Wednesday, April 11, 2012

The Secret Life of Zuraini Abdul Hamid-Part 2


Nak dengar lagi kisah kami adik-beradik?

Lupa pulak aku nak cite kehebatan adik aku Faizal…dia dari kecik memang dah terkenal dengan budak baik di sekolah tapi sungguh kuat mengusik anak jiran…agak contrast disitu! Punyalah dasat skill mengusik dia, tak dapat ditahan-tahan sehinggakan adik yang seorang (masa kat Bintong,Perlis kami cuma bertiga) tidak cukup untuk dijadikan bahan usikan…Maka anak jiran sebelah menjadi mangsa…dah lupa dah nama budak yang malang tuh, tapi bapak dia kami panggil Pak Chot, singkatan untuk nama Mansor. Punyalah takut budak tu sampai asal nampak aje kelibat adik aku, memang dia lari lintang pungkang atau bersembunyi di balik kain mak dia itu….

Bila semakin besar, kami berpindah ke rumah kami sendiri di Taman Guru Jaya, perumahan yang dikhaskan untuk guru-guru yang berjaya saje hehehehe…Rumah setingkat berbilik 3 sudah cukup untuk kami tunggang terbalikkan setiap hari…Bermula di situ, Faizal telah mula mengukir nama sebagai technician tak bertauliah…Peel dia sejak kecik lagi, kalau dibeli barang mainan, dia akan buka semua bahagian-bahagian yang ada. Pastuh dengan semangat dan iman yang penuh di dada, dia akan pasang balik jadi macam sediakala…mungkin masa tuh dia nak try skil pomen dia kot…Saya dok pikir adik aku ni nanti mesti bukak kedai perbaik mainan…tapi salah tanggapanku. Lain pulak jadinya sekarang huhuhu…
Skilnya itu menyebabkan dia sering dipanggil oleh kawan-kawan untuk membaikpulih barang-barang mainan dengan free of charge…tak patut betul! Sekupang pun tak bagi depa ni…

Cerita bersambung lagi, mungkin tidak cukup happening dengan tiga orang, mama dan bapak tambah lagi sorang…Tidak lah aku ingat kejadian yang pelik-pelik berlaku sepanjang masa mama mengandungkan adik aku yang sorang ni…Yelah sebab masa tu aku dok sibuk pi balik sekolah..tak sempat nak tanya mama. Tapi yang pastinya, bila mama bagitau kami nak dapat adik lagi…mulutku dengan begitu lasernya berkata “ Laaaaa…adik lagi! Penatnya nak jaga adik banyak-banyak ni..” begitulah jawapan jujurku ketika mendapat berita gembira itu. Mama hanya tersengih…

Tanggal 16 Mac, seingat aku waktu tuh lepas subuh…kami tengah nyenyak tidur di katil besi 2 tingkat kesayangan kami tuh…aku di atas, Faizal di bahagian bawah..Teringat pulak kisah katil besi 2 tingkat ni..punyala nak main, katil ni pun aku dan Faizal jadikan bahan permainan. Main apa tau? Main naik turun katil ikut tepi dinding…katil tu kan diletak di tepi dinding…Jadi kami lawan naik turun ikut tepi dinding tu la..ada gap sikit antara katil ngan dinding, senang kami menyelinap naik dan turun. Nak dijadikan cerita, masa Faizal turun, tak tau macam mana nasib dia tak baik…badan lepas, kepala tak lepas!!! Maka tergantungla kepala di katil atas, kaki tak cecah katil bawah…Aku pulak, kakak yang sangat bagus siap ketawa bagai nak rak…tengok adik nak tercekik baru pi tolong….Bertuah punya kakak!

Ooo…pasal adik baru ni pulak…tengah dok sedap-sedap tidur, dok mimpi makan ais krim Paddle Pop ka,Ding Dang ka…tiba-tiba bapak goyang-goyang katil kejut kami…Itulah style bapak kejut kami, tak payah susah susah nak tepuk-tepuk muka…goyang katil aje…Tapi aku lupa plak, Fahmi masa tuh tido kat mana ek…Kami pun bangun gosok-gosok mata…Bapak pun menyampaikan berita yang menggemparkan itu “ Bangun!! Hangpa dapat adik dah….” Sempoi ja pengumuman tuh…Aku pun kelam kabut turun katil pegi ke bilik mama dan bapak. Waahhhhhh…ada adik dah. Rupanya mama aku dah beranak kat rumah..tak sempat pegi hospital. Ambulance dah sampai depan rumah, penat je pakcik tuh bawak turun stretcher, kena bawak masuk balik dalam ambulance. Tak sabar-sabar sungguh adik aku ni…Tapi yang best dapat adik perempuan! Maka dia pun diberi nama Syazwani…Tapi dia ni memang sejak kecik memang budak baik…tak le ganas sangat macam kami bertiga ni…Ala-ala pompuan melayu terakhir jugakla dia ni…Cuma ada sekali tu ja tak tau la angin mana merasuk ke badan dia…dia boleh lompat atas meja kopi yang berkaca tuh…ZRASSSSSS!!! Berderai kaca-kaca…pastuh dia boleh buat muka selamba je kat situ. Mama mula terjerit-jerit ketensionan…tapi saya tak ingat sapa yang pegi rescue dia…mama ka bapak..Tapi rasanya kebarangkalian tuh bapak la sebab mama biasanya kalau dia dah panik, dah takleh pikiaq apa dah…Tapi mujurlah tiada apa-apa kecederaan…..

Hari-hari yang dilalui aku bersama adik perempuan aku tuh sangatlah menyeronokkan, siap boleh belagak eksyen kat sekolah sebab ada adik pompuan…kawan-kawan lain yang takdak tuh bengkek je la…Seingat aku lah, tak ada adegan bergaduh atau kami buat Team A, Team B walaupun kami ni berempat..

Dua tahun kemudian, kami digemparkan lagi dengan berita yang kami akan mendapat adik baru. 

Haaaaii…adik lagi??? Kali ni adik lelaki yang berjaya dilahirkan di hospital…bapak dah amik pengajaran dari episod beranak di rumah yang lalu..Kali ni hantar pi hospital awal-awal…Kali ini adik baru kami diberi nama Muhammad Fadzli. Tapi disebabkan kesusahpayahan dia menyebut namanya sendiri, nama sedap-sedap tu jadi Ali saje…bukanlah sebab dia minat ahli gusti Muhammad Ali tu ke…ooo bukan…Macam nama dalam buku teks sekolah, Ali, Abu,Ah Kow,Mutu…haaa…macam tu lah sempoinya nama dia…Tak banyak la kenangan yang aku ingat mengenai adik bongsu aku nak sorang ni sebab aku melanjutkan pelajaran ke MRSM Taiping…jadi berjumpa hanya semasa cuti sekolah saje…Tapi yang paling aku ingat kisah semasa dia remaja…balik rumah lambat….sekali bapak tunggu dalam bilik daaaaaa…Macam episod cerita Anakku Sazali tuh…bukak-bukak lampu, ternampak bapak….hak tu memang lawak la…Tapi itu pun mama yang cerita la…bocor rahsie keh keh keh…Dalam pada itu, kami masih lagi berjaga-jaga, mana tau mungkin ada lagi pengumuman-pengumuman yang lebih mencabar ke dari bapak…Tapi kesudahannya, kami masih berlima sehingga hari ni…huhuhuhu…legaaaaa!!

Begitulah kisah kami adik beradik yang masih ku ingat…banyak yang berlaku tetapi masa yang berlalu begitu pantas…Gaduh-gaduh tu biasalah ,nama pun adik beradik kan! Sekarang kami pun dah beranak pinak..mengembangkan lagi legasi Abdul Hamid Che Nai-Aishah Abdul Kadir dan menambahkan lagi susur galur sejarah keluarga Tok Wan Kadir-Tok Limah & Che Nai – Tok Som…..Haaaiii, bukan senang nak karang cerita adik beradik ni…Tapi siapalah saya tanpa mama dan bapak serta adik beradik saya…wahhh sadis gitu! Love you all….

2 comments: