Thursday, May 10, 2012

Sketsa Suami Isteri


Si isteri baru sahaja membeli baju kurung baru berona biru…sungguh cantik, molek dan padan dengan tubuhnya yang genit itu. Lantas, dia menyarung baju kurung biru itu ke tubuhnya.  Sambil memperagakannya di depan cermin biliknya, hatinya tertanya-tanya apakah reaksi sang suami apabila melihat baju barunya itu. Dia pun berbedak, berlipstick dan menyembur perfume Estee Lauder yang digemarinya itu. Usai menghiaskan diri, dia pun turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi ringkas untuk sang suami.
Secawan kopi dan 2 keping sandwich sudah terhidang di meja. Beberapa minit kemudian, sang suami pun turun dari bilik dan terus duduk di meja.

“Makan,bang…” jemput si isteri. Sang suami pun tersenyum dan mula menjamah sarapan yang disediakan oleh isteri tercinta. Si isteri menunggu komen sang suami tentang baju barunya itu. Satu minit,…2 minit…3 minit….Sang suami buat derkkk je sambil menikmati sandwichnya itu. “Dia tak nampak agaknya kalau aku duduk ni..” kata hatinya. Si isteri bingkas bangun dan berjalan di depan suaminya berulang kali seolah-olah tengah catwalk di pentas peragaan…sang suami masih buat blur lagi…Hatinya kecewa.

Kali kedua dia memakai baju tersebut di suatu pagi, sang suami yang tengah memakai stokin di ruang tamu…si isteri membuat aksi-aksi tarian ballet untuk menarik perhatian sang suami. Sang suami hanya memandang…di dalam hatinya “buang tebiat ke apa bini aku ni…”. Dia langsung tidak menyedari yang si isteri sedang menagih pujian terhadap baju barunya itu.

Kali ketiga, keempat dan ke entah berapa kali , suami masih tidak tahu isteri membeli baju baru berwarna biru itu. Si isteri pun sudah fed-up..baju kurung biru itu pun sudah diletakkan di bawah kategori baju yang lama dan dia sudah berkira-kira untuk membeli baju yang baru…mungkin kali ni warna merah pulak….kalau boleh yang blink!blink!...

Dan si suatu pagi yang cerah, dahan nyiur melambai-lambai ditiup sang bayu…si isteri membelek pakaian di dalam almarinya itu. Dia memilih baju kurung berwarna biru itu untuk dipakainya. Setelah menyarungkan baju kurung ke tubuhnya, dia ke almari solek. Kelihatan sang suami sedang memakai tali leher di situ. Si isteri pun mencapai compact powdernya dan mula menempek bedak ke mukanya. Tiba-tiba sang suami merenung tajam ke arahnya.

“Eh…kenapa bang? Tudung tak match ngan baju ke..” soalnya kehairanan.

“Ehhh…Yang pakai baju baru ek…tak pernah nampak pun sebelum ni…Cantikla…”

Si isteri mengetap bibir menahan geram. “Abang, dah berbulan tau saya beli baju ni, baru sekarang abang perasan???”

Pernahkah ini terjadi kepada anda? Heheheehh…

No comments:

Post a Comment