Tuesday, November 13, 2012

Wanita dan Drama Korea

Assalamualaikum..

Just nak share petikan satu artikel dalam Utusan Malaysia, Ahad lepas..full article boleh baca kat sini..http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121111/re_15/Kerana-drama-Korea-suami-kesepian

Saya quote yang part menarik je...untuk tatapan kita peminat cerita Korea...

"BARU-baru ini Bro berbual-bual dengan beberapa orang kawan tentang drama Korea yang ketika ini cukup menjadi kegilaan terutamanya dalam kalangan kaum wanita.

Macam-macam mereka cerita berhubung gelagat isteri masing-masing yang dah terkena penangan drama Korea ini.

Sebenarnya, inilah 'penyakit' yang ada kepada kaum perempuan, mereka mudah sangat lentuk dengan drama-drama Korea yang Bro rasa sebahagian besarnya tidak memberi apa-apa pun faedah dalam kehidupan kita terutama bagi yang sudah bergelar isteri.

Bro tidak kisah jika ada isteri yang meluangkan masa untuk merehatkan minda selepas bekerja untuk menonton drama berkenaan. Malahan Bro hormat kepada perempuan yang menjadikan drama tersebut sekadar hiburan semata-mata. Tetapi yang Bro pertikaikan ialah ada antara perempuan-perempuan ni sudah terlalu taksub dengan drama Korea sampai tanggungjawab melayan suami diabaikan.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana perempuan bertaraf 'nenek' habis masa berjam-jam tonton cakera padat video (VCD) drama Korea, sampai cucu pun tak minat nak pergi rumah dia.

Mungkin ada kaum perempuan yang menempik Bro dengan menganggap semua ni tuduhan palsu tetapi ini realiti. Masa kualiti bersama suami banyak dihabiskan dengan menonton drama yang tidak berfaedah itu.

Malahan ada sesetengah perempuan sanggup membiarkan suami terkebil-kebil seorang diri di atas katil kerana hendak menonton dulu drama Korea yang ditayangkan di kaca televisyen.

Bagi perempuan macam ini, seolah-olah terlepas satu episod ibarat satu kerugian terbesar dalam hidup, sedangkan drama tu boleh ditonton semula di internet, bukan macam zaman dulu tak ada internet."

First of all, biaq saya gelak dulu ek hahhaahahahahahahah..... saya baru je menjebakkan diri dalam kancah drama Korea ni dalam sebulan yang lalu...itupun sebab cerita favourite saya (cite omputih la mostly nyeee) banyak yang dah habis..takde new series lagi...so terkebil-kebil la sensorang kat rumah bila anak sibuk di sekolah...Lalu adik saya memperkenalkan channel 393,392 Astro yang 100% Korean dramas and TV shows...cuba-cuba la tengok, sekali nahhhh melekat!!

Baru je kita seronok tengok drama Korea ni, husband kita membebel sebab kul 12 tak tido lagi, dok layan cerita Korea. Ada one time kita tengah leka tengok ni, lupa pulak nak hidang makanan yang dia beli, kawan dah lapaqqq..Brot bret brot bret dia bising...tiba-tiba keluar plak artikel ni...Aiiiihhh, takkan husband aku pi komplen kat Utusan kot heheheheh...

Apa pun, sekarang saya record je cerita tu semua..tengok bila free dan bila semua keje dah selesai...Dan saya akan make sure masuk tido sama time dengan anak-anak dan husband....Taknak taksub dan mengganggu tugas hakiki saya...

Anda bagaimana?


2 comments:

  1. Waalaikumsalam...best n3 ni...hahaha...samalah kita...kalo kat opis lunch mesti tgk korea sambil makan...
    saya mula terjebak bila pertama kali tgk full house 4-5 thn lalu...sejak tu setiap bln mesti beli 1 vcd...owh ye dah pernah layan Running Man? mmg berhantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...lepas kena sound kita dah slow down sket laaa...selalu tengok iklan kat tv tu tapi tak berani nak tengok, nanti melekat kat TV tak buat keje...

      Delete