Tanggal 16 Jan ni melakar satu sejarah bagi seorang hamba Allah yang bernama Zuraini Abdul Hamid, dengan rasminya telah mempunyai blog sendiri. Kita ni kurang celik IT tapi ada hati nak blogging jugak..
So,where to start? Firstly, agaknya sesiapa yang tiba tiba tersinggah ke blog ni, apasal la letak nama blog Mi Goreng Pedas?? Untuk orang lain mungkin rasa pelik tapi kalau untuk keluarga Pak Hamid ni, Mi Goreng Pedas ada sentimental value yang tersendiri.. Betoi dak adik-adikku sekalian....Kalau nak tau, masa kami sefamily masih menetap di Perlis, mi goreng pedas ni la menu wajib setiap kali berkumpul. Kedai dia kat tengah pekan Kangar, sekarang pun masih ada tapi lokasi telah berubah. Walaupun kami dah tak duduk di Perlis lagi, dah pindah ke Baling,Kedah...mi goreng pedas ni akan sentiasa segar dalam ingatan kami. Alamak, rindunya nak balik Perlis.
Orait...tujuan saya buat blog ni ialah sebagai medium perhubungan di antara saya dan rakan-rakan baru dan lama, dan juga saudara-mara. Boleh la bertukar-tukar buah pikiran, upload gambar-gambar,kongsi kisah suka dan duka. Dan tak lupa kita kongsi-kongsi tips diet ke atau tips jaga anak ke...Ooo ye, nanti saya perkenalkan ahli keluarga saya pada semua.
Setakat ini dulu lah intro blog saya untuk hari ni. Nak tidur dah, esok kena bangun awal..siapkan anak-anak pegi sekolah..diorang pun dah nyenyak tidur tuh. Mummy pulak nak beradu...Assalamualaikum.
a new follower..hehe
ReplyDelete