Monday, October 22, 2012

Aku Pun Ada Cerita Serammm...


Annyeong Haseyo !!

Ngee hee hee..keKoreaan pulak diriku sekarang ek…Sejak akhir-akhir ni saya rajin tengok channel 393 tuh…memanjang je cerita Korea kat channel ni..Best gak, layan la tengah boring-boring ni. Sebelum ni saya tak minat pun tapi adik saya la tunjukkan channel ni..kan dah terjebak…Sekarang tengah layan “My Daughter,My Flower”. Baru episode ke 23..tak tau la berapa ratus episode cite nih..

Hari ni nak cerita kisah yang seram sikit…Those yang ada baca FB saya tuh mesti dah tau kisah ni. Baru je saya nak puji sikit pasal area rumah saya ni, ada pulak cerita yang tak sedap di dengar…haiii…baru dok plan nak jual rumah ni RM700 ribu, angan-angan nak jadi Orang Kaya Baru! Nampaknya kenalah kasi discount sket hahaha…main-main je, takde niat nak jual pun walaupun ada jiran sebaris dengan saya ni berjaya jual rumah pada harga RM700 ribu…!

Sebenarnya saya baru dapat tahu gangguan halus ni rupanya dah lama dialami oleh jiran-jiran, sejak mula-mula masuk sekitar tahun 2003 lagi. Tak sedar pun yang apa yang saya selalu dengar di tengah malam itu adalah jenis-jenis gangguan halus ni. Bunyi seolah-olah guli-guli bergolek-golek kat siling, bunyi orang tarik-sorong kerusi, bunyi cakaran-cakaran..Anggapan saya anak jiran sebelah yang tidur lewat atau keje tikus-tikus...Rupa-rupanya jiran-jiran lain pun dengar benda yang sama! Tapi itu tidaklah menakutkan saya sebenarnya sebab dah selalu sangat dengar masa baru 3-4 tahun duduk sini ...boleh dikatakan setiap kali terjaga malam saya akan didendangkan dengan irama-irama tu dari atas siling. Tapi sekarang ni dah jarang. Mungkin sebab sekarang dah rajin baca Quran kot…

Baru-baru ini heboh pula ada jiran yang sampai pindah rumah disebabkan tidak tahan diganggu. Saya pun tersentap lah..ini dah kira serius!! Ceritanya gangguan bukan setakat bunyi-bunyi seperti yang saya dengar tapi dah menjelma pelbagai rupa dan ganggu anak-anak..Haaa…itu memang saya kategorikan seram dan menakutkan! Makcik memang tak sanggup…Nasib baik Pengerusi kawasan ini membantu dengan memanggil seorang Ustaz yang mahir mengendalikan hal-hal mistik ni..Di rumah itu aje ada 4 ekor (tak sure penjodoh bilangan yang sesuai.. biji?buah?orang?) yang sama-sama berkongsi rumah dengan tuan punya rumah tu la…Imej mende tuh pun sempat dirakamkan tapi tak ditunjukkan kepada kami. Tak kuasa makcik nak nengok! Kebetulan Ustaz yang mengajar anak saya mengaji pun turut serta dalam operasi ini yang bagitau dia tengok sendiri. Imej gambar 4 sekeluarga yang berupa orang-orang zaman purbakala..Yang perempuan bertudungkan kain batik macam kita tengok cerita lama zaman Nordin Ahmad berlakon tuh..

Kawasan ini sebelum jadi rumah ialah hutan belantara..dan alkisahnya kawasan di sekitar rumah yang kena gangguan teruk tuh ada perkampungan bunian, jin, bla..bla..Tambahan sekarang ni lagi banyak hutan dibersihkan sebab nak bina condo,rumah-rumah..Jadi diorang (atau diaekor…heheh)dah takde tempat tinggal…Maka berkeliaran lah mereka di sini, ada yang cari rumah baru, ada yang menumpang kat pokok aje…Hmmm…nak percaya ke tidak, wallahualam…Kalau sesiapa yang tengah membaca ni mesti terdetik kat hati “biar betul cerita Zuraini nih..” Haaa..saya tak salahkan anda, saya pun antara percaya tak percaya jugak…Apa-apa pun jin dan syaitan memang la ada kan..

Saya ingat lepas dah kena tangkap, dah selamat la malam-malam kami..tidur pun boleh tenang..You all tahu sejak meletus cerita ni saya tak berapa nak tidur lena..asyik terjaga malam…Nasib baik tak keje, siang boleh cover balik tido tuh hehehe..Tapi menurut Ustaz tu tadi, banyak lagi yang berkeliaran kat luar, berumahtangga di pokok-pokok besar di tengah padang. Adoooiii, seriously??? Rumah saya depan padang pulak tuh!!!..Nasib baik lepas raya Haji akan ada lagi satu round operasi pembersihan ni… Dan bacaan Yassin beramai-ramai..

Harap-harap takde la dengar cerita-cerita macam ni lagi selepas dibuat operasi..Sebelum ni saya asyik kutuk je cerita-cerita seram kat TV, nahh sekarang saya pulak buat entri pasal benda yang sama!! Yang penting, rumah kita kena selalu di dendangkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa lah banyak-banyak, Insya Allah Allah akan pelihara kita sekeluarga dari gangguan iblis dan syaitan nih. Itu pesanan mak bapak saya..

Itu sahaja yang saya nak kongsi hari ni..Tapi untuk sedare mara saya tuh, janganlah pulak takut nak datang rumah…no worries lah. 

Bye!

No comments:

Post a Comment