Ahad, 22/1/2012
Hari ini saya dah ada di kampung. Biasalah, mama saya ni tersangat la sibuknya time cuti-cuti ni…bukan sibuk bisnes ke keje ke, tapi sibuk pegi kenduri heheehe…Masa kami sampai, mama baru balik dari kenduri. Kitorang dijamu dengan ikan keli goreng dan kari ikan. Hmmm best!! Kalau dah mak kita masak, ikan goreng pun sodappppp, betul tak?? Selepas tuh, mama nak buat laksa pulak. I mean bukan buat kuah laksa je tau, tapi buat laksa tu itself…Masa kecik-kecik dulu pernah la tengok mama buat tapi tak penah pun teringin nak belajar. This time, saya belajar macam mana nak buat. Mana la tau tiba-tiba stok laksa habis kat kedai kan, boleh la buat sendiri.
Okay, mula-mula ambik tepung beras sebungkus (dalam 1 kg) dan campurkan tepung gandum dalam 3-4 sudu je. Pastuh campur air panas sedikit demi sedikit dan bulat-bulatkan sampai jadi beberapa doh kenyal.
Pastuh didihkan air dalam periuk. Masukkan doh tadi dalam acuan maruku tuh. Bila air dah mendidih, pusingkan acuan tuh sampai gulungan-gulungan laksa tuh keluar, dan rebus sebentar sampai lembut.
Kemudian, keluarkan dan sejukkan dalam air biasa.
Haaa…dah siap untuk dihidangkan bersama kuah laksa.
Senangkan....Jangan buat laksa sendiri, kuah beli pulak kan…terbalik pulak…So, siapa yang nak cuba tu silakan lah…
acuan maruku tu apa fungsi dia ?
ReplyDelete