Wednesday, October 31, 2012

SUKA TENGOK CERITA MELAYU???


Perasan tak kalau tengok drama atau filem Melayu….jalan cerita dan adegan yang sungguh tipikal..dah boleh agak..

1. Orang kaya vs Orang miskin
Kalau nak cerita bab orang kaya, mesti ada Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri..kalau takdak title ni memang tak kaya la kot..Datin/Puan Sri pulak kalau duduk dalam rumah pun bergaya sakan…Datuk/Tan Sri mesti main golf…kalau sembang pun kat padang golf.. Nak tunjuk kaya lagi, kalau tengah telefon tu mesti cakap pasal projek berjuta-juta… Yang miskin tu mesti tunjuk mak dia jual kuih, nasi lemak…mesti ada adegan bungkus nasi lemak atau tengah uli kuih…Pastuh pakai baju kurung/baju Kedah dengan kain batik…

2.  Bab nak accident
Kalau dalam cerita tu ada bab accident kan, memang boleh teka punya…nanti kan ada adegan yang tunjuk mamat ni tengah bawak kereta..mungkin dia tengah mengantuk ke,atau dok flashback kisah gaduh semalam ke…Pastuh mesti tunjuk adegan lori atau kereta satu lagi tengah laju, bersilih ganti la tunjuk kereta mamat ni, sat lagi tunjuk lori atau kereta satu lagi tuh…tiba-tiba BEDEBUM! Accident..

3.Pelakon wanita mesti sentiasa bermekap dan maintain cun
Adegan tengah sembahyang atau dah nak tidur ni…muka masih tebal dengan mekap dan lipstick…Duduk kat rumah pun, kalau jadi orang miskin pun muka tetap bermekap…Pergi kubur, suami baru meninggal ni pun sempat bermekap lagi!

4. Rumah
Jenis rumah yang dipilih tak bersesuaian dengan character drama…Dalam cerita tu minah ni jadi kerani je…tapi duduk berdua je dengan housemate di rumah double storey yang penuh dengan hiasan dalaman yang cantik…Begitu juga student, boleh sewa apartment berdua aje, cantik pulak tuh…

5. Babak nak beranak
Kalau ada perempuan tu nak beranak, kecoh satu family. Baru start contraction dah kelam kabut lari sana,sini..kelam kabut masuk kereta…dah naik kereta, mak pulak suruh bawak laju-laju macam nak beranak masa tu jugak…yang nak beranak tuh pun mengerang tak habis-habis..tiba-tiba jalan jem pulak….Kita sendiri yang dah beranak tiga ni takde kecoh camtuh pun…

6. Suasana kampung
Kalau drama pasal orang kampung mesti ada makcik yang kaki gossip…mulut tempayan, kay-poh-chee, suka jaja cerita sekeliling kampung..drama pasal kaum lelaki, mesti ada adegan di kedai kopi…Yang bujang lepak kat atas motor, ngorat pompuan lalu-lalang..Walaupun ada shot di tepi bendang atau kebun getah, baju masih cantik..tak kotor pun…kadang-kadang nampak lagi garis lipatan baju tuh…

7. Bab nama character dalam drama
Asal orang kampung je, nama kaum wanita mesti Mak Jah, Mak Limah, Mak Nab, Kak Timah, Kak Leha..nama kaum lelaki okay sikit la…yang wanita ni tipikal sangat, jangan harap la nak nama komersial macam Mak Aishah (nama mama I..duduk kampung jugak heheh), Mak Nadia, Mak Laila ke…Kalau orang kaya, mesti Datin Sally, Datin Maria…

Jalan cerita pun asyik pasal cinta antara dua darjat, orang frust bercinta, perebutan harta, cerita hantu...
 
