Wednesday, June 27, 2012

Tanda Kekuasaan Allah s.w.t

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Entri kali ni saya nak tunjukkan gambar simpanan peribadi saya...amat istimewa...Actually ada orang complaint entri kita ni lately takdak gambaq...dok pot-pet pot-pet saja...boring...So, okaylah..nak gambar ye...ni haaaa, cuba tengok...Bukan copy-paste mana-mana tau....ori punya!

Gambar ni di ambil dari dalam kereta...Kena lah cerita sikit sinopsis ok...

Ini kereta Wira suami saya. Di dalam kereta ini, suami saya telah menggantungkan hiasan bertulis Allah (s.w.t) ,Muhammad (s.a.w) di cermin. Hiasan ini telah dibeli ketika kereta ini baru sahaja dibeli pada tahun 1999. (alaaa...tak sedap pulak ayat ni...).

Untuk makluman, kedudukan tulisan Muhammad (s.a.w) ini adalah mengadap ke dalam kereta, manakala tulisan Allah (s.w.t) mengadap ke luar kereta. Dan kereta ini memang diparkirkan di luar rumah, terdedah kepada cahaya matahari.

Dan pada tahun 2012, hampir 13 tahun usianya...lihat apa terjadi kepada kualiti tulisan Allah (s.w.t) dan Muhammad (s.a.w).....


Tulisan Muhammad (s.a.w) ...Dah blur dan kelabu dah kan.....walaupun tak kena sangat cahaya matahari..



Subhanallah...tengok tulisan Allah (s.w.t) nih, masih terang dan berkilat...tidak dimamah cahaya matahari...Matahari pun takut nak memudarkan tulisan Allah (s.w.t).

Saya begitu kagum.....

Tuesday, June 26, 2012

Uniknya....

Assalamualaikum...

Tengah senyum senyum kambing ni...

Camnih ceritanya...ntah pasai apa gatai tangan dok Google-google tadi nih...well, I memang suka Google...kalau lah takdak uncle Google ni tak tau la hidup I macam mana huhu...Tiba-tiba ternampak pasai nama-nama tempat unik di Malaysia...Try la bukak.....

So, nak share nih...

1. Kg Tok Imam Lapar
2. Kg. Nasi Dingin
3. Kg Air Sejuk

Mengikut apa yang saya baca lah...kalau salah tolong ampunkan...nama 3 kampung ni ada kaitan...Kononnya Tok Iman tu lapar, so dia pi kampung sebelah, makan nasi dingin...pastuh tercekik.orang kampung tu takda ayaq, dia pi kampung sebelah minum air sejuk...itulah asal nama 3 kampung tu... :-)

 Ada lagi ni...

4. Kg Atas Tol
5. Kg.Kedai Lalat
6. Kg.Buntut Pulau
7. Kg Enjin Gergaji
8. Kg. Ice Box
9. Kg. Pak Katak
10. Kg Awek (phewiiitt...)
11. Kg Pacat Joget
12. Kg.Wireless (kampung tercanggih ni...)
13. Permatang Kerat Telunjuk (ada beran mai sini?)
14. Kg. Durian Guling

Banyak lagi tapi you all Google la sendiri....

Monday, June 25, 2012

Aku Tanpa CintaMu



Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya ohhh

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

(Lagu: Aku Tanpa Cintamu - Mirwana feat. Jay Jay)
 

Thursday, June 21, 2012

Jangan Takutkan Anak Dengan Hantu

Assalamualaikum...semoga sihat di hari Jumaat yang mulia ini...

Hari ni nak share satu artikel yang telah selamat saya copy paste 98% (2% tu sebab tak amik gambar aje...huhu) dari paper Kosmo part Variasi bertarikh hari ni...

Ini kisah anak yang takut hantu...tapi nak kata anak, mak pun takut hantu gak...Bapak dia tak tahu la, nampak macam berani, tapi kena juga 'usik' kat Langkawi ari tuh kan...ada panggilan pulau "zulllll..zulllll" Eiiiii seram mak...

Oppps...terlebih sudah...apa kata kita baca artikel ni...bagus untuk mak-mak yang ada plan nak takut-takutkan anak dengan hantu...Jangan ekkkk...nanti jadi macam anak akak ni, nak pegi toilet siang-siang buta pun kena teman...bukan setakat teman tepi toilet, kena masuk dalam toilet terus!...Kalau time dia buat 'big business' tuh, bibik la jadi mangsa....tutup-tutup hidung dia....Nasib la, itu sebahagian dari Job Description dia, so kena buat la hehehehe...

Bace lah...

*****************************************************************************

dari KOSMO 22/6/2012
 
HANTU dan puaka merupakan sebahagian daripada watak-watak yang selalu hadir di sekeliling kita. Ia diceritakan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Ini menjadikan seolah-olah hantu dan puaka itu seolah-olah selalu mengekori manusia.

Sungguhpun watak hantu telah ditafsirkan dengan pelbagai cara dan diceritakan daripada satu individu kepada individu yang lain, namun sangat jarang yang pernah melihatnya sendiri. 

Banyak daripada watak hantu yang seram dan mengerikan itu bersumberkan daripada cerita orang lain.
Bagaimanapun, kerana ia menjadi cerita yang dipercayai, watak hantu telah menjadi sebahagian daripada perbualan masyarakat.

Disebabkan cerita hantu mampu menarik minat, mutakhir ini lambakan filem seram telah menguasai industri perfileman kita. 

Walaupun filem hanyalah sekadar sebuah medium untuk berhibur, ia boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. 

Anak-anak percaya bahawa hantu atau watak seram itu benar-benar wujud di sekeliling mereka.
Dalam masyarakat Melayu khususnya, hantu telah menjadi sebahagian daripada simbol yang digunakan untuk menakutkan anak-anak yang sering menangis pada tengah malam atau mengawal kenakalan mereka. 

Adakah itu cara yang betul dalam mendidik anak-anak? Hakikatnya, mendidik anak untuk takutkan hantu telah menanam konsep baharu ke dalam diri mereka. Ia telah membuatkan mereka percaya bahawa hantu itu sememangnya watak yang menakutkan dan boleh menyebabkan manusia ditimpa musibah. 

Menanam kepercayaan awal
Malang sekali, kerana konsep hantu tersebut tidak dapat dibuktikan, ketakutan anak-anak itu terbawa-bawa sehingga mereka dewasa. 

Mereka akan takut melalui kawasan kubur kerana kononnya ia menjadi tempat tinggal hantu atau enggan berada di tempat gelap walaupun di dalam bilik kerana kononnya ada hantu.

Sebenarnya, mendidik anak dengan konsep hantu terutamanya ketika anak-anak masih kecil hanya menjadikan mereka manusia yang penakut kepada sesuatu yang diragui kewujudannya.

Walaupun ia mungkin bukanlah pendekatan yang sesuai, tetapi menakutkan anak-anak dengan perkara yang boleh dibuktikan mungkin lebih baik daripada menakutkan mereka dengan cerita hantu.

Misalnya, kalau anak menangis, kita menakutkan mereka dengan harimau atau gajah. Apabila mereka dewasa, mereka akan tahu bahawa harimau atau gajah hanya berada di hutan atau setidak-tidaknya di zoo.

Sebaliknya, kalau kita menakutkan mereka dengan hantu dan ia tidak boleh dibuktikan, mereka akan menggambarkan hantu itu akan berada di mana-mana sahaja. 

Hantu boleh berada di dalam bilik air atau pada malam hari. Hantu juga boleh muncul ketika kita tinggal berseorangan.

Sehubungan itu, ibu bapa harus berhati-hati apabila mendidik anak-anak mereka. Jangan mengambil jalan singkat untuk menghentikan anak-anak menangis, sedangkan perbuatan seumpama itu hanya merosakkan keyakinan diri mereka pada masa hadapan.

Apa yang terjadi, biasanya mereka yang menceritakan ternampak hantu itu adalah mereka yang takut kepada makhluk tersebut. 

