Thursday, June 21, 2012

Tips Tips Tips...

Assalamualaikum....

Nak story sikit la pasal kisah rumahtangga ni....semalam ketika saya dan husband pulang ke rumah, bibik menyampaikan berita pasal ada attempt nak pecah masuk rumah kitorang...Pagar memang dah dipotong,so, dia masuk melalui belakang rumah.

Belakang rumah memang ada sedikit kawasan tanah dan dipagari dengan pagar dawai hijau...Pandai la jugak orang itu tidak cuba membuka atau memotong padlock, sebab akan menghasilkan bunyi yang mungkin mengejutkan sesiapa di rumah....Barang-barang belakang rumah tu habis digeledah dan menurut bibik memang ada kesan-kesan tapak kasut...tapi by the time kitorang balik memang tak nampak dah la...

Alhamdulillah, memang bersyukur sangat sebab dia tidak berjaya masuk. Saya hanya memikirkan keselamatan anak-anak saja...andai kata si perampok masuk dalam rumah, tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi...barang-barang tu saya tak kisah sangat, boleh dicari ganti....

Husband saya decided nak buat laporan polis...well, kat kawasan rumah saya memang ada Balai Polis mini...Dan lepas report, ketua balai (berpangkat Sarjan rasanya) tuh pula datang ke rumah...A very nice guy..dia pun check apa yang patut..lepas ni hopefully ada rondaan dibuat...Risau juga, memang trend dekat-dekat nak puasa, raya ni ade je kes-kes pecah rumah...Ye la perampok pun nak raya jugak, ye tak....Last year, jiran belakang rumah pun kena rompak,siap anak-beranak kena ikat ....

Anyway, ketua balai tu pun ada la bagi 2 tip yang berguna jugak la...mengikut pengalaman dia meng'handle' kes rompakan..just to share...

  • Membiarkan baju-baju di ampaian yang bergerak (biasanya yang berbentuk V, boleh lipat tuh) adalah tidak selamat..ada kes-kes di mana pencuri bersembunyi di dalam timbunan kain dan membuat 'kerja' membuka gril atau pintu tanpa disedari walaupun guard atau polis buat rondaan...Seeloknya diikat supaya tidak dapat digerakkan atau pakai ampaian yang permanent punya lah...
  •  Kalau dengar ada percubaan nak mencuri, kat rumah kita atau rumah jiran ke... tekan alarm kereta...biar dia terkejut...Ini kalau takde alarm rumah la...tapi kalau ada pun belasah la tekan dua dua jugak..biar dia takut sikit...

Dan kami sendiri pun semalam baru terpikir, selama ni tak pernah ambik masa untuk berpikir pasal ni...what if kalau dia datang lagi malam tadi sebab tak puas hati tak dapat masuk ke rumah ...what will we do?? So, kita kena ada ESCAPE PLAN tau atau apa-apa lah nama yang u all nak bagi...selama ni saya tak pernah bagitau anak-anak apa yang patut diorang buat sekiranya pencuri masuk rumah,etc....Kena juga bagitau kat mana diorang nak sembunyi, siapa yang diorang nak call, the do's and the don'ts, etc...

Hmmm...malam ni sure tak dapat tidur lagi...

No comments:

Post a Comment