Thursday, January 26, 2012

Gong Xi Fa Cai..Jom Balik Kampung


Assalamualaikum dan selamat pagi….
Saya dalam perjalanan pulang ke kampung mertua di Kuala Kangsar….perjalanan setakat ini   lancar, tak sesak. Anak-anak semuanya happy kat belakang tu..sememangnya acara balik kampung memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh diorang. Sejak semalam lagi princess saya, Zulaiqa asyik bertanya bila nak balik kampung ni..nak balik kampung perak ke kampung Kedah? Kali ni kami balik ke dua-duanya sekali. Hmm…baru je puji jalan ok, dah start sesak pulak. Sabar je lah…

Sebelum bertolak tadi, kami singgah bersarapan di sebuah restoran berdekatan Carrefour Bandar Tun Hussein Onn. Sambil menikmati nasi lemak, saya belek-belek suratkhabar. Terbaca satu berita bayi mati tersedak susu di nursery. Melihat gambar ibubapa bayi tersebut yang menangis sambil memeluk bayi mereka, hati saya sangat tersentuh. Mengalir jua air mata saya, maklumlah saya ni memang super sensitive orangnya…Hati saya tertanya-tanya, bila kejadian macam ni akan berakhir. Memang kita tidak dapat menolak Qada’ dan Qadar, tapi sesuatu perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya betul pengusaha taska cuai, memang patut dia dikenakan hukuman. Hal-hal beginilah yang menjadi dilemma seorang wanita. Kalau ikutkan hati saya sebagai seorang ibu, saya mahu anak-anak saya diasuh saya sendiri, ikut acuan saya bukannya acuan pengasuh Indonesia atau pekerja-pekerja nursery. Tapi apakan daya, tuntutan hidup di kota besar seperti KL ini tidak memungkinkan saya menjadi seorang surirumah dan ibu yang pada erti yang sebenarnya kepada anak-anak saya. Saya hanya bersama dengan anak-anak hanya 2-3 jam sehari. Pulang dari kerja hampir pukul 8 malam dan tidur pada pukul 11 malam. Anak-anak saya ada yang sudah tidur pada pukul 10, jadi berapa lamakah masa saya bersama anak-anak? Sempatkah saya mendidik anak-anak saya dalam masa sesingkat ini? Dilemma…dilemma… 

Kita dah lari topik ni…sebenarnya nak cerita pasal balik kampung, dah ter’emo’ pulak tadi. So the journey was not that bad…jam sampai Tanjung Malim aje. Pastuh dah lancar sikit, takde la bumper-to-bumper macam tadi. Sampai di Sungai Perak, Bangah mengadu lapar. Jadi kami singgah di R&R Sungai Perak untuk late lunch la. Meh kita tengok siapa yang lapar sebenarnya heheheh…



Tengok...happy nyer diorang nak balik kampung

Slurp...slurpppp...sedapnya


Selesai lunch dan solat, kami meneruskan perjalanan Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun sampai di rumah mertua saya di Padang Rengas. Untuk yang tak terer Geografi  ni, Padang Rengas ni kat Kuala Kangsar, Perak. Masuk je dalam rumah, saya tengok mak mertua saya dah bersilat kat dapur hehe..malam ini ada kenduri doa selamat untuk biras saya (bukan beras tau!) yang tengah pregnant 7 bulan. Dulu dibuat adat melenggang perut, tapi sekarang orang dah tak buat. So, digantikan dengan doa selamat. Menu semua home-cooked. So, tanpa buang masa, saya pun bantu la apa yang patut. Menu yang dimasak ialah Nasi lemak sambal ikan bilis, pulut dan rendang ayam ,bihun goreng,agar-agar santan dan limas. Di KL, limas ni dipanggil kuih tepung pelita..fuuuhhhh…memang sedap. Boleh percaya mak mertua saya yang masak semua tuh? Saya, husband dan adik ipar perempuan saya hanya membantu sikit-sikit. The MasterChef of the day is my mother-in-law lah…Haaaa…inilah hidangan yang telah siap…

Amecam...ada terlioq ka???



Dah selesai masak dan menghidang, lebih kurang pukul 9 malam, ahli-ahli jemaah surau pun datang. Lebih kurang 20 orang, doa selamat pun dibaca. Pastuh, acara yang ditunggu-tunggu iaitu MAKAN …..
Lepas acara ‘ngap’ selesai, acara mengemas dan membasuh pinggan…ketika inilah saya rasa begitu menyesal tak bawak balik bibik ku yang tercinta huhuhu….Tapi saya still happy sebab esok nak balik Baling pulak..jeng jeng jeng…

2 comments:

  1. kak zu, penulisan semakin menarik dan menarik untuk diikuti..keep it up..hehe

    ReplyDelete