Walaupun begitu, saya layan jugak cerita Melayu ni...kalau tak kita yang tengok, siapa lagi kan? Nak tengok cerita Indon lagi la mengarut tahap gaban...Cerita omputih pun ada jugak mengarutnya. Kalau cerita bab hero, 10 orang musuh tembak pun hero tak mati-mati...dia sorang je tembak, berpuluh-puluh yang mati...biaq betoiiii...Tapi cerita Korea memang best...wajib mengalir ayaq mata kalau bab sedih... heheheh...




Sesalan ku...


Assalamualaikum…

Jom main masak-masak!

Hari ni nak berceloteh pasal memasak...
 
Masa kecik dulu-dulu, saya jarang sangat berkesempatan nak bermain masak-masak dengan kawan-kawan…Seingat saya masa saya duduk di Bintong,Perlis..kawan saya hanya seorang. Anis namanya... Dia tua beberapa tahun daripada saya. Kami suka mengayuh basikal, kadang-kadang saya ikut ke rumah Anis, baca buku cerita,majalah, dengar radio..Bila dia dah meningkat remaja, dia dah tidak mahu lagi bermain dengan saya yang masih budak-budak…So, saya hilang seorang kawan. 

Berdekatan dengan rumah saya ada jugak seorang kawan perempuan yang muda setahun daripada saya tapi saya pulak menyampah nak kawan dengan dia..walaupun dia muda dan kami di tadika yang sama, minah tu suka sangat mintak duit kat saya…Suka buli jugak sebab badan dia besar walaupun saya lebih tua daripada dia…At one time saya dah geram sangat dengan perangai dia tuh, saya sepak dia 2-3 kali, pastuh bukak langah seribuuuu....Walaupun saya budak baik dan skema tapi jangan main-main dengan saya! Itu lah message yang saya nak sampaikan kat dia..Agaknya dia paham kot, lepas insiden tuh terus minah tu ignore saya sampai lah kami pindah ke Taman Guru Jaya, rumah baru yang bapak saya beli. Jadi, saya hilang lagi kawan. End up saya pun main dengan adik-adik lelaki saya yang boleh tahan ganasnya…Panjat pokok kat sebelah rumah tu, lumba basikal tu dah biasa lah…Macam tomboy pun ada…

Nak dipendekkan cerita, saya tak expose dengan hal masak-memasak ni…Sama ada dalam bentuk permainan waima memasak betul-betul! Waktu bersekolah, mama saya jarang suruh saya masuk ke dapur. Yang dia suruh pi belajaq, buat homework…baca majalah Kuntum,Dewan Siswa hhehehehe…Saya pun hulala la tak kena masuk dapur, lagi tak suruh memang tak jejak ler..masuk pun untuk makan je…Sekali-sekala je saya tolong potong-potong sayur..kadang-kadang tolong goreng ikan,ayam…Itupun takut-takut je time nak masukkan ikan, pastuh duduk jauh-jauh takut kena percikan minyak..Kekurangan skil memasak ni berterusan sehinggalah saya dapat offer belajar di Australia. Masa tu saya mula kelam-kabut sebab risau kat sana mana nak cari makanan halal…mesti kena masak! Sebelum saya ke sana, saya pun terpaksa lah mengasah bakat memasak saya ni dengan mama saya. Nasib baik lah saya sempat belajar sikit-sikit masakan favourite saya..itupun masa kat sana, kalau teringin nak makan something saya terpaksa telefon mama kat Malaysia, minta resipi! Kemudian, bila saya nak berkahwin saya pun jadi seram sejuk satu badan sebab risau tak pandai memasak..malu dengan mak mertua, heheheh! Nasib baik mama bagi kursus intensif untuk saya sebelum berkahwin..at least boleh la bagi anak orang makan…

The point is, saya rasa menyesal sebab saya tak belajar masak dari awal…kalau tak saya mesti dah tahap terer tak hengat bab memasak ni…cakap nak makan apa saja mesti tau buat punya! Untung juga saya dapat husband yang sungguh memahami kekurangan yang satu ini..Kadang-kadang bila dia minta saya masak something, saya menggagau-gagau minta resipi dengan mama, mak mertua,kawan-kawan….Nasib baik sekarang dah ada Mr Google. Boleh juga bantu saya nak memasak…Rasa sungguh malu dan sedih bila kita tak dapat penuhi hajat suami,anak-anak yang teringin nak makan sesuatu disebabkan kita tak reti nak masak! Memang boleh beli di kedai tetapi kalau asyik ke kedai je, tak best la kan…Kan masakan dari air tangan isteri dan seorang ibu lebih baik sebab kita masak dengan penuh kasih sayang, betul tak?

