Tuesday, November 27, 2012

Bawang Putih


Assalamualaikum...

Cuti sekolah ni rasa macam sunyi je..kawasan perumahan saya ni pun macam tak ceria. Agaknya anak-anak semuanya hantar balik kampung kot...Dah sunyi ni mulalah nak buat taik mata..

Hari ni nak bercerita pasal bawang putih yang kita tahu banyak khasiatnya...


1.Bawang putih ni rupanya ada kandungan Sulfur, ok...baru tauuu...sejak dulu digunakan sebagai antibiotik dan antifungus. Berkesan untuk bunuh kuman atau bakteria...kalau ada jerawat ke bisul ke tumbuk je bawang putih tu, tempek kat tempat yang berkenaan lah. Dulu masa kecik-kecik selalu jadi ketumbit. Bila start rasa sakit-sakit tu kan, saya terus letak bawang putih. Terus terbantut ketumbit tuh...lama-lama hilang gitu je...

2. Kalau rajin makan, boleh membantu mencegah tekanan darah tinggi, reduce risiko kena heart attack, stroke, kurangkan kolestrol. Ini bapak saya tengah amalkan, memang dah turun pun kolestrol dia..tak payah makan Lipitor lagi...


3. Bawang putih ni bersifat anti-tumor. Dapat membantutkan ketumbuhan, kanser

4. Meningkatkan sistem imuniti kita...kalau rajin dok selsema atau demam tuh, rajin-rajinkan diri makan bawang putih...

5. Boleh ubatkan sakit-sakit sendi, kurangkan sembelit, matikan cacing-cacing kerawit yang durjana dalam perut kita tuh...

6. Oooo ye...boleh kurangkan kadar gula dalam darah dengan meningkatkan pengeluaran insulin

7. Yang pastinya pesakit resdung macam saya ni, kalau rajin makan bawang putih lama-lama berkuranganlah rasa gatal-gatal di mata,hidung,bersin...

8. Dengar cerita, boleh jugak kurangkan berat badan...hmmm...bagus gak ni, selamat duit aku....telan bawang putih je la pasnih...berlambak kat rumah!


Tapi sanggup ke nak telan bawang putih gitu-gitu je? Tak sanggup kan...Oleh itu masukkan lah dalam masakan anda...
 Saya nak kongsi satu resipi ringkas yang pastinya ramai orang suka makan kalau pi Pizza Hut...apa lagi, Garlic Bread la..
Banyak cara kot nak buat Garlic Bread ni tapi saya punya yang simple dan sangat sesuai orang yang bercop "MALAS" kat dahi hihi..
Okay, bahan-bahan: Roti (roti putih pun boleh..), Garlic, Butter atau Olive Oil dan Parsley (pakai McCormick punya je)
Cara-caranya: Oohhh cukup senang...
1. Mula-mula chop dulu garlic tuh, sangai kat dalam kuali kejap. Pastuh tumbuk sampai lumat...
2. Gaul dengan butter dan parsley. Kalau pakai Olive oil, gaul je la dengan olive oil tuh..tapi kena letak garam sikit nak bagi ada rasa. Kalau dah pakai butter tak perlu sebab dah masin..
3. Hangpa sapu kat roti, pastuh bakar la dalam masa 5-7 minit ka, suhu agak-agak la...saya pakai 175 degree
4. Dah masak, tengah-tengah panas tuh ngapppp terus, baru sedap
 
Camni la rupanya garlic bread yang simple...

Kalau nak lebih canggih ala-ala Pizza Hut tu, pi la cari French bread yang panjang 3 hasta tuh...kerat-kerat, sapu dan bakar..lagi sedap! Tapi pakai roti putih ni pun sekali buat memang sebantal roti tu habih anak-anak saya belasah...In other word, sedap la tuh hehehe...

Selamat mencuba...
 
 

Monday, November 26, 2012

When I'm Feeling Blue

Love this song so much....

