Monday, October 15, 2012

Hujan Petang

Salam semua...

Lately ni asyik hujan di waktu petang je kan....Lebat pulak tuh. Kalau dah landing atas katil, susahnya nak bangun...

Tapi nak tidoq lama-lama tak boleh...anak-anak balik sekolah, kena pulak time hujan, depa lapaq! Nak kena masak something laaa...

Kadang-kadang bila dah nak hujung minggu, stok makanan pun di tahap kritikal! Saya pun mula la nak garu kepala, apa nak masak nih...Dalam peti ais ada la nyok (a.k.a kelapa parut) dalam segenggam, left over masa buat kari harituh...

Tiba-tiba, TING!! Teringat masakan fevret bapakku....


Tu diaaaa...inilah yang dinamakan PEKNGA !!! 

Tu nama pendek...nama panjang Tepek Belanga...Orang Kedah kalau tak penah makan ni, memang bukan orang Kedah sejati laaaa hehehehe...

Nak buat pun sonang...Gaul tepung gandum, sedikit kelapa parut,garam dan gula dengan air. Adunan biar pekat. Pastuh panaskan kuali leper, letak majerin, tuang adunan dan ratakan sehingga jadi nipis dan berbentuk bulat. Masak sampai garing.

Makanlah di waktu panas dengan ayaq kopi...time hujan..memang sedapppp...Tau-tau dah habis...

Pastu kalau kreatif sket, boleh la letak pisang lenyek ka, oats untuk ganti nyok tuh...Nak cicah dengan gulai pun buleh..Cuba masak no!!!

No comments:

Post a Comment