Saya tengah terpikir-pikir ni, macam mana nak mengajar anak saya yang nak ambik UPSR tahun ni…this month onward memang saya nak start wat preparation for UPSR dengan dia…ALL OUT. Prinsip saya senang je…kalau saya boleh buat, kenapa anak saya tak boleh?? Then, saya teringat dulu saya pernah pergi course dan belajar mengenai style atau cara pembelajaran seseorang manusia ni… Saya pun tak sure sape yang buat kajian mengenai pasal learning styles ni..Ada 3 jenis i.e. AUDITORY, VISUAL dan KINESTHETHIC. Setiap individu ada cara tersendiri untuk belajar dan menerima apa yang diajar. Saya pun surf la internet dan saya jumpa details of this learning style..Maybe berguna untuk anak-anak saya nanti.
No doubt maybe ada banyak lagi methods yang telah dibuat research dan dipublishkan tapi saya nak cerita yang ini sebab saya rasa ia menarik…
1. AUDITORY LEARNER
Individu yang mempunyai kecenderungan untuk belajar secara traditional teaching method…cikgu ajar kat depan, kita dengar dan paham. Kanak-kanak yang auditory learner ni akan lebih memahami sesuatu yang diajar sekiranya cikgu mengajar dengan suara yang jelas, berintonasi dan dan diikuti dengan body language yang sesuai lah…Diorang ni banyak mendengar…
Kalau kat universiti, kan selalu je ada student yang tape masa lecturer tengah mengajar tu, saya believe diorang ni an Auditory learner. Kalau saya buat macam tu, memang confirm takkan paham…sebab saya seorang yang visual.
2. VISUAL LEARNER
Visual learner lebih memahami apa yang diajar sekiranya menggunakan diagram,chart,pictures, films. Konsepnya “Show me and I’ll understand”. Saya adalah visual learner. Sebab tu kalau study saya perlukan notes yang colourful dan buat lawa-lawa,ada gambar-gambar… kawan-kawan yang pernah belajar dengan saya mungkin notice la...Mind map adalah cara paling efektif untuk saya.
Anak sulung saya, melalui pengamatan saya, dia ni macam seorang yang visual…kalau tengok TV, info dari TV dia boleh ingat tapi tidak daripada pembacaan buku teks…tau la buku teks macam mana kan…sebab tu sekarang saya galakkan dia tengok Tutor TV Astro tuh…dia lebih enjoy dan lebih memahami..
3. KINESTHETIC LEARNER
Kalau Kinesthetic learner ni, learning style diorang lebih kepada touching, feeling, experiencing the material at hand. Kanak-kanak lebih cenderung kepada kinesthetic learning…Kanak-kanak pra sekolah misalnya akan menyentuh,moving everything as they learn. Kinesthetic learner akan lebih berjaya memahami sesuatu subjek sekiranya mereka totally involve dalam aktiviti tersebut. Contohnya participating in a science lab, drama presentation, field trip, dance, or other active activity. Bila kanak-kanak meningkat remaja, ada yang menjadi visual,auditory dan ada yang masih maintain sebagai kinesthetic…Tapi kalau orang tua pun masih kinesthetic tak tau la camne nak cakap…
Oleh itu, jangan marah anak-anak kita kalau dia pegi sekolah tapi balik tak paham-paham…mungkin cara penerimaan information dia berbeza…sekolah di sini bagi saya banyak kepada auditory style…cikgu mengajar, murid-murid dengar…Tak banyak aktiviti sangat…maybe ada la tapi bukan selalu…Kenapa lah sekolah tak banyak aktiviti ye? Kenapa tak belajar dalam keadaan yang happy-happy dan fun? Kenapa perlu terlalu serius ketika belajar…Saya selalu tengok dalam tv la, kalau kat oversea tu masa di sekolah rendah lagi dah ada projek sains la, projek bahasa la…macam best je…anak saya pun selalu cakap bestnya sekolah kat oversea…Mesti ada sebab kenapa sistem persekolahan kita masih di maintain macam sekarang…kenapa ya cikgu-cikgu???
No comments:
Post a Comment