RUNAWAY TRAIN - SOUL ASYLUM

Call you up in the middle of the night
Like a firefly without a light
You were there like a slow torch burning
I was a key that could use a little turning

So tired that I couldn't even sleep

So many secrets I couldn't keep
Promised myself I wouldn't weep
One more promise I couldn't keep

It seems no one can help me now

I'm in too deep
There's no way out
This time I have really led myself astray

CHORUS

Runaway train never going back
Wrong way on a one way track
Seems like I should be getting somewhere
Somehow I'm neither here nor there

Can you help me remember how to smile

Make it somehow all seem worthwhile
How on earth did I get so jaded
Life's mystery seems so faded

I can go where no one else can go

I know what no one else knows
Here I am just drownin' in the rain
With a ticket for a runaway train

Everything is cut and dry

Day and night, earth and sky
Somehow I just don't believe it

CHORUS


Bought a ticket for a runaway train

Like a madman laughin' at the rain
Little out of touch, little insane
Just easier than dealing with the pain

Runaway train never comin' back

Runaway train tearin' up the track
Runaway train burnin' in my veins
Runaway but it always seems the same

Sunday, November 25, 2012

Books & Books...

Baru je beli kat Popular Bookstore kat AEON Cheras Selatan...tak sabar nak baca..

Ini buku Bangah...used to be BangLong's favourite tapi sekarang dah tak baca dah...umur dah bertambah, dia dah start baca buku yang lebih 'serious' sikit...


Buku ini banyak series dan dah difilemkan pun. Memang sangat sesuai untuk budak 7-12 tahun. Bahasanya mudah dan jalan cerita pun santai...ada kartun-kartun dan kelakar..Tapi bermesej. In summary, ceritanya berkisar kepada..


Yang ini BangLong punya...dah banyak koleksi buku ni yang dia beli...minat betul dengan cerita Greek God nih...


Athena tu Greek God of Wisdom..baca boleh tapi jangan percaya lah...Buku ni setebal 572 mukasurat...untuk yang tak sabar tuh susah nak baca buku nih...lambat nak habis!!

My book...belum start baca lagi...nak bagi review pun tak boleh lah...


Dulu tak minat novel Melayu tapi I guess kita kena bagi support kepada novelis tempatan jugak kan...supaya diorang dapat menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti..

So, suka sangat tengok anak-anak bila macam ni...


Adios, Amigos!!!



Saturday, November 24, 2012

Back To School!!

Assalamualaikum semua...cuti-cuti ni banyak program semuanya...nak ke kenduri kahwin la, ada yang bersunat (To Ammar, anak BangChik tuh...selamat bersunat!) dan ada yang nak bercuti-cuti Malaysia...

As for me & family, macam ni lah...duduk kat rumah aje...cuti kali ni takde pulak orang jemput makan kenduri...tak boleh ler gantung periuk!! Kalau mama saya kat kampung tu, memang dah gantung periuk sejak awal cuti lagi...kalau kitorang terjah balik kampung sekarang ni, jangan harap ler ada mende nak masak kat rumah..confirm takde punye heheh!

Saya baru je lepas buat budget untuk belanja "Back To School" anak-anak...hmmm...setiap tahun saya cuba nak kurangkan belanja tetapi tak berjaya...The truth is, barang-barang memang semakin mahal! Seluar sekolah pun dah berpuluh-puluh ringgit. Nak beli sehelai tak logik pulak dengan musim hujan yang tidak menentu nih! Sekurang-kurangnya 2 pasang seorang. Nak pakai yang tahun lepas punya dah senteng! Abang dan adik sama besar pulak tuh. Bab beg sekolah pulak, nak suruh pakai beg lama pun dah koyak rabak...tak tau la apa diorang letak dalam beg tu, batu kaaaa...Hadoooiiii...pening kepala. Nasib baik anak 3 orang je...kalau 7 orang mau pengsan kitorang! Teringat la pulak orang-orang yang tidak berkemampuan di luar sana, bagaimana agaknya ye...

