Assalamualaikum semua…
Sorry laaaa,semalam cek tak update blog …ceh ceh ceh, macam
la blog cek ni kegilaan ramai pulak…Sebenarnya cek kalau kalau takdak apa
sangat nak ceghita memang cek malas nak
tulih…Lagipun cek busy sikit la…Tengah dok lunch time ni tiba-tiba idea mai….tuuuu
diaaaa…sekali mai tak boleh
tunggu-tunggu dah…teruih cek kena tulis tau…Satgi berdesuppp hilang, cek juga
yang dok kelip pok-kelip pok, rugi… hehehehe….
Alkisahhhhnya….
Inilah kolam air panas Ulu Legong yang famous kat sini...best woooo.... |
Masa saya kecik-kecik dulu, kalau balik kampung saya di
Baling tu kan …bapak saya suka sangat bercerita atau berteka teki…jadi kami
adik beradik kat belakang ni pun pening-pening kepala la nak cari jawapan
teka-teki tuh …Takde la kami memekak tahap gaban kat dalam kereta tuh…Bayangkan
la, 5 orang dok kat belakang kereta Proton tuh…aku tolak kau,kau tolak aku…Jadi
bila kami dipeningkan kepala dengan soalan teka teki dan kadang-kadang
soalan-soalan berunsur ilmiah ni, kami senyap la sikit sebab dok sibuk cari
jawapan…Bagus taktik bapak I ni…
Hari ni nak kongsi satu cerita je…pasal asal-usul nama 4 tempat
di daerah Baling…tapi sebelum tu nak bagi Disclaimer dulu…cerita ini saya dapat
dari bapak saya, tak tau la betoi ke dak…saya pun malas nak mengkaji sejarah
sebab memang malas nak buku sejarah pun!
Kisahnya ada berkaitan dengan Raja Bersiong….raja yang
famous ni memang diceritakan mempunyai gigi taring disebabkan makan masakan
yang dicampurkan dengan darah tukang masaknya…wahhhh gitu…,
Pada suatu hari baginda
ni tengah melawat kawasan la, nak melihat bagaimana keadaan rakyat-rakyatnya…Sampai
satu tempat tu, tiba-tiba gigi dia terasa amat sakit. Dia pun pegang-pegang la
gigi taringnya itu…ooo lupa, kalau kat Kedah ni gigi taring depa kata gigi
siong…Maka tempat baginda memegang gigi taringnya itu dinamakan KUALA PEGANG.
Walaupun sakit, baginda meneruskan perjalanannya. Entah
bagaimana, di suatu tempat tiba-tiba sakit giginya itu sudah tidak dapat
ditahan-tahan lagi…lalu baginda pun mencabut gigi taringnya itu dengan apa pun
tak pastilah…Arakian (sastera sikit nooo..) gigi taringnya itu dibalinglah
jauh-jauh…Maka tempat itu pun dinamakan BALING, kampung
saya ler tuh…
Tak abis lagi pasal gigi tadi….maka gigi taring tu pun
melayang la dan mengeluarkan bunyi dengungan ‘winggggggg’….jadi sepanjang jalan
tu dinamakan WENG.
Akhirnya, tempat di mana gigi taring tu jatuh dinamakan SIONG…
Ada satu lagi tempat yang bernama SIK, tapi bapak saya tak cerita la pulak asal-usul nama ni…adakah
mungkin selepas gigi dah tecabut, baginda pun happy dan main sik sik sik, bum
bum bum…(pernah dengar tak game ni?)
Hahaha…korang percaya ke nih?
No comments:
Post a Comment