Thursday, January 10, 2013

For You To Ponder....

Assalamualaikum...salam Jumaat yang penuh barakah...

Hari ni ada suatu gambar yang saya nak kongsi dengan you all...Saya ternampak binaan ni di Putrajaya ketika saya dan husband bawak anak sulung, Zafri pergi ke Jabatan Pendaftaran untuk buat kad pengenalan. Alhamdulillah, siap dalam 24 jam. Dah berkad pengenalan dah anak saya yang sorang nih...tu tanda dah besau la tuh..

Masa saya dok melantak kat food court di Jabatan Pendaftaran tuh, mata terpandang ke arah tingkap dan nampak lah binaan ini yang betul-betul menarik pandangan saya...pesal sebelum ni saya tak pernah nampak ek???


You all mesti dah biasa nampak ni...dah bertahun dah benda alah ni ada kat sini, saya je yang tak perasan...Tertarik, saya pun terus bertanya kepada Zul (husband saya) dan Zafri..."Eh, apa benda tuh..". Zafri terus je jawab "It's an obelisk, Cleopatra Needle"...Saya pun "Hah? Cleopatra Needle? Amende tuh.." Nampak sangat aku ni tak tau mende kan...Dia pun explain la kat saya..

Bila balik rumah, saya pun meng'Google' lah pasal Cleopatra Needle ni...so, saya nak share lah serba-sedikit untuk yang tak tahu lagi...

Binaan di  Putrajaya ni digelar National Millenium Monument. Obelisk ke nih?

Kalau ikut definisinya, obelisk ni binaan yang tinggi, ada 4 sisi, semakin tinggi semakin mengecil dan di atas sekali ada pyramid-like shape. Binaan obelisk ni sebenarnya ada di merata dunia...berasal dari Tamadun Mesir Purba, time-time Firaun lagi... yang dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (dikenali sebagai 'RA') dan tujuan pemujaan. Obelisk yang berada di New York, London dan Paris juga dikenali sebagai "Cleopatra Needle". Asal dari Mesir tapi di transported ke 3 tempat ini. Pasai apa depa bubuh nama Cleopatra Needle tu cek tak tau la. Kalau ikutkan takde kaitan pun, tapi rupa memang nampak macam jarum pun...

Tengok gambar obelisk di negara-negara lain pulak ek...

Ni kat New York..


Yang ni kat London...


Yang ni pulak kat Paris...


 Yang ni kat Vatican City, di bawak dari Mesir jugak...


Sebelum ditransported tu, macam ni la binaan sebenarnya Egyptian obelisk ni...



Ada serupa ka dengan yang kat Putrajaya?? Macam tak je...

Trade mark obelisk Cleopatra Needle ni, kat setiap permukaan tu ada tulisan Egyptian hieroglyphs. Tapi saya tengok yang kat Putrajaya tu macam licin je...Di atas nya pun takde bentuk piramid. Saya terbaca juga blog-blog yang mengatakan ini obelisk di Putrajaya ada kaitan dengan gerakan Freemason lah...Entahlah, saya tak pakar dalam hal ni, mungkin serupa tetapi tak sama...

Something for you to ponder....

No comments:

Post a Comment