Itu belum bab BangLong nak masuk asrama..kalau ada rezeki dapat masuk asrama tahun depan, nak kenalah set aside sikit untuk perbelanjaan tuh kan..Walau pun saya masih berbelah bahagi nak membenarkan dia ke asrama atau tidak, sekurang-kurangnya saya perlu bersedia. Apa pun, 10hb Disember ni dia akan menduduki ujian kemasukan ke MRSM. Ini keputusan dan pilihannya sendiri..dan hati ini masih belum dapat menerima hakikat yang anak sulung saya tuh dah besar...saya mahu melihat dia membesar di depan saya ...Sekiranya dia berjaya, beratnya hati untuk melepaskan dia pergi...

Selamat menghabiskan cuti hujung minggu!



Thursday, November 22, 2012

Janji Ditepati!!!

Salam Jumaat semua..semoga mendapat barakah hari ini...banyak-banyak beramal ye..pesanan penaja untuk diri sendiri dan kawan-kawan...

Tajuk entri bukanlah nak berpolitiking ye...ini janji seorang ayah kepada anaknya...

 

Dapat X-BOX..punyala seronok main si abang ni, sampai tak ingat nak makan! 

Mummy punya la pening nak suruh study sebelum ni sebab dia sibuk main PS2 dan PSP, sekarang tambah lagi satu, X-BOX...!!!! Haiyaaaaa....

Nasib laaa Daddy...terbang lah duit...Lain kali kalau berjanji, berpada-pada le hehhehehehe...






Tuesday, November 20, 2012

Cinta Hati Saya

Hari ni taknak cakap banyak lah...nak tunjuk gambar je...sila layannnnn...ni kat Sunway Lagoon..













Haiiii sekejap je...pejam celik, pejam celik dah besaq anak-anakku semuanya....macam baru je bawak balik depa dari hospital....iskkkk...

Monday, November 19, 2012

Erti Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum...

Lama kita tak berceloteh kan...minggu ni ada dua peristiwa yang penting berlaku dalam hidup saya. Pertama, datuk yang saya sayangi telah pergi menemui Ilahi..ke sebuah destinasi yang abadi..Al-Fatihah. Selepas ini tiadalah lagi panggilan 'Che' kedengaran setiap kali kami balik ke kampung. Tinggallah nenek saya keseorangan...Saya amat mengasihani nenek saya yang memang sudah 'lupa' hampir segalanya..bahkan cucu-cucu langsung tidak diingati..Kehilangan 'che' saya menjadikan dia tenggelam punca...berkali-kali dia bertanya saya, 'Che mu gi mana?' pada malam kenduri arwah tahlilnya malam Sabtu lalu...Bila saya bagitau dia 'Che dah meninggal', dia sedih. Katanya 'Patutlah Tok cari dari pagi tadi tak nampak Che mu..'..tak sampai 5 minit, dia tanya saya lagi soalan yang sama..Bila kita sibuk menjamah makanan, Tok sibuk nak simpan makanan untuk Che...Lebih 60 tahun rasanya mereka telah hidup bersama, tak dapat saya bayangkan kesedihan dan kehilangan yang dirasakan oleh tok saya... :-(

Kedua, hari ini saya menerima berita gembira. Anakanda saya Zafri Danial telah berjaya memperolehi 5A di dalam UPSR. Saya bangga dengannya...bangga dengan daddynya yang tak jemu-jemu memberi semangat kepada Zafri..Dan bersyukur kerana saya telah membuat satu keputusan yang betul dan berbaloi.. Pengorbanan saya seorang ibu, sanggup meninggalkan kerja dan bersama-sama mengharungi perjalanan bersama anak saya dalam menempuhi saat penting di dalam suatu fasa kehidupannya. Dan Alhamdulillah, dia telah menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada saya...


Kepada ibu-ibu yang membaca, jangan sesekali berputus asa dengan anak anda! Beri dorongan bukan cacian..bantu anak-anak sekiranya dia lemah. Jangan biarkan anak-anak hanyut sendirian dek kesibukkan kita...Banyakkan berdoa dan bersolat hajat...Saya tidak pernah berputus asa mengajar, membantu anak saya yang memang banyak kelemahan. Kadangkala air mata ini mengalir kerana terlalu geram dengan sikap acuh tak acuh anak saya tentang pelajaran..Namun, untuk berputus asa, tidak sekali-kali!! Dan Alhamdulillah, berkat usaha saya dan daddynya sendiri, dia berubah dan mampu mencipta kejayaan.

