Tuesday, September 11, 2012

Ujian Aptitud UPSR

Assalamualaikum...

Saje je nak share...selama  ni pun saya tak tahu pun ada this type of exam untuk Tahun 6...bila dah dapat time-table tuh, macam ternganga la sekejap...aikkk budak UPSR pun nak kena amik Aptitude Test ke...macam orang pegi interview la pulak...

Ujian Aptitud ni merupakan ujian psikometrik yang dilaksanakan untuk mengenali potensi diri murid dari sudut kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, tahap minat serta kecenderungan murid.


Maklumat yang diperoleh melalui Ujian Aptitud ini akan digunakan oleh Kementerian untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya bagi murid yang akan meneruskan pembelajaran di peringkat menengah.Tapi don't worry...result ini tak akan effect result UPSR anak-anak...



Anak saya pun cakap cikgu takde cakap apa pun, takde bagi contoh ke tips ke...So, husband saya bagitau semalam ada dalam satu blog ni...saya pun google-google laa...Dapatlah satu blog cikgu ni...cikgushamsudin.blogspot.com. Nak dapat general idea macam mana test ni boleh la tengok blog dia...(just tulis Ujian Aptitud kat column Search tuh)

In general, ujian ni ada 3 bahagian Ujian Kebolehan (bahasa dan nombor), Ujian Motivasi dan Ujian Personaliti. 

Ujian Motivasi ni lebih kepada preference kepada jenis-jenis kerjaya...Contohnya di antara guru dan doktor, diorang kena letak scale from 0-3, yang mana diorang lebih suka....

Ujian Personaliti ni macam biasa kita ambik time interview tuh..Contoh: Saya cepat dan mudah mengenali kawan baru: Ya atau Tidak. 

Tapi Ujian Kebolehan ni macam ujian IQ la...saya pernah ambik ujian ni a few times, masa nak masuk MRSM dulu, masa interview, dan pernah beli buku pun...Soalan  ni memang menguji minda la...yang tak berapa nak genius tu memang tergaru-garu jugakla kepala nak buat..

 Kebolehan Bahasa: 

Contoh 1: Bulatan kepada Sfera adalah ibarat segiempat kepada.. A. bola  B. kiub C. kon  D. silinder

Contoh 2: Yang manakah di antara berikut tidak berkaitan? A.Perkahwinan B.Penceraian C.Talak    D.Perpisahan   

Kebolehan menguasai nombor
Contoh 1: 5,9,17,33,65, ?     A)101 B)143 C)108 D)129

Ada lagi soalan ujian kebolehan menguasai bentuk, dimensi dan ujian kebolehan memanipulasi bentuk.. Yang ni nak bagi contoh susah sikit...boleh tengok contoh kat dalam blog cikgu ni...dulu-dulu saya suka buat soalan ni, mencabar otak saya..

Ooo ye...result ujian ini digredkan mengikut Band dari Band 1-6. Band 1 paling teruk, Band 6 paling bagus...




Itu sahajalah perkongsian saya hari ini...






3 comments: