Sunday, April 22, 2012

Kongsi Ilmu: Doa & Ikhtiar Hentikan Haid Sementara (Umrah&Haji)

Assalamualaikum...

Ada sahabat yang request doa ni dari saya...Di dalam buku panduan Umrah & Ziarah oleh Andalusia Travel & Tours ada diberikan doa ini untuk diamalkan. Tapi ada juga sahabat dari travel agent lain yang tidak diberitahu mengenai doa ini..so saya share je la dengan semua...

Saya mengamalkannya ketika menunaikan Umrah dahulu dan Alhamdulillah, dimakbulkan Allah s.w.t. Ketika saya ke sana, memang waktu saya sepatutnya di dalam 'keuzuran'...Tidak dapat dielak kerana jadual flight yang penuh, dan kami pun last minute je plan nak pegi...

Inilah doanya...





Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.






1 comment:

  1. Salam puan, boleh saya dapatkan email puan, saya ada beberapa soalan tentang umrah, terima kasih,

    ReplyDelete