Adakalanya, hantu yang diceritakan itu bukanlah hantu yang sebenarnya, sebaliknya hanyalah imej lain yang pada sangkaan mereka ialah hantu.

Konsepsi mengenai hantu telah menyebabkan wujudnya nujuman penyempurnaan kendiri dalam diri seseorang. 

Kita meramal dahulu dan membenarkan kemudian. Apabila ada plastik putih yang terbang pada waktu malam, mereka yang sudah sedia menanam kepercayaan konsep hantu ini segera membuat kesimpulan bahawa itu ialah hantu. 

Sesekali, apabila terdengar ada bunyi asing pada tengah malam, mereka menyatakan bahawa mereka sedang diusik hantu. 

Kepercayaan awal itulah yang menyebabkan kesimpulan mengenai hantu itu dibuat tanpa berfikir panjang.
Walaupun dalam Islam kita memang disuruh mempercayai kewujudan jin dan syaitan, tetapi tentulah ia bukan seperti yang digambarkan dalam cerita masyarakat kita. 

Kepercayaan dan ketakutan yang keterlaluan masyarakat kita terhadap hantu telah mencetuskan watak hantu dengan pelbagai nama dan sifatnya. 

Hakikatnya, daripada banyak cerita seram yang kita dengar itu jarang ada antara kita yang pernah menyaksikannya sendiri.

Tips Tips Tips...

Assalamualaikum....

Nak story sikit la pasal kisah rumahtangga ni....semalam ketika saya dan husband pulang ke rumah, bibik menyampaikan berita pasal ada attempt nak pecah masuk rumah kitorang...Pagar memang dah dipotong,so, dia masuk melalui belakang rumah.

Belakang rumah memang ada sedikit kawasan tanah dan dipagari dengan pagar dawai hijau...Pandai la jugak orang itu tidak cuba membuka atau memotong padlock, sebab akan menghasilkan bunyi yang mungkin mengejutkan sesiapa di rumah....Barang-barang belakang rumah tu habis digeledah dan menurut bibik memang ada kesan-kesan tapak kasut...tapi by the time kitorang balik memang tak nampak dah la...

Alhamdulillah, memang bersyukur sangat sebab dia tidak berjaya masuk. Saya hanya memikirkan keselamatan anak-anak saja...andai kata si perampok masuk dalam rumah, tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi...barang-barang tu saya tak kisah sangat, boleh dicari ganti....

Husband saya decided nak buat laporan polis...well, kat kawasan rumah saya memang ada Balai Polis mini...Dan lepas report, ketua balai (berpangkat Sarjan rasanya) tuh pula datang ke rumah...A very nice guy..dia pun check apa yang patut..lepas ni hopefully ada rondaan dibuat...Risau juga, memang trend dekat-dekat nak puasa, raya ni ade je kes-kes pecah rumah...Ye la perampok pun nak raya jugak, ye tak....Last year, jiran belakang rumah pun kena rompak,siap anak-beranak kena ikat ....

Anyway, ketua balai tu pun ada la bagi 2 tip yang berguna jugak la...mengikut pengalaman dia meng'handle' kes rompakan..just to share...

  • Membiarkan baju-baju di ampaian yang bergerak (biasanya yang berbentuk V, boleh lipat tuh) adalah tidak selamat..ada kes-kes di mana pencuri bersembunyi di dalam timbunan kain dan membuat 'kerja' membuka gril atau pintu tanpa disedari walaupun guard atau polis buat rondaan...Seeloknya diikat supaya tidak dapat digerakkan atau pakai ampaian yang permanent punya lah...
  •  Kalau dengar ada percubaan nak mencuri, kat rumah kita atau rumah jiran ke... tekan alarm kereta...biar dia terkejut...Ini kalau takde alarm rumah la...tapi kalau ada pun belasah la tekan dua dua jugak..biar dia takut sikit...