Don't take it wrongly...saya bukan nak membangga diri..cuma nak berkongsi agar menjadi peransang kepada anda sebagai ibu dan bapa...

Adios, amigos semua!!!

Zafri's last official visit to his secondary school

Tuesday, November 13, 2012

Wanita dan Drama Korea

Assalamualaikum..

Just nak share petikan satu artikel dalam Utusan Malaysia, Ahad lepas..full article boleh baca kat sini..http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121111/re_15/Kerana-drama-Korea-suami-kesepian

Saya quote yang part menarik je...untuk tatapan kita peminat cerita Korea...

"BARU-baru ini Bro berbual-bual dengan beberapa orang kawan tentang drama Korea yang ketika ini cukup menjadi kegilaan terutamanya dalam kalangan kaum wanita.

Macam-macam mereka cerita berhubung gelagat isteri masing-masing yang dah terkena penangan drama Korea ini.

Sebenarnya, inilah 'penyakit' yang ada kepada kaum perempuan, mereka mudah sangat lentuk dengan drama-drama Korea yang Bro rasa sebahagian besarnya tidak memberi apa-apa pun faedah dalam kehidupan kita terutama bagi yang sudah bergelar isteri.

Bro tidak kisah jika ada isteri yang meluangkan masa untuk merehatkan minda selepas bekerja untuk menonton drama berkenaan. Malahan Bro hormat kepada perempuan yang menjadikan drama tersebut sekadar hiburan semata-mata. Tetapi yang Bro pertikaikan ialah ada antara perempuan-perempuan ni sudah terlalu taksub dengan drama Korea sampai tanggungjawab melayan suami diabaikan.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana perempuan bertaraf 'nenek' habis masa berjam-jam tonton cakera padat video (VCD) drama Korea, sampai cucu pun tak minat nak pergi rumah dia.

Mungkin ada kaum perempuan yang menempik Bro dengan menganggap semua ni tuduhan palsu tetapi ini realiti. Masa kualiti bersama suami banyak dihabiskan dengan menonton drama yang tidak berfaedah itu.

Malahan ada sesetengah perempuan sanggup membiarkan suami terkebil-kebil seorang diri di atas katil kerana hendak menonton dulu drama Korea yang ditayangkan di kaca televisyen.

Bagi perempuan macam ini, seolah-olah terlepas satu episod ibarat satu kerugian terbesar dalam hidup, sedangkan drama tu boleh ditonton semula di internet, bukan macam zaman dulu tak ada internet."

First of all, biaq saya gelak dulu ek hahhaahahahahahahah..... saya baru je menjebakkan diri dalam kancah drama Korea ni dalam sebulan yang lalu...itupun sebab cerita favourite saya (cite omputih la mostly nyeee) banyak yang dah habis..takde new series lagi...so terkebil-kebil la sensorang kat rumah bila anak sibuk di sekolah...Lalu adik saya memperkenalkan channel 393,392 Astro yang 100% Korean dramas and TV shows...cuba-cuba la tengok, sekali nahhhh melekat!!

Baru je kita seronok tengok drama Korea ni, husband kita membebel sebab kul 12 tak tido lagi, dok layan cerita Korea. Ada one time kita tengah leka tengok ni, lupa pulak nak hidang makanan yang dia beli, kawan dah lapaqqq..Brot bret brot bret dia bising...tiba-tiba keluar plak artikel ni...Aiiiihhh, takkan husband aku pi komplen kat Utusan kot heheheheh...

Apa pun, sekarang saya record je cerita tu semua..tengok bila free dan bila semua keje dah selesai...Dan saya akan make sure masuk tido sama time dengan anak-anak dan husband....Taknak taksub dan mengganggu tugas hakiki saya...

Anda bagaimana?


