Monday, June 4, 2012

Pesanan Untuk Adik-adikku...

Assalamualaikum....


Hari ini rasa macam 'slow' dan 'blur' sikit...dah hari Selasa pun masih blues lagi ke akak ni...hmmm...harap-harapnya penyakit 'blues' akan berakhir tidak lama lagi...Amin..!


Saya memang ada story nak cerita ni tapi nak mengupload gambar ler yang tak sempat tuh.. saya cuba malam ni, Insya Allah..


Tapi, nak bercerita jugak hari ni... saya nak share sebuah lagu ni...sekarang kan musim kahwin, ramai anak-anak dara yang telah rasminya menjadi seorang isteri kepada sang suami...dan bermulalah alam perkahwinan yang penuh cabaran..Bukan semuanya seindah masa bercinta...yang tersorok-sorok selama bercinta pun terbongkarlah selepas berkahwin heheheh...muka yang sentiasa nampak 'flawless' setiap kali berdating tu rupa-rupanya mak aiiiii ada parut jerawat besarrrr kat pipi kiri...baru sang suami perasan! Suami pulak, yang sungguh sopan, gentleman setiap kali berjumpa, rupa-rupanya sang pendengkur berskala Richter 8.0 rupanya...dah seminggu kahwin, tiap-tiap malam si isteri tak boleh tidur, kuang kuang kuang.....takpe dik, masuk 3-4 tahun sure dah boleh tido dah hehehehe...


Okay, hayati la lirik ni...pesanan suami buat isteri...nak cari lagu pesanan isteri buat suami tak jumpa la pulak....



Lirik Lagu Permata Buat Isteri - Kopratasa

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Yup...buat yang baru bergelar isteri di luar sana...jadikan gelaran 'isteri' tu sesuatu yang mulia...

No comments:

Post a Comment