Dan kami sendiri pun semalam baru terpikir, selama ni tak pernah ambik masa untuk berpikir pasal ni...what if kalau dia datang lagi malam tadi sebab tak puas hati tak dapat masuk ke rumah ...what will we do?? So, kita kena ada ESCAPE PLAN tau atau apa-apa lah nama yang u all nak bagi...selama ni saya tak pernah bagitau anak-anak apa yang patut diorang buat sekiranya pencuri masuk rumah,etc....Kena juga bagitau kat mana diorang nak sembunyi, siapa yang diorang nak call, the do's and the don'ts, etc...

Hmmm...malam ni sure tak dapat tidur lagi...

Tuesday, June 19, 2012

Comelkan Anak Buah Saya Ni.....

Ini la anak buah saya Syamil...mama dia pakaikan tudung, nampak kiut sangat...saje saya nak letak gambar dia kat sini...Buat kenangan heheheh...


Papa dia jangan marah heheheheeh.....

Monday, June 18, 2012

Zulaiqa Nak Buat Rambut

Di petang Sabtu yang indah..

Zulaiqa: Mummy, Aqa nak buat rambut bagi cantik la...
Mummy: Buat rambut? Rambut Aqa kan dah cantik
Zulaiqa: Nak rambut macam kak Sarah (cousin cum BFF)
Mummy: Ooooo...nak rambut straight? Okay..jom ikut Mummy pegi salun rambut!

Nak memenuhi permintaan anak daraku yang seorang ni, saya pun bawa dia pegi salun rambut berdekatan dengan rumah.

Bukan buat rebonding, tak sesuwaiii sebab masih kecil ,so, itu amoi kata dia iron saja lorrrr..."Temporary saja maaa...lepas mandi rambut curly balik!" " Hmmm...okay la...bagi dia happy saja.."

"RM25 aaaaa..."
"Boleh...boleh.."
"Lama ka?"
"Sekejap saja...mari mari adik, kasi basuh rambut dulu aaaa .."

Ini first time tau saya bawak Zulaiqa pegi salun rambut...Dia pun macam takut-takut je...tapi bila amoi tu basuh rambut dia...wahhh punya la syok, ada sessi urut-urut sikit sikit la...sampai terlentok la...

Tertidur dah...seronok amoi tu belai-belai rambut


Dah start panik bila tengok macam-macam gadjet ada kat situ...


Macam-macam ada...


Proses meng'iron' rambut


Final touch...kasi trim sikit rambut tu...Zulaiqa dah start happy dah tengok rambut dia




Tadaaaaa!!! Cantikkan rambut saya...tapi pesal bawak botol susu tuh....



Posing maut dengan rambut stail baru....

Heheheheh...best jugak mother-daughter outing ke salun rambut ni...Next time kita pegi SPA plak ye Aqa...

Sunday, June 17, 2012

Mai Pekena MI KETAM

Hari Ahad ni lah hari  mengasah skil memasakku yang memang kurenggg ni pun...Tapi takpe la, lama-lama nanti saya terrer la macam MasterChef tuh...

Hari nih, Big Boss a.k.a daddy teringin nak makan mi ketam...Saya pun buat muka heran "Hah?? Mi ketam? Camno tuh..." Daddy kata macam mi rebus la, tapi masak dengann ketam..,.Permintaan Daddy tu tak dapat la saya  nak tolak sebab tiba-tiba je dia dah tunjuk 4 ekor ketam dalam plastik...

So, saya pikir pakai resipi macam mi rebus yang biasa saya buat lah... Macam ni la rupanya hmmmm...daddy kata not bad...rasa macam apa yang dia expected..So, tak payah la pegi kedai cari mi ketam...boleh order in-house je...amboi-amboi ....Tapi kat kedai macam ni ke Mi Ketam?? Any comment?

Menggiurkan tak.....
So, saya nak kongsi resipi untuk kawan-kawan especially yang amatur dalam bidang masak-memasak ni...Don't worry,mesti jadi punya...