Buah Kacukan

Relek-relek sikit hari ni dengan kisah nama buah kacukan tempatan dan imported ek...saya ambik dari majalah Ujang November 2012...nak baca dengan detail, boleh ler beli di kedai berhampiran...

1. Strawberi dan tembikai ----> STROBIKAI

2. Epal dan Lemon -------> PALMON

3. Pear dan Ceri ------> PEERI PEERI

4. Durian dan Nenas ------> DURENASIAN

5. Manggis dan Rambutan ------> GISUTAN (hmmm...saya lagi suka kalau namanya RAMBUGIS)

6. Pisang dan Durian -----> PISRIAN

Ini yang saya terpikir pulak...mungkinkah...

7. Mangga dan Langsat, jadinya ------> MANGSAT

8. Jambu dan Laici, jadinya --------> LAIBU atau JAMAICI

9. Kelapa dan Tebu, jadinya -----> KELABU atau  TELAPA

10. Anggur dan kedondong ------> ANGDONDONG

11. Langsat dan Cempedak ------> LANGDAK

12. Nangka dan ciku -------> CINANG

Okay tak.....












Thursday, November 8, 2012

Cuti Sekolah !!!!!


Yeahhh…cuti sekolah sudah tiba!!! Hip hip hoooreay!!

Cuti sekolah bukan je untuk anak-anak...untuk kita-kita juga...Apa maknanya cuti sekolah kepada..

Anak-anak
  • Yea! Tak payah pergi sekolah
  • Boleh bangun lewatttt…
  • Boleh mandi pagi pukul  12 !
  • Boleh tidur pukul 1 pagi... 
  • Boleh main game/PSP sepanjang hari
  • Boleh tengok cite kartun puas-puas
  • Boleh pergi jalan-jalan

Bibik
  • Ya…aku suka karena tidak perlu rebut-ribut bangun awal, siapkan anak-anak majikanku ke sekolah! Anak-anak majikanku kok kalu dikejutkan pagi-paginya susah mau bangun…kepala aku pusing memikirkan kalu terlepas basnya, aku dimarahin oleh majikan!
  • Lepas Subuh gayanya aku boleh tidur kembali…sementara anak-anak belum bangun.
  • Bisa kurang sakit-sakit badanku menyental baju sekolah dan kasut sekolah anak-anak hari-hari, ya…. Ya ampunnn..kok baju dan kasutnya hari-hari hitam, enggak tau apa yang dibuatnya di sekolah. 
  • Susah mau nonton sinetron! Anak-anak sibuk nonton kartun 
  • Pagi sama petang aku senang-senang jumpa sama kawan-kawan bikin gosip…tapi sumpah kami tak gosip pasal majikan, bual-bual biasa ajaaa…(piiirahhhh…boleh caye ke?)


Mummy
  • Korang jangan harap boleh bangun lewat…kena bangun sembahyang Subuh!
  • Tak payah nak risau hal anak-anak di sekolah…dah selamat sepanjang masa kat rumah
  • Kepala gerenti non-stop pening...kat rumah, sorang macam Tarzan, sorang asyik buat konsert/drama, sorang lagi kaki mengusik adik…
  • Rumah memanjang macam tongkang pecah! 
  • Dapur-on-the-go 24/7, sorang-sorang asyik laparrrr je..order macam makan kat kedai mamak!!! Memang kena stock-up makanan
  • Kena berebut TV dengan anak, haiiii melepaslah cerita Korea & Adam n Hawa…nasib baik boleh record, thanks to ASTRO!


Daddy
  • Banyak le keluar duit ni…bil-bil sure naik, nak pergi bercuti lagi!
  • Susah nak tengok bola, berebut TV…
  • Pening kepala, rumah bersepah! Anak-anak menjerit!…arrgghhh, stress!!!!
  • Tak payah hantar anak pergi sekolah…asyik terlepas bas jeeee

   Nenek &Datuk

   Haiiii...dah cuti sekolah ni, tak reti-reti ke anak menantu aku ni hantar cucu-cucu balik kampung??? 
   Oiii..aku rindu kat cucu-cucu aku nihh...Datuk & Nenek dah beli mainan, beli basikal baru niii..bila cucu-cucu Datuk & Nenek ni nak balik???

