Tuesday, September 11, 2012

Adam & Hawa

Assalamualaikum...

Teruja ek tengok tajuk entri kita hari nih heheheheh....saje je nak kongsi keseronokkan saya menonton cerita Adam & Hawa ni...untuk makluman you all yang meminati cerita ni tapi tak dapat tengok...diorang dah nikah dah kejap tadi...so malam esok Ain akan mengamuk-ngamuklah kat Adam...tak sabar nak tunggu esok plak...Frankly speaking, keterujaan saya tengok cerita ni macam saya tengok cerita Vanilla Coklat la...Sejak berkurun lamanya saya memang kurang minat drama Melayu especially cintan-cintun ni...Tapi 2 drama ini so far, telah berjaya mencuri hati saya...kalah penangan cerita Ombak Rindu!! Hmmm...

That's it about Adam & Hawa...ini pasal hero saya Zafri Danial yang telah selamat mengharungi hari pertama UPSR nya...macam biasa kalau tanya, semua boleh jawab!...Tapi kita tunggu je la result...Taknak pressure dia sangat..malam ni just buat revision ringan-ringan sahaja...pukul 10 malam dah kena paksa masuk bilik, tido awal!

Hari ni saya nak kongsi la sikit resipi istimewa ni, saya tengok satu blog ni yang saya dah lupa...mengambil inspirasi dari resipinya itu, saya pun cuba lah buat mengikut kesesuaian dan availability bahan-bahan kat rumah ni....

Nama resipi ni Agar-Agar Roti...saya memang suka asah pensil...ooops...asah skil dalam pembuatan agar-agar ni sebab as you all know, husband saya memang suka makan agar-agar...Tadi kitorang puasa, so saya pun trylah buat...jadi woooo...rasa pun marbeles lahhh..

Tengok bahan-bahan dulu no...

1 peket Agar-agar 25gm
6 cawan air (cawan standard)
1 tin susu cair
6-8 keping roti
2 biji telur (putih +kuning)
1 sudu teh esen vanilla
gula secukup rasa (biar manis sikit sebab bila dah sejuk rasa manis tuh akan kurang sedikit)

Ok...nak clarify sikit...saya pakai kulit roti yang saya simpan dalam peti ais. FYI, anak saya tak makan kulit tepi roti tuh, so saya potong dan simpan...

Cara-cara pulak..

1. Rendam roti, susu cair dan telur (pukul sikit telur tu) sampai kembang. Masukkan esen vanila sikit.
2.Blend campuran roti tadi sehingga halus. Ketepikan sebentar.
3. Masak agar-agar sampai hancur. Masukkan gula. Biar mendidih.
4. Masukkan campuran roti tadi. Biar masak sebentar.
5. Bila dah agak pekat tuh dan rasa pun dah ok..boleh la ditutup apinya.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian...warnakan setiap bahagian tuh. Saya pakai 2 warna sahaja, adunan asal dan satu adunan saya letak coklat emulco & serbuk koko sedikit. Boleh pakai 3-4 pewarna, ikut selera masing-masinglah...
7. Ambik loyang, senduk satu adunan warna dan tuang di tengah-tengah loyang. Kemudian ambik adunan warna kedua dah tuang ke atas adunan pertama tadi. Kita akan nampak, adunan asal akan kembang ke tepi..
8. Teruskan dengan adunan warna yang lain dan ulang balik adunan pertama, kedua dan seterusnya sehingga habis,
9. Bila dah habis, camni ler rupanya...

Cantikkan warnanya...

Pandangan sisi pulak...

Pastuh, sejukkan lah dalam peti ais...makan sejuk-sejuk baru best...dah potong camni pulak rupanya...


Haaaa...terlioq dak? Ni kalau buat untuk open house molek sangat lah...Saya kan, kalau pegi open house, makanan camni lah saya cari dulu sebab dah bosan dah asyik makan rendang, ketupat,nasi...

Banyak pulak aku menceceh malam ni...okaylah selamat mencuba...try tau,jangan tak try...senang bangat...

Okay, stop dulu...Assalamualaikum
















No comments:

Post a Comment