 Mi Ketam (untuk 4-5 orang makan)

Bahan-Bahan untuk kuah:

Ketam (3-4 ekor,lagi banyak lagi best)
Keledek (3-4 ketul saiz sederhana, direbus dan dilenyek)
Udang kering (1 sudu besar ditumbuk halus)
Tulang atau daging (direbus dan dibuat stok)
Bawang putih,bawang merah,bawang  besar ditumbuk halus
Cili kisar
Garam,gula & serbuk perisa (kalau nak la...)

Bahan-bahan mi;

Mi
Kentang direbus dan dipotong dadu
Tauhu digoreng dan dipotong dadu
Telur rebus (optional)
Daun sup dihiris halus
Bawang goreng (beli kat kedai aje....)

Cara Memasak

1. Tumis bawang-bawang dan udang kering.
2.Masukkan cili kisar
3.Masukkan air stok daging (dengan daging/tulang sekali). Air tu agak-agak la, seimbang dengan cili dan keledek ye....nanti cair sangat tak sedapp
4.Bila dah mendidih,masukkan ketam (ketam tu dibelah 2). Masukkan garam,gula dan serbuk perisa.
5.Biarkan seketika,kemudian masukkan keledek yang telah dilenyek tadi. Tujuannya nak pekatkan kuah. Kalau nak extra pekat, tambah lagi keledek...
6.Masak sehingga kuah pekat

Pastuh bolehla ngappp....Korang jangan ler risau, mesti sedap sebab ketam dan keledek ni memaniskan kuah...confirm kuah mi jadi punya laaa...

Selamat mencuba
















Kau ade????


Assalamualaikum....

Saje je nak tunjuk kat korang...our personalised Touch n Go card....Dibuat di RnR Sungai Buluh ketika dalam perjalanan balik dari Cameron Highland....

Jangan jeles huhuhu....


Thursday, June 14, 2012

Pelik Tetapi Benar


Saya terbaca entri-entri dalam facebook dan blog pasal tabiat-tabiat masa kocik-kocik dulu la…Pelik tapi benar, memang saya pun buat camtuh…Kenapa ada persamaan di situ ye…

Contohnya kan…

  • makan milo campur gula, letak dalam roti.
Eh, saya pun buat camtuh!! Dan yang ironinya, AbangLong pun did the same thing. Saya tak pernah ajar  tau....

  •  minum air teh, dalam piring
 Sebab panas kan, so tuangkan dalam piring, hembus-hembus sampai sejuk lepas tu minum. Rasa sedap pulak daripada minum dalam cawan…Yang best, time minum air teh je camtuh…Kalau minum milo pandai pulak dalam cawan….

  • bukak peti ais, pastuh tutup slow-slow sambil jenguk-jenguk nak tengok lampu peti ais tuh tutup ke bukak

hahahaha….saya memang selalu buat jugak cenggitu…curious sangat masa tuh

  • kalau  nak lukis gambar pemandangan kan, mesti lukis rumah ada tangga, pastuh belakang sawah padi, ada bukit…celah bukit ada matahari…pastuh burung bentuk ‘Y’
Betul tak….you all ada buat camnih?? Ada kannn…padahal macam-macam pemandangan boleh buat…kenapa mesti sawah padi ngan bukit heheheh…

  • Bukak kipas speed maksimum, pastuh cakap depan kipas
 Keh keh keh…yup! Buat juga macam tuh… dan diwarisi jugak perangai ni ke anak-anak …

Ada lagi ke yang sama? Kalau ada meh kita kongsi dan kenang kisah silam….

Penyokong team Denmark...Read This!!

Ada penyokong Denmark ke...interesting facts for you guys....



1) Denmark's national flag - the Dannebrog - is the oldest national flag which is still in use in the world.

2) Denmark is incredibly flat - it's highest point, Møllehøj, is only 170m above sea level.

3) Denmark is well known for being the home of Lego (Yessss!!! This September, Legoland...here we come!!!)

4) Other, non-Lego things invented in Denmark include the drum motor and the "LifeStraw" water purification system.

5) One thing that wasn't invented in Denmark - the pretend-Danish ice cream Häagen-Dazs.

6) Denmark is largely made up of a large number of islands, known as the Danish Archipelago - there are over 400 islands in total (depending on which definition of "island" is used), around 70 of which are inhabited.