Alhamdulillah…berdikit-dikit lama-lama jadi  bukit, sekarang ni saya dah dapat enhance la sikit skil memasak ni. Nak kata pro tak jugak lah tapi boleh la buat perut kenyang dan tido sambil dibuai-buai mimpi indah heheh..yang paling best bila makan di kedai, kemudian suami atau anak-anak bagi remarks..”Mummy buat lagi sedap laaa!” Kembang kuncup hidungku…Tapi nak ke tahap ini pun, kesian juga la kat diorang ni menahan anak tekak..Dulu, nak buat rendang memang tak reti, cayaq (i.e.cair) macam masak lemak pun adaaa.Malu sungguh tapi husband telan jugak…berkali-kali try akhirnya menjadi…Terima kasih la kat husband yang sanggup telan masakan kita, kadang-kadang kembang kempis hidung dia menelan tapi bila tanya dia, dia komen dengan berhemah, tak sakitkan hati kita…Tapi kita tau tak sedap hehhe…

So,kawan-kawan dan adik-adikku yang masih muda belia tu, sementara masih sempat ni belajar ler memasak…Untuk suami dan anak-anak kita. Masakan kita tu nanti jadi pengikat kasih sayang..sampai bila-bila dan ke mana pun suami dan anak-anak kita pergi, diorang mesti ingat punya…Macam saya yang selalu terkenangkan tomyam, kuih lompat tikam@jongkong dan mi sanggul mama saya yang marvelous tuh..dan laksa mak mertua saya…
 

Peace,yo!!

Sunday, October 28, 2012

Isnin Yang Hangat...

Assalamualaikum...

Mengantuknyaaaa...kalau orang tengok macam ni ler gayanya makcik menguap tadi.....lain kali tutup mulut sikit ye....


Haii..bukan kita sorang je mengantuk..dengan cik abang kita terus half day hari ni..sakit pinggang, migraine sebab lamanya kami di atas highway...bertolak dari Kuale (K.Kangsar) lebih kurang pukul 4 petang, sampai rumah almost pukul 1 pagi..gedebuk gedebak keluarkan beg, siapkan bebudak ni tido..pukul 2 pagi lah baru dapat lelapkan mata...Biasa lah kalau time-time cuti perayaan ni bergasak-gasak,bumper-to-bumper di jalan raya...Yang sorang ni pulak asyik lapar tak kenyang-kenyang, yang asyik terkucil pun ada (hahahah..you know who!)...terpaksalah berhenti 2-3 kali kat R&R..tu pun berenti tepi jalan je, kayuh kaki masuk dalam R&R..Tapi kitorang seronok macam tuh, baru lah rasa suasana balik kampung...

Kat Kuale tuh, saja nak memeriahkan suasana dan merapatkan silaturrahim sesama adik-beradik, kami buatlah BBQ...Saja lah, bukan sebab nak makan sangat pun, benda dah biasa makan tapi yang penting dapat duduk sama-sama bersembang sambil bakar ayam dan daging tuh..barulah mesraaa! Janji happy especially mak dan abah lah, seronok tengok anak-menantu dan cucu-cucu penuh rumah..Kalau tak, asyik mak je masak kat dapur, kami jadi tukang makan je..kali ini kita masak, mak makan pulak hehheeh...

Inilah diari raya haji kami sekeluarga di Kuale..

Pakcik Mirul dengan Aqa, Hana & Sofia
Tukang bakar-seumur-hidup in action!
Sate home-made nih...first time I & hubby buat sate sendiri...

Sausages dan ayam bakar pun adaaaa

Potato Salad...chef Azizul yang buat..

Black pepper sauce..pun Chef Azizul yang buat..memang sedaplah..thanks for the recipe..lepas ni boleh buat!

Salad...itu je yang mampu kukatakan hehehe

Anak-anak dara ni pun masak jugak, tapi kat dalam rumah...

Budak kaca mata...
Sedapppnyaaaa.....
Tak banyak gambar sangat yang saya sempat ambik sebab saya pun sibuk makan hehehe..

Semalam on the way balik KL kami singgah jap kat kedai mi rebus yang famous jugak lahhh...pernahlah masuk Jalan-Jalan Cari Makan time host dia Maria Tunku Sabri tuh..



Kalau you all tanya sedap sangat ke mi rebus kat sini..hmmm...pada saya mi rebus mama saya buat lah yang paling sedap di dunia hhehehehe...

Okay lah..stop dulu ye sebab mengantuknya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi...lepas solat nak terus zzzzzzzzzz....

Wednesday, October 24, 2012

Makanan Wajib Ada Dalam Gerobok Anda

Sunyi dan sepi...anak-anak kat sekolah...Tangan mulalah gatal nak menaip..Hari ini 24hb. Hmmm...esok baru hari gaji...Mungkin ada orang yang tak pernah kisah pun hari-hari sebelum gaji kerana poketnya sentiasa berkepuk dengan duit.Tapi ramai di antara kita yang memang menghitung hari..Time-time ni la ramai sibuk nak puasa, nak diet, work through lunch lah...semuanya nak menjimatkan saki-baki duit yang ada sebelum hari gaji tiba...Betul tak? 

Saya pun pernah mengalami situasi macam tuh...dan saya rasa this will never end..Dulu saya ingat, ooohh kalau gaji saya sampai this RMXXX, mesti saya takkan rasa macam ni dah...tapi bila gaji dah reach that figure, saya masih juga experience duit habis sebelum waktunya...Rasanya itu normal, lagi besar periuk, lagi besar keraknya tapi kalau masak nasi pakai periuk elektrik, mana ada keraknya kan??? Heheheh...iklan sekejap...

Dan pada ketika inilah, makanan-makanan ini akan mendapat rating tertinggi di carta pilihan hati anda...haiii..takkan tak pernah buat kot...

1. Mi Segera


2. Sardin


3. Ikan kering






4. Telur




5. Biskut kering


Kalau beli biskut kering ni, make sure ada bekalan teh atau milo ye...boleh buat cicah-cicah...sedap gak tuhhh...

So, make sure kita stok makanan ni setiap masa...Mana tau di hujung-hujung bulan ni, yang inilah dok kenyangkan perut kita...

Monday, October 22, 2012

English Herbs...

Biasa tengok serbuk sahaja dalam botol McCormick atau Masterfood...nak jugak tengok rupa pokoknya....




Teringin nak tanam sebab kalau beli tu mahal...boleh ke hidup kat sini??

Aku Pun Ada Cerita Serammm...


Annyeong Haseyo !!

Ngee hee hee..keKoreaan pulak diriku sekarang ek…Sejak akhir-akhir ni saya rajin tengok channel 393 tuh…memanjang je cerita Korea kat channel ni..Best gak, layan la tengah boring-boring ni. Sebelum ni saya tak minat pun tapi adik saya la tunjukkan channel ni..kan dah terjebak…Sekarang tengah layan “My Daughter,My Flower”. Baru episode ke 23..tak tau la berapa ratus episode cite nih..

Hari ni nak cerita kisah yang seram sikit…Those yang ada baca FB saya tuh mesti dah tau kisah ni. Baru je saya nak puji sikit pasal area rumah saya ni, ada pulak cerita yang tak sedap di dengar…haiii…baru dok plan nak jual rumah ni RM700 ribu, angan-angan nak jadi Orang Kaya Baru! Nampaknya kenalah kasi discount sket hahaha…main-main je, takde niat nak jual pun walaupun ada jiran sebaris dengan saya ni berjaya jual rumah pada harga RM700 ribu…!

Sebenarnya saya baru dapat tahu gangguan halus ni rupanya dah lama dialami oleh jiran-jiran, sejak mula-mula masuk sekitar tahun 2003 lagi. Tak sedar pun yang apa yang saya selalu dengar di tengah malam itu adalah jenis-jenis gangguan halus ni. Bunyi seolah-olah guli-guli bergolek-golek kat siling, bunyi orang tarik-sorong kerusi, bunyi cakaran-cakaran..Anggapan saya anak jiran sebelah yang tidur lewat atau keje tikus-tikus...Rupa-rupanya jiran-jiran lain pun dengar benda yang sama! Tapi itu tidaklah menakutkan saya sebenarnya sebab dah selalu sangat dengar masa baru 3-4 tahun duduk sini ...boleh dikatakan setiap kali terjaga malam saya akan didendangkan dengan irama-irama tu dari atas siling. Tapi sekarang ni dah jarang. Mungkin sebab sekarang dah rajin baca Quran kot…

Baru-baru ini heboh pula ada jiran yang sampai pindah rumah disebabkan tidak tahan diganggu. Saya pun tersentap lah..ini dah kira serius!! Ceritanya gangguan bukan setakat bunyi-bunyi seperti yang saya dengar tapi dah menjelma pelbagai rupa dan ganggu anak-anak..Haaa…itu memang saya kategorikan seram dan menakutkan! Makcik memang tak sanggup…Nasib baik Pengerusi kawasan ini membantu dengan memanggil seorang Ustaz yang mahir mengendalikan hal-hal mistik ni..Di rumah itu aje ada 4 ekor (tak sure penjodoh bilangan yang sesuai.. biji?buah?orang?) yang sama-sama berkongsi rumah dengan tuan punya rumah tu la…Imej mende tuh pun sempat dirakamkan tapi tak ditunjukkan kepada kami. Tak kuasa makcik nak nengok! Kebetulan Ustaz yang mengajar anak saya mengaji pun turut serta dalam operasi ini yang bagitau dia tengok sendiri. Imej gambar 4 sekeluarga yang berupa orang-orang zaman purbakala..Yang perempuan bertudungkan kain batik macam kita tengok cerita lama zaman Nordin Ahmad berlakon tuh..

Kawasan ini sebelum jadi rumah ialah hutan belantara..dan alkisahnya kawasan di sekitar rumah yang kena gangguan teruk tuh ada perkampungan bunian, jin, bla..bla..Tambahan sekarang ni lagi banyak hutan dibersihkan sebab nak bina condo,rumah-rumah..Jadi diorang (atau diaekor…heheh)dah takde tempat tinggal…Maka berkeliaran lah mereka di sini, ada yang cari rumah baru, ada yang menumpang kat pokok aje…Hmmm…nak percaya ke tidak, wallahualam…Kalau sesiapa yang tengah membaca ni mesti terdetik kat hati “biar betul cerita Zuraini nih..” Haaa..saya tak salahkan anda, saya pun antara percaya tak percaya jugak…Apa-apa pun jin dan syaitan memang la ada kan..

Saya ingat lepas dah kena tangkap, dah selamat la malam-malam kami..tidur pun boleh tenang..You all tahu sejak meletus cerita ni saya tak berapa nak tidur lena..asyik terjaga malam…Nasib baik tak keje, siang boleh cover balik tido tuh hehehe..Tapi menurut Ustaz tu tadi, banyak lagi yang berkeliaran kat luar, berumahtangga di pokok-pokok besar di tengah padang. Adoooiii, seriously??? Rumah saya depan padang pulak tuh!!!..Nasib baik lepas raya Haji akan ada lagi satu round operasi pembersihan ni… Dan bacaan Yassin beramai-ramai..

Harap-harap takde la dengar cerita-cerita macam ni lagi selepas dibuat operasi..Sebelum ni saya asyik kutuk je cerita-cerita seram kat TV, nahh sekarang saya pulak buat entri pasal benda yang sama!! Yang penting, rumah kita kena selalu di dendangkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa lah banyak-banyak, Insya Allah Allah akan pelihara kita sekeluarga dari gangguan iblis dan syaitan nih. Itu pesanan mak bapak saya..

Itu sahaja yang saya nak kongsi hari ni..Tapi untuk sedare mara saya tuh, janganlah pulak takut nak datang rumah…no worries lah. 

Bye!

Saturday, October 20, 2012

Pasar Mini Oh Pasar Mini


Masih relevankah pasar mini?

Rumah saya adalah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Kawasan ini famous dengan panggilan BTHO je…Duduk di BTHO ini walaupun rumahnya tak sebesar mana, saya cukup selesa. Jiran-jiran sekeliling memang baik-baik belaka. Kalau masak lebih-lebih tu atau ada buah tangan dari kampung, mesti pass ke sana sini..tak payah tunggu bulan puasa pun! 

Tambahan pula jiran sebelah menyebelah ada yang dah jadi full time housewife…dah trend kot sekarang ni wife pakat berenti kerja, jaga anak..So, ada la masa nak sembang time sidai kain tuh kan heheheh…Tapi tak gossip murahan la…cerita anak-anak je..

Bukan sahaja jiran-jiran yang baik tapi kemudahan bershoping kat sini memang banyak…di BTHO ni je ada Econsave, Carrefour, AEON (or Jusco). MyMydin pun ada (Mydin ala mini mart gitu..). Giant pun ada tapi jauh sikit la, dekat Taman Tanming tu..Memang tak payah nak keluar jauh-jauh .. Orang Utara kata ‘balik das’ je..Biasanya ke Jusco atau Econsave berjalan kaki je pun..

Ini bukan nak promote BTHO tau....Yang saya nak ceritakan ialah pasal pasar mini. Walaupun ada hypermarket yang terkenal kat sini, dekat dengan rumah saya tu ada 2 mini market..selang 3 kedai je. Ini di Fasa Suakasih aje iaitu kawasan rumah saya…fasa-fasa yang lain seperti Suasana, Suadamai pun ada banyak pasar mini…Fasa ‘Sua suei kemuning’ belum ada lagi ek…Masa awal-awal dulu saya terpikir boleh laku ke mini market ni, sedangkan kat sini dah ada hypermarket? Jawapannya masih laku tuan-tuan dan puan-puan…

Sebabnya? Haaa..masih ramai yang suka pergi pasar mini nih…salah seorangnya ialah saya…

Kenapa orang suka pergi pasar mini walaupun kadang-kadang harga barang di pasar mini mahal sedikit dari hypermarket?

PERTAMA:
Sebab nak beli satu dua barang je…jadi tak payah lah sampai nak kena pergi hypermarket tuh. 

Buang masa terutamanya kalau tengah urgent..ye lah, tengah-tengah masak tiba-tiba alamakkk…garam habis,tetamu pulak dah on the way..Lebih baik pergi pasar mini kan…Bagitau je husband “bang, garam habis…pergi beli kat kedai jap..” Terus husband kita start motor. Tak sampai 5 minit dah bawak balik garam…

KEDUA:
Malas nak beratur, malas nak cari parking, malas nak berebut troli dan malas nak tercari-cari barang sebab confuse tak tau kat rak mana…

Ini selalu jugak terjadi kat saya kalau pergi hypermarket atau shopping complex. Dah beli barang sampai 2 troli, pastuh kena beratur panjang. Sampai turn kita, tiba-tiba cashing machine plak buat hal, habis kertas la, habis ink la, tak accept credit card la..Pastuh ada plak orang kat depan yang beli barang tak timbang, takde tanda harga, credit card kena bar la…Semua ini boleh menyebabkan kita naik bosan dan marah tak tentu pasal…Sering juga terjadi nak cari barang tak tau kat mana diorang letak..tanya pekerja pulak orang Bangla, Nepal ..sepatah pun tak paham cakap kita…So, ini dapat dielakkan kalau kita beli kat pasar mini je..semuanya within our reach..

KETIGA:
Nak elak terlebih shopping…

Memang kalau kita pergi ke hypermarket dan shopping complex ni, kita akan ter’induce’ untuk membeli barang-barang yang tak ada dalam list kita. Husband saya selalu suruh saya buat list apa barang yang nak dibeli..Memang saya buat, tapi end up bila pergi sana kan..barang yang saya beli 2 kali ganda lebih dari list, hehhe. You all pun mesti ada yang macam tu kan…

Kat hypermarket dan shopping complex ni biasanya menjual barang-barang yang kita rasa unik, yang belum pernah kita nampak dan menarik. And then, range of product pun besar, segala jenis brand pun ada..Ini menyebabkan kita terbeli walaupun kita tak perlu..Contohnya, tengah kita dok tolak troli kan, tiba-tiba je ada amoi tengah buat demo masak nasi goreng pakai perencah satu brand ni ler..dia pun hulur kat kita untuk try..Kita pun makan dan rasanya ‘wow’..dia pun pujuk kita lebih kurang, maka kita pun terbeli 5-6 peket…padahal kalau tumbuk bawang besar,bawang merah,bawang putih dan belacan sikit, tambah udang kering  atau cilipadi ke, nasi goreng kita tetap akan ‘wow’ jugak…

Kalau ke pasar mini, berdasarkan experience saya la..saya beli apa-apa yang ada je la..Jarang sangat saya nak teruja beli benda yang bukan-bukan sebabnya kat pasar mini tu pun pilihan terhad. Mata saya pun tak rambang…

KEEMPAT :
Malas nak bawak anak-anak bershopping..kecoh dan buang masa..

Pernah tak mengalami situasi ini? Bagitau anak-anak “Daddy n mummy nak pergi Jusco..” Anak-anak mesti kalut nak ikut, betul dak? Cuba pulak cakap “Daddy n mummy nak pergi kedai runcit Ahmad kat depan tu jap..” Sorang pun taknak ikut…

Kalau bawak anak-anak ni pergi hypermarket atau shopping complex, diorang punya excited satu macam..Ada pulak troli mini untuk budak-budak tu, pakat racing satu bangunan tuh..Kita yang pening kepala, mana nak cari barang lagi, nak cari diorang lagi..Risiko nak hilang anak pun besar kat sini sebab ramai orang, kita terleka je anak pun hilang dari pandangan..Yang tak best, ada bahagian toys pulak..lemah lutut akak..Jap lagi sorang-sorang angkut mainan masuk dalam troli pastuh sengih suruh bayar! Masa shoping yang boleh habis dalam setengah jam pun biasanya jadi 1-2 jam sebab nak layan karenah anak-anak.

Kat pasar mini ni kalau ikut pun takde le diorang nak  beli mainan sangat…kalau jual pun ada la papan Dam 50 sen tuh, takpun pistol air yang tah zaman bila punya..Selamat duit daddyku! Hehehe..

KELIMA:
Pasar mini biasanya ada servis hantar barang…kita telefon je bagitau nak barang apa..siapkan duit nanti dia hantar naik motor..kan senang..Temporary credit pun dia boleh bagi..mana tau kan, dah beli barang tak perasan duit tak cukup..boleh je kowtim dengan tauke, nanti kita bayar laaa..Kalau kat hypermarket, boleh ke? 

Konklusinya, bukan nak kata tak payah shopping kat hypermarket tuh, boleh..pi la shoping..saya pun pi jugak. Pasar mini pun saya layan jugak, bergantung kepada sebab-sebab yang saya sebut tadi lah…

Sekian, coretan ku yang tak seberapa ini…