   Cuti ni banyak kenduri kahwin...busy la nampaknya...
    
     
Hihihihihi......sekian, wassalam!

Wednesday, November 7, 2012

Anak Anda Makan Apa Di Sekolah???

Sepatutnya hari ni saya dalam mood gementar dan lemah kepala lutut sebab ikut early news, result UPSR akan diumumkan esok...Tapi ada pertukaran nampaknya, dalam paper kata 19hb Nov pulak..

Anak-anak baru je pergi sekolah ni..Along ke sekolah agama, Bangah ke sekolah kebangsaan. Zulaiqa langsung tak pegi sekolah! Semalam dia tak boleh nak tidur..dia kira biri-biri sampai 100 pun tak dapat tidur...dengan mummy dia sekali tak boleh tidur sebab kena tolong dia kira biri-biri dia tuh...hehe.

Jom cerita pasal anak-anak...saja nak share lah, anak-anak saya memang bawak bekal ke sekolah. Macam Along tu sejak dari tadika sampai ke Tahun 6 ni memang jarang miss bawak bekal..Ada jugak sesekali tuh bila barang-barang dah habis kat rumah kan, saya bagi duit lebih je kat diorang...bila saya tanya diorang makan apa kat sekolah, diorang tak beli makanan pun, duit tu beli benda mengarut...Jangan harap nak makan nasi ke, mi ke...alasan tak sedap, pedas lah..Nak tak nak, memang saya kena make sure diorang bawak bekal..

Biasanya Along akan dibekalkan dengan roti sebab dia kurang suka makan nasi atau mi..Bangah memang makan heavy...selalunya saya bekalkan nasi goreng,mi,bihun,spagethi..confirm bila balik rumah, bekal mesti licin! Siap kena extrakan satu sudu lagi sebab best friend dia pun tumpang makan! Kalau Zulaiqa tu bekal yang simple je la, biasanya breakfast cereals macam Koko Krunch, Honey Star ke, epal atau anggur ke...sebab di tadika dia memang diberi makan...

Memandangkan hari-hari nak sediakan bekal, kadang-kadang pening juga nak pikir makanan apa yang nak masak kat diorang ni, betul tak...Di sini saya nak sharekan sikit pada kaum-kaum ibu yang buntu tentang bekal anak anda ni, iatu 2 resipi roti yang gerenti anak-anak suka makan punyaaaa...simple and delicious!

1. Roti Telur Dengan Sosej & Cheese

-Mula-mula rebus la sosej tu dulu. Dah masak, potong nipis-nipis.
-Pastuh, ambil sekeping roti, celup dalam sebiji telur yang dipukul.
-Tabur sosej ke atas roti dan bakar di dalam kuali dengan sedikit marjerin/butter..

Camnilah rupanya...buat 2 keping.


- Ketika tengah bakar roti yang ke dua tuh, letakkan cheese di atas roti. Ambik roti pertama yang telah dibakar tadi, telangkupkan ke atas roti ke 2 ni dengan sosejnya di dalam. Terbalikkan beberapa kali sehingga cheese tu cair.
-Boleh angkat dan dipotong camni lahhhh...


Haaa..nampak menggiurkan takk..tengok cheese yang tengah mencair tu..terbaekkk lah..

Pastuh masukle dalam bekas...


2. Roti Gulung Sosej

Sebenarnya tak tau apa nama roti camni..tapi nak buat pun senang..

Bahan-bahan: Sosej, telur, serbuk roti

-Mula-mula rebus sosej.
-Ambil sekeping roti, nipiskan menggunakan roller
-Letakkan sosej di atas roti dan gulung.
-Pukul sebiji telur.
-Golekkan roti tadi dalam telur. Pastuh golek atas serbuk roti pulak
-Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan
-Angkat dan siap untuk dimakan

Camnilah rupanya...


 Senang je kan..kalau nak lebih sedap gulung sekali dengan cheese...terliur nye...