Tuesday, March 6, 2012

Anak Dianiaya oleh Ibubapa Sendiri????

Assalamualaikum...
 Tajuk hari ni catchy je kan...ini saya ambik dari newspaper Metro bertarikh 5 Mac 2012. Intipati rencana ni mengenai hak seorang anak. Anak-anak sekarang dilaporkan banyak tertekan,kemurungan,mengalami masalah mental disebabkan oleh ibubapa sendiri. Apa salah ibubapa?

Ibu bapa dikatakan:

1. Terlalu menekan anak yang mahukan mereka sentiasa cemerlang
2.Keengganan ibubapa bertolak ansur dengan pencapaian akademik anak-anak dikatakan menganiaya anak sendiri
3. Mahukan anak mengikut telunjuk dan rancangan mereka sendiri tentang halatuju masa depan anak tanpa memikirkan anak juga berhak menikmati hidup sendiri dengan bebas

Oleh itu, ibubapa tidak berhak menyekat anak dari menjadi diri sendiri. Mereka juga berhak terhadap hidup mereka. Mereka bukan ROBOT yang boleh diprogramkan sesuka hati!!

Pelajar di Asia dikatakan majoriti yang menjadi mangsa ketaksuban ibubapa terhadap keputusan berorientasikan akademik. Pelajar juga dikatakan menderita di dalam diam disebabkan sikap ibubapa sebegini. Ada sampai membunuh diri!

Faktor utama yang menyebabkan ibubapa jadi macam ni:

1. Pelajar yang gagal akademik dianggap tiada masa depan
2.Memalukan ibubapa kerana dianggap gagal mendidik anak
3. Anggapan kuno bahawa akademik sahaja yang aset untuk berjaya, aspek-aspek lain tidak penting
4. Tradisi di Asia ialah PERBANDINGAN dan PERSAINGAN..mahu menunjuk anak mereka lebih hebat

Yang no 4 tu saya setuju sangat...biasa tak dengar kalau ada sedare,jiran-jiran yang ada anak sebaya,time keluar result UPSR,PMR,SPM...mesti sibuk nak tanye "anak awak dapat berapa, anak saya dapat bla..bla..bla" Pastuh balik rumah cerita kat husband/wife "anak jiran sebelah dapat 5A la, anak kita 3A je..malu la dengan jiran sebelah" Pernah takkk...

According to Kaunselor Ohio State University, ibu bapa perlu mempunyai sikap percaya kepada kebolehan anak-anak dan biar mereka explore persekitaran dengan cara tersendiri. Setiap pelajar mempunyai daya kreativiti,minat serta kecenderungan sendiri yang tidak boleh dimanupulasikan dan ditentukan oleh orang lain.

Kekangan,tekanan dan larangan keterlaluan tidak membantu mereka belajar, berkembang serta meneroka persekitaran sedangkan aspek itu penting dalam development anak-anak kita.

Kejayaan seseorang bukan sekadar dinilai melalui pencapaian akademik sahaja. Apa yang lebih penting pelajar gembira dengan apa yang dilakukan!

Dear parents, sesuatu untuk kita renungkan....salahkah kita mencorak hidup anak kita?

No comments:

Post a Comment