7) Australia's famous Sydney Opera House (I've been there, huhu!) was designed by a Danish architect, Jørn Utzon.

8) The Danish royal family is the oldest in Europe - they can trace their lineage back to the first true King of Denmark, the Viking king Gorm the Old, who ruled from 936 AD.

9) Denmark is regularly ranked as one of the happiest countries in the world, with among the lowest levels of inequality, among the highest income per head, and among the lowest levels of corruption. Well done Denmark (r u sure everybody is happy there?hmmm...).

10) Denmark hold the distinction of being the only country to win the European Championships despite having failed to even qualify for the tournament. Denmark triumphed in Euro 1992 despite having been beaten to qualification by Yugoslavia - they only ended up at the tournament when Yugoslavia were banned due to the Yugoslav wars.

Kalau ada masa, nanti kita cari team lain plak ye.....

Credit to MSNSport

Wednesday, June 13, 2012

What I Know About EURO 2012

Assalamualaikum semua...hari ni semuanya ok ke? Banyak keje? Biasa la tuh....jangan tension-tension, senyum sokmo ye...

Nak story ape lak hari ni ye...ooo ye kat ofis ni memang perasan habis la staf-staf lelaki yang asyik terbabas masuk lewat ke ofis...Tapi saya faham. Sebabnya demam EURO 2012 tuh..

Saya memang tidak la minat sangat bola sepak ni, tapi boleh la teman-teman husband tengok...Tapi kalau tengok dengan dia, nanti dia tension.

Sebab? Sebabnya saya tengok tapi tak penah paham-paham...jadi mata tengok, mulut asyik tanya husband. Bila asyik tanya POT PET POT PET, husband pun jap tengok saya, jap tengok TV, jap tengok saya ...tiba-tiba GOLLLLL!!! tak frust ke kawan huhuhu...

Apa yang saya tahu bila demam EURO 2012 ni bermula...ini dari perspektif seorang wanita yang tidak tahu pasal bola ye...kih kih kih

  • Kopi cepat habis - sebab nak berjaga malam kena minum kopi banyak-banyak
  • Gula pun cepat habis - kalau buat kopi, gula kena extra banyak baru jadi kopi 'kaw'
  • Bil elektrik naik - biasanya malam bergelap, sekarang malam pun terang-benderang
  • Muka husband, anak lelaki ala-ala zombie - sebab siang mengantuk, malam berjaga
  • Isteri pun tidur tak lena....baru je nak lelap mata tiba tiba 'TREEET TREET TREET" bunyi jam loceng, husband set alarm...
TETAPI...walaupun saya bodoh-bodoh alang pasal bola ni, tengah-tengah boring tu kan saya GOOGLE (FYI, semua benda pun saya nak Google...) la jugak pasal EURO 2012, what's so special about this EURO...cekidaut ek apa yang saya jumpa...some facts yang mungkin ada yang tak tahu..

  • The oldest player in the tournament is  Kostas Chalkias (38 years old). The youngest is Jetro Willems (18 years old).
  • The lowest FIFA ranked team is Poland (65th). The highest is Spain (1).
  • Slavek and Slavko are the official mascots of the Euro 2012
  • The oldest coach is Giovanni Trapattoni (73). The youngest is Paulo Bento (42).
  • UEFA leases the stadiums and actually pays rent for them.
  • The slogan of the tournament is “Creating History Together”.
  • The estimated value of the Cup made from pure silver is worth €20.000. Its height – 60 cm, weight – 8 kg.
  • The biggest of the host-stadiums in Ukraine is the National Sports Complex “Olympic” in Kyiv.
  • Among Poland’s stadiums, the biggest is the National Stadium in Warsaw that has a capacity of about 50,000 spectators.
  • Every team in the tournament will receive 8 million euros. 1 million euros will be given for a win in the group stage. 500,000 euros for a draw in the group stage. 2 million euros for a win in the quarter-finals. A semi-final victory will be worth 3 million euros . In the final, the winning team will be awarded 7.5 million euros and the runner-up will receive 4.5 million euros. UEFA will also give 1 million euros to the team finishing third in the group.
 Itu je ke...hmmmm...tu je la nak cakap...bye...

Tuesday, June 12, 2012

Relek-relek@Strawberry Park, Cameron Highland

Haaaaa...janji ditepati..macam slogan kerajaan pulokkk...Kita sambung cerita kat Strawberry Park lak...

Lepas tengok daun teh, kami singgah kat Bee Farm tapi takde bees pun...yang ada pun dah diawet masuk dalam frame gambo aje..maybe dulu ada tapi dah mati kot, so diorang framekan...

Dan tanpa berlengah-lengah lagi kami terus la nak check-in di Strawberry Park...tapi ya Allah, ya Tuhanku...jam nyaaaaaa...berejam baru nak sampai. Tapi sempat singgah pasar kat area Brinchang tuh, beli dinner...

Pasar ni kalu time cuti sekolah dibuka hari-hari...apa yang bestnya kata orang sayur murah-murah...tapi since akak tak gila sayur, so setakat murah singgit dua akak tak amik pot pun huhuhu...Cuma yang unik, akak tak jumpa lagi kat mana-mana, makanan yang famous kat sini i.e. fried watercress & fried brocoli...penah makan tak?? Rasa macam cendawan goreng la...so since orang dok pesan-pesan kalau datang sini try la, akak pun try la beli. Not bad....

Jadi, kami pun checked-in...hari pun dah nak gelap...tengok la apartment 3 bilik ni, sungguh selesa...Rasa-rasanya last time kami honeymoon pun kat sini le jugak...hihhihiii...

Master bedroom...ooo ye jangan lupa, standard practice kalau menginap di hotel/resort -->sangkut baju,seluar,towel  kat kerusi huhu

Ruang tamu yang besar...sesuai untuk anak-anak berlari-lari dan main hide & seek...

Dining table yang besar jugak...selendang tu saya punya hik hik...

Ada dapur youuuuu...boleh ler nak panas-panas lauk, masak ayaq,masak maggi....

Bilik no 2..banglong n bangah tido sini...ini gambar sebelum diorang melangkah masuk ke bilik...gambar selepas diorang masuk?? Hmmmm....Dah takde rupa bilik....


Oleh kerana di luar sana sesak dengan orang ramai, we all duduk senyap-senyap je dalam apartment...Anak-beranak ni decided nak main chess...Zulaiqa jadi pengadil


Bangah yang tak nak main chess...sindrom takut kalah le tuh

Sejuk sungguh malam itu, kami terpaksa pakai stokin...

Gloves for Zulaiqa....mesti pink!!!!
Malam tu memang la kami tak berani nak keluar sebab taknak ruin our holiday mood dengan keadaan yang sesak tu...dah malam tuh rasa lapar pulak, al maklumlah sejuk-sejuk kan..Nak tak nak terpaksa turun ke coffee house kat situ, tak ingat apa namanya...mula ingat nak makan simple-simple je, tapi dah tengok menu tu macam-macam pulak yang diorder...


Special tea for Daddy..

BangLong yang tak penah lekang dengan buku cerita...mengingatkan kepada diriku semasa kecil dulu, camni lah...

Cream caramel for me!!! Sedapppppp....mestilah ada strawberry, dah duduk kat strawberry park kan..

Kalau tengok sup ni cuba teka siapa punya????  Bangah la....hantu sup...

Suasana di coffee house yang tak ramai orang pun....


Sate ni Daddy la order...mana-mana pegi tak penah lupakan sate...

Cappucino untuk saye....

Jemput makan semua ye!!!
Kami memang tak melawat kebun bunga ros, kebun strawberry atau kebun-kebun yang sewaktu dengannya sebab orang terlalu ramai dan diorang ni tak minat...Kalau ajakpun diorang kata diorang tak makan strawberry,tak makan bunga ros, tak makan sayur...Jadi kami spent masa lepak-lepak, main games dan sembang-sembang di apartment...Bagus jugak la...spent quality time with the kids...

Dengan itu, akak pun nak stop dulu,sambung wat keje lak...next time kita cerita lagi

Sunday, June 10, 2012

A Walk Down Memory Lane:Cameron Highland


Assalamualaikum semua...

Rasa macam lama tak update blog ni...sibuk sungguh...sibuk dengan hal office dan juga hal bercuti-cutian di musim cuti sekolah ni...

Bebudak dah start sekolah balik dah...mummy nyer Monday blues, anak-anak pun camtu la jugak lepas 2 minggu bercuti...

So, apa nak cite ni....bertepatan dengan tajuk entri ni...memang betul bercuti ke Cameron Highland ni macam a walk down memory lane la...Kalau nak tau, dah 13 tahun kami tak ke sini...The last time was 13 years ago when we were on our honeymoon...Jadik, secara logik dan ilmiahnya bebudak ni pun takde le pernah datang, betul dak? Salah satu sebabnya tempat cengginih ni banyak tengok scenery kan, al-maklumlah jejaka-jejaka tampan yang 2 orang tuh tak lah berapa minat sangat...kalau pegi tempat yang boleh bermain-main tu diorang suka la...

Kami bertolak pagi Sabtu lepas dari rumah mertua..sampai dalam lebih kurang pukul 12 gitu...Destinasi pertama melawat ladang Teh Bharat...

Pictures speak thousand words...so jom layan gambar-gambar kami kat ladang teh ni...


Bersemangat semuanya nak makan angin nih....

From Padang Rengas to Cameron Highland

Steady Daddy....!!! Dah minum kopi 2 cawan kan....

Jalan super DUPER CLEAR....
Dah sampai ke Ladang Bharat...sejukkkk
Jom tengok teh!!! BangLong (muka stone je) : Datang sini nak tengok teh je ke, Mummy??


Mummy: Bukan tengok teh je bang, kita minum teh sekali kat sini...Kat sini le diorang tanam teh yang abang suka minum tuh...
Acara panjat bukit......
BangLong: Boring la tengok daun teh je...jom kita lumba naik bukit,nak???
Daddy pulak: Boleh, tapi kita amik gambar dulu!


Mummy & Daddy nak gambar berdua plak...aikkk ada pulak yang menyelit!
Jom lumba!!! Nampaknya BangLong & Bangah yang mendahului....come on Mummy, Daddy & Zulaiqa!

Diorang berjaya sampai dulu!!!
Mummy sampai jugak akhirnya...Daddy??? Tercungap-cungap kat bawah nun heheheh...
Akhirnya sampai jugak Daddyku ini....takpe la, last pun last lah...meh ambik gambar dulu
Hmmm...seperti biasa, asal nak ambik gambar berdua beromantika di amor je, mesti ada yang menyelit....
Dah penat explorace tadi kan, kitorang lepak-lepak minum teh & makan....orang ada 5, kuih ada 4 jek??? Bajet bajet....hehheeh
Lepas makan, masuk kedai beli Teh pulak....Teh misai kucing pun ada....

Teh pelbagai perisa...tapi yang paling best Teh perisa Lemon...fuhhhh...kalau minum panas-panas tu kan macam stress tuh hilang berdesut dari kepala otakku ini...cubalah...

Daddy: Ini la founder ladang teh ni....

Ambik gambar on the way turun ke kereta...our last gambar kat ladang Teh...

Begitulah kenangan di ladang teh...takde le pulak makcik-makcik petik daun teh macam tengok kat TV tu kan...Kalau ada, nak le try belajar petik, baling-baling masuk dalam bakul...tapi takpe la...dapat la jugak budak-budak ni tengok daun teh tu camne ghupenye...

Lepaih tuh, kami pun pergi ke destinasi seterusnya...check-in kat apartment Strawberry Park pulak...Masa nak ke Strawberry Park, jalan jem nya mak oiiii...bumper to bumper, kalau merangkak pun sampai dulu...itulah penangannya bercuti time cuti sekolah....

Nanti saya update next entry pulak...bye...