Assalamualaikum semua...cuti-cuti ni banyak program semuanya...nak ke kenduri kahwin la, ada yang bersunat (To Ammar, anak BangChik tuh...selamat bersunat!) dan ada yang nak bercuti-cuti Malaysia...
As for me & family, macam ni lah...duduk kat rumah aje...cuti kali ni takde pulak orang jemput makan kenduri...tak boleh ler gantung periuk!! Kalau mama saya kat kampung tu, memang dah gantung periuk sejak awal cuti lagi...kalau kitorang terjah balik kampung sekarang ni, jangan harap ler ada mende nak masak kat rumah..confirm takde punye heheh!
Saya baru je lepas buat budget untuk belanja "Back To School" anak-anak...hmmm...setiap tahun saya cuba nak kurangkan belanja tetapi tak berjaya...The truth is, barang-barang memang semakin mahal! Seluar sekolah pun dah berpuluh-puluh ringgit. Nak beli sehelai tak logik pulak dengan musim hujan yang tidak menentu nih! Sekurang-kurangnya 2 pasang seorang. Nak pakai yang tahun lepas punya dah senteng! Abang dan adik sama besar pulak tuh. Bab beg sekolah pulak, nak suruh pakai beg lama pun dah koyak rabak...tak tau la apa diorang letak dalam beg tu, batu kaaaa...Hadoooiiii...pening kepala. Nasib baik anak 3 orang je...kalau 7 orang mau pengsan kitorang! Teringat la pulak orang-orang yang tidak berkemampuan di luar sana, bagaimana agaknya ye...
Itu belum bab BangLong nak masuk asrama..kalau ada rezeki dapat masuk asrama tahun depan, nak kenalah set aside sikit untuk perbelanjaan tuh kan..Walau pun saya masih berbelah bahagi nak membenarkan dia ke asrama atau tidak, sekurang-kurangnya saya perlu bersedia. Apa pun, 10hb Disember ni dia akan menduduki ujian kemasukan ke MRSM. Ini keputusan dan pilihannya sendiri..dan hati ini masih belum dapat menerima hakikat yang anak sulung saya tuh dah besar...saya mahu melihat dia membesar di depan saya ...Sekiranya dia berjaya, beratnya hati untuk melepaskan dia pergi...
Selamat menghabiskan cuti hujung minggu!
No comments:
Post a Comment