipe..

Bahan-bahan:

Roti (agak-agak dalam sebuku kecil)
Cheese
Susu Segar (1-2 cawan)
Mentega (3 sudu dan dicairkan)
Telur 5 biji (kalau saiz besar 4 biji pun cukup)
Secubit lada hitam

Nota: susu, mentega, telur, lada hitam tu di campurkan dan pukul sampai kembang.

Intinya pulak...

Serbuk kari (3-4 sudu ikut tahap kepedasan)
Kentang potong dadu
Carrot potong dadu
Ayam potong dadu
Capsicum potong dadu
Bawang besar pun potong dadu
Tomato potong dadu
Button mushroom potong dadu
Daun sup/daun bawang potong nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara buat inti:

1. Panaskan mentega sikit. Tumis bawang besar.
2. Masukkan ayam,kentang,carrot,mushroom. Masak sampai empuk.
3. Masukkan capsicum, tomato,daun bawang/sup,garam dan gula. Kalau nak bubuh serbuk perasa pun boleh.
4. Angkat dan ketepikan.

Cara memudingkannya...

1. Sediakan loyang. Sapu mentega keliling.
2. Koyak-koyak roti tuh, rendam dalam bancuhan susu dan telur tadi. Susun dalam loyang.
3. Sapu inti atas roti tadi.
4. Tabur cheese.
5. Ulang step 2,3,4 sampai penuh loyang. Maybe tak sampai sebuku roti pun.
6. Last sekali mesti lapisan cheese di atas ye...jangan inti pula kat atas, pelikla pulak rupanya..
7. Tuang lebihan bancuhan susu dan telur tadi ke atas lapisan roti tadi. Biar meresap sehingga ke dalam. Jangan overflow pulak. Agak-agak sampai tutup permukaan roti di atas tu sudah lah..nanti lembik pulak puding.
8. Bakar dalam 20-25 minit, suhu 170-180. Bergantung kepada oven. Nak tau masak ke tak, cucuk dengan garpu dan tidak melekat.
9. Keluarkan dan sejukkan. Potong bila dah sejuk.

Macam buat lasagna la caranya. Ini version inti karipap...kalau nak buat version inti lasagna pun boleh. Tak payah pakai serbuk kari dan kentang, tukar dengan kuah spagethi Prego tuh...Yang ni saya belum try tapi kalau nak try jangan lupa bagitau sedap ke tak...

That's all folks!!!!!


Wednesday, June 5, 2013

Resipi Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum...

Ishhhh dok nak update blog dari sehari ke sehari, asyik tak sempat je. Dah cuti sekolah ni, budak-budak ni ada kat rumah je...mula lah "Mummy, nak makan ..." "Mummy, buatkan ...." Haiii, alamatnya memang berkampung halaman lah diriku di dapur...Confirm gas tinggal suku tong dah ni...Walaupun takde ler pandai masak mana pun, tapi kalau anak dah minta tuh cuba jugaklah buat yang terbaik ngeh ngeh ngeh....Kadang-kadang sampai terpikir nak masuk sekolah masak-memasak ni balik, amik diploma ke kan...boleh buat dessert yang power-power tu impian I, cewahhh..Tapi nasib baik ada internet, boleh la jugak belajar buat walaupun tak semenggah...

Ok..arituh ada post kat FB pasal kita buat cheese cake ni...sebenarnya niat nak buat tu dah lama, bertangguh je sebab Secret recipe dekat...bila masuk AEON Jusco nak beli barang buat cheesecake je, mata dah melirik ke Secret Recipe...bila beli barang, tengok kosnya dah boleh beli 3-4 ketul cheese cake kat Secret Recipe, so pikir-pikir lagi probability of cheese cake tak menjadi tu agak high, compare dengan kosnya yang tinggi...alih-alih kaki melangkah masuk ke Secret Recipe tanpa sedar heheheheh...ngap seketul sorang, dah boleh balik rumah tido lena...selain saya Zafri,Zarif dan Zulaiqa pun suka cheese cake..Daddy nye tak suka, mengeliat-ngeliat muka ala makan mangga masam kalau dia makan cheese cake..aperaaaa....

Ini resipi asalnya dari towkey blog...towkey blog kata boleh tukar pakai base dari Oreo untuk Oreo Cheese cake, so saya letak bahan Oreo tu dalam bracket ye..

BAHAN-BAHAN:

     110 gm digestive biscuits (Oreo 1 1/2 bungkus dihancurkan, 1/2 untuk hiasan)

    70 gm butter, melted (saya guna 1/2 bungkus Butter, tebal sikit)

    250 gm cream cheese block (sebungkus)

    50 gm caster sugar

    1/2 tsp vanilla extract

    1/2 tsp lemon juice (saya letak extra sebab suka masam sikit)

    200 ml whipping cream (sekotak kecil)

    fresh mango slices, for garnish (ganti dengan kepingan Oreo)

Cara-caranya:

1. Buang cream di Oreo tuh..Hancurkan Oreo tu sampai jadi serbuk. Jangan blend, pakai tangan je atau gelas ke, apa-apa la yang boleh menghancurkan Oreo tuh...Cuma jangan makan sudahhh...itu hancur dalam perut!

2.Tuang butter yang dicairkan tu dalam serbuk Oreo tadi, gaul bagi rata. Taknak cairkan pun takpe, saya gaul je terus sebab terlupa nak cairkan, jadi jer...

3. Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan bagi rapat...nak tekan pakai apa tuh suka hati you all la...Pastuh ketepikan sebentar.

4. Pukul cream cheese, esen vanilla, lemon juice dan gula sampai smooth. Ketepikan ke dalam satu bekas lain.

5. Pukul pulak whipping cream sampai smooth.

6. Lepas tu campurkan whipping cream dan cream cheese tu. Gaul sebati.

7. Tuang atas Oreo tadi. Sapu bagi rata..Boleh letak kepingan Oreo di atas adunan tuh.

8. Sejukkan selama 5 jam. 3 jam di dalam freeze atas (tempat ais tuh), lagi 2 jam di bahagian bawah.

9. Pastuh, ngap lahhhh...

Alternatifnya, instead of letak kepingan Oreo tuh, boleh juga hancurkan Oreo dan campurkan serbuk oreo di dalam adunan cheese cake (step 7 tadi).

Macam ni la rupanya...



Haha..patutnya nak amik gambar sebelum potong tapi dah bawak keluar dari fridge tu kan, excited gilerrr...terus makan. Sempat ambik gambar ini je, the last piece. Yang tak bestnya bila letak kepingan oreo ni, nak potong susah sket la..senget benget..Kalau hancurkan terus dalam adunan tu better, boleh potong kecil-kecil.

Tapi ini chilled cheese cake, senang melt bila cuaca panas. Elok terus makan bila dikeluarkan dari fridge...Ada resipi yang letak gelatin (cari halal) tapi saya tak jumpa..so saya pakai resipi inilah...

Happy trying!!!