Thursday, September 6, 2012

Ku Mohon...

Saya memohon Zafri dikurniakan kesihatan fizikal dan mental yang baik...Diterangkan hatinya... Dipermudahkan ketika menjawab soalan UPSR....

Sesungguhnya saya yang lebih takut menghadapi UPSR berbanding dengan dia...dah berbuku-buku soalan latihan kita berdua bersama-sama membuat ulangkaji...now it's the show time!!!

Make us proud, my son!

Thank you guru-guru dan PIBG SK Bandar Tun Hussein Onn (2) yang mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk UPSR semalam. Memang padat surau sampai Pengerusi PIBG pun terkejut dengan jumlah kehadiran. Salute kepada ibu-bapa yang sangat komited untuk memastikan anak-anak berjaya. Ada yang siap bawak atuk & nenek sekali...

Just nak share....Semalam di Surau As-Siddiq, BTHO




Tersentuh hati saya bila Zafri menanyakan " Mummy, kalau abang tak dapat 5A UPSR ni, will you still love me?"

Kesiannya dia, saya tahu dia pun tertekan sekarang...kat sekolah pun memanjang je revision dan latih tubi, balik rumah kena buat revision lagi dengan mummy...nak main lama-lama pun tak boleh, nanti mummy jerit!

So, I said to him "Of course Mummy & Daddy and adik-adik sayang Banglong walau apa pun result yang abang dapat nanti.."

Namun, nak berjaya kenalah berusaha. "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

Sedikit info, UPSR bermula 11 Sept -13 Sept (Selasa - Khamis).

Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment