Monday, November 19, 2012

Erti Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum...

Lama kita tak berceloteh kan...minggu ni ada dua peristiwa yang penting berlaku dalam hidup saya. Pertama, datuk yang saya sayangi telah pergi menemui Ilahi..ke sebuah destinasi yang abadi..Al-Fatihah. Selepas ini tiadalah lagi panggilan 'Che' kedengaran setiap kali kami balik ke kampung. Tinggallah nenek saya keseorangan...Saya amat mengasihani nenek saya yang memang sudah 'lupa' hampir segalanya..bahkan cucu-cucu langsung tidak diingati..Kehilangan 'che' saya menjadikan dia tenggelam punca...berkali-kali dia bertanya saya, 'Che mu gi mana?' pada malam kenduri arwah tahlilnya malam Sabtu lalu...Bila saya bagitau dia 'Che dah meninggal', dia sedih. Katanya 'Patutlah Tok cari dari pagi tadi tak nampak Che mu..'..tak sampai 5 minit, dia tanya saya lagi soalan yang sama..Bila kita sibuk menjamah makanan, Tok sibuk nak simpan makanan untuk Che...Lebih 60 tahun rasanya mereka telah hidup bersama, tak dapat saya bayangkan kesedihan dan kehilangan yang dirasakan oleh tok saya... :-(

Kedua, hari ini saya menerima berita gembira. Anakanda saya Zafri Danial telah berjaya memperolehi 5A di dalam UPSR. Saya bangga dengannya...bangga dengan daddynya yang tak jemu-jemu memberi semangat kepada Zafri..Dan bersyukur kerana saya telah membuat satu keputusan yang betul dan berbaloi.. Pengorbanan saya seorang ibu, sanggup meninggalkan kerja dan bersama-sama mengharungi perjalanan bersama anak saya dalam menempuhi saat penting di dalam suatu fasa kehidupannya. Dan Alhamdulillah, dia telah menghadiahkan keputusan yang cemerlang kepada saya...


Kepada ibu-ibu yang membaca, jangan sesekali berputus asa dengan anak anda! Beri dorongan bukan cacian..bantu anak-anak sekiranya dia lemah. Jangan biarkan anak-anak hanyut sendirian dek kesibukkan kita...Banyakkan berdoa dan bersolat hajat...Saya tidak pernah berputus asa mengajar, membantu anak saya yang memang banyak kelemahan. Kadangkala air mata ini mengalir kerana terlalu geram dengan sikap acuh tak acuh anak saya tentang pelajaran..Namun, untuk berputus asa, tidak sekali-kali!! Dan Alhamdulillah, berkat usaha saya dan daddynya sendiri, dia berubah dan mampu mencipta kejayaan.

Don't take it wrongly...saya bukan nak membangga diri..cuma nak berkongsi agar menjadi peransang kepada anda sebagai ibu dan bapa...

Adios, amigos semua!!!

Zafri's last official visit to his secondary school

2 comments:

  1. Tahniah kepada Zafri Danial, puan tanah dan suami di atas kejayaan ini. Semoga ianya dapat memberi dorongan kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil exam di masa hadapan dan juga kepada ibu-bapa.

    ReplyDelete