Cerita-cerita je tak best pulak kalau tak tengok gambar kan..Jom kita tengok gambar-gambar memori saya ketika di bumi kangaroo ni..Firstly, time saya mula-mula nak fly ke Brisbane.
Saya yang ditengah tuh....semua kena pakai kot. Pelajar Mara la katakan |
Okay, back to the story...saya pergi masa di tengah bulan puasa. Lagi 2 minggu lagi nak raya. Sedihnya Allah saja yang tahu. Bila sampai ke bumi Brisbane, saya terdetik..."Aikkk...macam Malaysia je" hijau di sana sini...Kami disambut oleh kakak & abang seniors. Pastuh kami naik bas dan diturunkan di Malaysia House. Ramai-ramai lepak la kat situ sambil dijamu makan. Pastuh ada macam roll-call la...kakak & abang senior baca nama according to list yang diorang terima...Masa tu kitorang seramai 40 lebih ni muka pun monyok je. Dah la letih dalam flight sampai 7-8 jam, bulan puasa lagi kan, ditambah lagi dengan perasaan sedih. Pastuh, setelah berkenalan, kami ditumpangkan ke rumah-rumah senior buat sementara waktu. Saya ingat masa tuh saya & friends (Melia & Shasha) duduk rumah kakak senior yang kitorang panggil Kak Bit. Dia & her housemates la tolong carikan rumah sewa untuk kitorang, bawakan kitorang shopping barang-barang rumah. So, akhirnya we all pun dapat rumah..haaaaa ini la rumahnya, cantik bukannnn????
Ambik gambar depan rumah... |
Meh kita layan lagi gambar ni, saya pun dah tak ingat destinasi kitorang masa tuh, maybe nak pegi town atau shopping kot. Tengok saya berkaki ayam tuh, saja nak rasa bumi Brisbane ni...
Ambik gambar tepi tiang bus stop tuh...Yang saya sungguh kagum dengan sistem bas kat sini, memang tepat tau. Kat bus stop ni siap ada tulis pukul berapa bas sampai, dan memang bas tu sampai tepat la...kalau nak lewat pun seminit dua je..memang reliable betul.
Ini gambar masa di Universiti..musim luruh. daun-daun pun dah oren,tunggu masa nak gugur tuh
Ini pulak gambar masa graduation...convocation ceremony kat sini simple je bukan macam di sini. Masa saya convo di UIA last year, grand sangat...
Tahun ke dua kami berpindah ke rumah baru di St Lucia, dekat dengan Universiti. Rumah ni senonoh la sikit, takde macam yang first tu heheheh..
Depan apartment...kat belakang tu pokok Jacarandah |
Nak tengok gambar lagi? Check this out...
Bukan bersilat ni, tengah menyanyi di konsert untuk pelajar-pelajar Malaysia...dah tak ingat lagu apa |
Gambar kenangan raya masa mula-mula sampai di Brisbane. Yang dihitamkan tu bukan apa, sebab diorang sekarang dah bertudung....Masa ni kitorang yang buat open house. Seingat saya, saya buat nasi impit, kuah kacang. Itu pun selepas puas belajar dengan mama thru telephone call je. Nasib baik jadi jugak, dibantu oleh Kak Su (wife En Masuri, post grad student). Menu kawan-kawan lain saya tak ingat dah..dalam rumah tu yang pandai masak Melia & Aiza la...kitorang yang lain ni amatur sangat masa tuh...Ada sekali tu we all teringin makan roti canai, berbekalkan skil yang ada kawan saya, Aiza yang menguli roti canai tuh. Yang lain buat kuah dal & sambal...memang kelakar tapi jadi jugakla...dapatla melepaskan rindu nak makan roti canai...
Penat jugak ni nak story kisah silam saya...saya stop dulu nanti saya sambung part 2 pulak...bye..Assalamualaikum.