Saturday, January 28, 2012

PAGI YANG INDAH

Assalamualaikum...
Pagi yang begitu menenangkan....biasanya hari Ahad ni lepas subuh saya akan sambung tidur. Qada' tidur....tapi tak lah lama sampai pukul 12 ke...biasanya pukul 8 lebih tu saya akan bangun, tak boleh tidur dah sebab nak siapkan sarapan...
Sebenarnya hari ni saya nak ceritakan serba sedikit la pengalaman saya belajar di Brisbane,Queensland Australia. Semalam dah picked gambar-gambar yang boleh upload dalam blog ni, so kita boleh la share dengan readers kan. Tapi tak sempat nak scan pulak...saya cuba la hari ni. Okay, aktiviti hari minggu saya & family memang agak busy. Sabtu pagi, anak-anak mengaji dengan Ustaz yang dijemput datang ke rumah...time ni best dengar Bangah mengaji. Tak keluar suara, kadang-kadang keluar macam itik serati pulak..kalau bab menjerit Bangah memang no 1, tapi bab mengaji je kecut perut...Ustaz pulak agak garang. Biasanya kalau diorang mengaji, saya & hubby memang naik ke atas la. Biar ustaz tu in control, kalau tak ustaz pun malu-malu nak tegur anak-anak kan...Lepas mengaji, saya sekeluarga biasanya akan ke Econsave beli barang dapur untuk stok seminggu dan ke kedai runcit Acheh (nama glemer...) untuk beli ikan,ayam,dan bahan-bahan mentah lain la...Petang pulak kami pergi kelas berenang. Time ni Zulaiqa memang akan dieksport ke rumah adik saya Faizal tu, sebab dia belum boleh belajar lagi. Kitorang terpaksa tipu sunat Zulaiqa sebab kalau dia tau nak pegi swimming pool, meraung la nak ikut. So, our usual lie is abang-abang pergi tuition, mummy & daddy pergi office...Biasanya selepas Maghrib baru kami balik rumah. Ooo ye, kelas tu kat public pool Putrajaya. Dan kami ada coach kami, Coach Jamel namanya...Sekarang dah nak masuk kelas ke 7. So far, dah boleh swimming breast stroke & free style..Kecuali Bangah, swimming pakai board lagi, masih tak confident, takut dengan air. Saya suka pergi public pool sini, sebab bersih dan yang paling penting ada surau.
Saya baru dapat news, adik saya Fahmi dah dapat a new baby girl pagi tadi. Bersalin di Hospital Kangar. Congratulation!!! Wahhh...selepas ni seronok la beli baju pink-pink pulak ye...Terpikir pulak nak pergi Kangar time cuti Maulidur Rasul yang panjang nanti. Saya kan rindu nak makan mi goreng pedas kat pekan Kangar tuh heheheh...Boleh la update pasal negeriku yang tercinta Perlis Indra Kayangan especially tempat-tempat makan yang menarik di sana. Perlis, here I come!

Okay, saya stop for a while. Pagi ni nak goreng nasi la for breakfast. Lepas ni kita kongsi sikit pasal buku yang saya baru selesai baca, bertajuk "Jika Ingin Cepat Kaya,Perbanyakkanlah Sedekah Kamu";penulisnya ialah Nurul Mubin. Banyak ilmu yang boleh saya share dengan semua mengenai bagusnya bersedekah ni. OK, assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment