Kita biasa mendengar slogan ini di kebanyakan kempen membaca . Budaya membaca di kalangan penduduk Malaysia setakat ini masih rendah, survey menyatakan purata membaca hanyalah 2 buku setahun. Macam tak caye je…Saya tidak tahu sekiranya data ini tepat atau tidak memandangkan kemajuan internet sekarang, kita membaca di alam maya, betul tak? E-book pun dah berlambak-lambak di internet. Anyway, I’m not questioning the survey here…tujuan saya menulis hari ini adalah mengenai budaya membaca.
On average, anak-anak kita sudah pun pandai membaca ketika berumur 5-6 tahun. Anak-anak saya, Zarif dan Zafri pun sudah mula membaca ketika berumur 5 tahun. Zulaiqa masih lagi dengan phonics reading, sudah boleh menyebut suku kata yang mudah..saya pun berharap dia dapat membaca dengan lancar ketika umurnya 5 tahun. Kesian pulak tengok dia yang jealous dengan abang-abang yang sudah pandai membaca. Kadang-kadang dia mengomel “bila Aqa nak pandai baca ni…!”..Yang okay nya bila cemburu begini, dia akan menjadi lebih rajin membelek buku…Namun, pandai membaca dan rajin membaca adalah sesuatu yang berbeza ye…Memang ada anak-anak kita yang cepat membaca tetapi tidak semestinya dia rajin membaca.
Hari ini saya nak share bagaimana nak memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak…banyak artikel dan forum yang mengupas isu budaya membaca ini tetapi apa yang saya nak ceritakan di sini ialah cara saya dan suami tersendiri, bagaimana saya dan suami menggalakkan anak-anak saya membaca. Bukan membangga diri tau, just want to share…Saya yakin sahabat-sahabat saya juga mempunyai anak-anak yang rajin membaca dan mereka telah diasuh dengan cara yang tersendiri. Boleh share tips ya…
Sebelum terlupa, cara saya ini saya ambil dari resipi ibubapa saya sendiri…haaaa…jangan ingat makan je ada resipi, mendidik pun ada resipi juga…Nak senang, saya summarise dalam bullet points ye..
1. Galakan membaca seeloknya bermula seawal yang mungkin
· Walau pun anak-anak belum boleh membaca, belikan buku-buku cerita yang sesuai dengan usia mereka.
· Bacakan kepada anak-anak. Walaupun anak berumur 6 bulan dan belum memahami apa-apa, elok kita terapkan budaya membaca ketika bayi lagi.
2. Paling penting, untuk melahirkan anak-anak yang suka membaca..kita sebagai ibubapa perlu ada sikap suka membaca juga…Kalau tak, jadi macam ketam mengajar anak berjalan lurus pulak..
3. Tetapkan masa untuk membaca
· Apa yang saya dan suami praktikkan, kami akan membaca sebelum tidur. Bila anak-anak naik ke bilik, saya akan minta diorang bawakan buku masing-masing dan baca sebelum tidur. Di waktu lain masing-masing sibuk dengan sekolah,tuition, homeworks dan sebagainya…waktu sebelum tidur ialah waktu paling perfect nak suruh diorang membaca. Bukan diorang aje, saya dan suami pun akan membuka buku juga…Masa ni juga boleh diperuntukkan untuk membaca kepada anak-anak yang belum pandai membaca.
· Semasa saya kecil dulu, ibu bapa saya sudah menetapkan masa untuk membaca atau membuat kerja rumah pada setiap malam selepas berita pukul 8. By that time, semua kena duduk di meja makan yang telah diconvert menjadi meja study. Siapa yang tiada homework, diwajibkan membaca buku atau majalah. Masa tu, majalah paling famous ialah KUNTUM heheheeh…
4. Menjadikan kedai buku sebagai satu ‘destinasi pelancongan’
· Alhamdulillah, sekiranya kami mengunjungi pusat membeli belah, dan terserempak dengan kedai buku, anak-anak dengan sendirinya akan mengajak kami masuk ke kedai buku.
· Kami sekeluarga boleh menghabiskan masa berjam-jam di dalam kedai buku…masing-masing di tempat yang berbeza. Daddy di History area, Zafri di Teenage Novel/Fiction, Zarif & Zulaiqa di Children’s area…Mummy, of course, berada di mana-mana saja…monitor diorang whilst looking for books…Dan kami akan berjumpa di payment counter sambil memandang daddy dengan penuh harapan, semoga buku-buku kami dibayar…heheheh
5. Jangan lokek membeli buku untuk anak-anak dan diri sendiri
· Sentiasa peruntukkan sedikit wang untuk membeli buku.
· Boleh dikatakan setiap bulan, saya dan suami membeli buku. Dan setiap kali anak-anak mahu membeli buku, kami jarang menolak permintaan mereka. Kecuali jika buku-buku yang diminta itu tidak bersesuaian dan terlalu mahal.
· Even anak saya zafri akan mengumpul duit poket sekolahnya sendiri untuk membeli buku yang diidam-idamkan.
6. Menjadikan buku sebagai hadiah instead of barang permainan
· Sesekali jadikan buku sebagai hadiah kepada anak-anak…
7. Menggalakkan anak-anak membaca buku di dalam kereta dan di mana-mana sahaja
· Biasa dengar membaca di dalam toilet? Haaa..biarlah anak anda membawa buku ke mana-mana hatta ke dalam toilet pun hehehe…
· Saya juga menggalakkan anak-anak membaca di dalam kereta ketika dalam perjalanan balik kampung atau ke mana-mana..
Ooo yeee…Kebiasaannya anak-anak lelaki agak malas membaca jika dibandingkan dengan anak perempuan. Saya noticed anak-anak lelaki saya pada mulanya hanya mahu membaca komik inspired from TV superheroes macam Spiderman, Ben10,etc…It’s okay, asalkan diorang nak membaca, saya belikan juga. Lama-kelamaan, daripada komik mereka gradually beralih arah kepada buku. Zarif yang dulunya suka sangat baca komik Transformers, sekarang sudah mula membaca suratkhabar! Walaupun hanya membaca berita yang kecil, mummy tetap bangga dengan anak mummy..bukan senang nak suruh anak baca suratkhabar. Saya pun dulu tak suka baca suratkhabar tetapi kena paksa dengan bapak saya…
Dan selain membaca, saya juga ingin mengasah skil menulis anak-anak saya. Latest, saya telah meminta Zafri menulis karangan dengan tajuk pilihan sendiri dan menghantar ke majalah kanak-kanak yang menawarkan hadiah buku-buku untuk tulisan yang berjaya disiarkan. So, nantikan ye sekiranya berjaya, saya akan update di blog ini. Saya juga pernah upload entry tulisan anak saya itu di blog. Zafri sangat excited bila kawan-kawan dapat membaca hasil nukilannya itu.
Itu sahaja yang saya dapat kongsikan pada hari ini..Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Semoga tip-tip ini dapat digunakan untuk kebaikan anak-anak kita ye…Jangan lupa share ye to those yang ada interesting tips nih…
No comments:
Post a Comment