Thursday, May 24, 2012

BERINFAQ

Berinfaq tu bersedekah...tak tau la kenapa saya suka baca 

kisah-kisah orang bersedekah ni. Melihatkan keajaiban yang

 berlaku kepada diri pemberi infaq tu membuatkan saya pun 

teringin...


Kata-kata ni saya copy tapi kena edit sikit sebab bahasa asal ialah

bahasa Indonesia...


~ BERAPAPUN WANG ANDA, BERSEDEKAHLAH 

SETIAP HARI ~

Siapa yang ingin perniagaan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda? Ayuh Berinfaq!
Siapa yang ingin penyakit segera sembuh? Ayuh Berinfaq!
Siapa yang ingin cepat dapat jodoh? Ayuh Berinfaq!
Siapa yang ingin urusannya dipermudahkan? Ayuh Berinfaq!
Siapa yang ingin ujiannya lulus? Ayuh Berinfaq!

Dari Abu Hurairah r.a: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang teragung pahalanya?” Rasulullah s.a.w. bersabda:
“jikalau engkau bersedekah, sedangkan engkau itu masih sihat, dan sebenarnya engkau merasa sayang mengeluarkan sedekah itu, kerana takut menjadi fakir dan engkau amat mengharap-harapkan untuk menjadi kaya. Tetapi janganlah engkau menunda-nunda, sehingga apabila nyawamu telah sampai di kerongkong lalu berkata: “Untuk si Fulan itu, yang ini dan untuk si Fulan ini, yang itu, sedangkan orang yang engkau maksudkan itu
telah memiliki apa yang hendak kau berikan.” (Muttafaq ‘alaih)

(Sumber: http://pembinaanpribadi.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment