Wednesday, October 3, 2012

Air Tangan Isteri

Tengahari yang sunyi...hati mulalah rasa nak buat sesuatu...tangan pula rasa gatal nak pegang periuk, senduk...Mulalah dapur comelku itu bertung-tang-tung-tang meriah dengan bunyi ketukan senduk dan sudip...Macam tulah saban hari masa-masa senggang saya dihabiskan...majoritinya di dapur. Sometimes menulis...selebihnya melayan puteri kesayangan..Anak-anak teruna pula sibuk di sekolah. Tetapi yang seronok dan takkan saya lupa, setiap kali anak-anak pulang dari sekolah...ayat pertama yang akan mereka jeritkan dari pintu pagar "Mummy...abang Long/ abang Ngah dah balik!!!" Pastuh berlari-lari masuk rumah, dan ada saja cerita yang nak dikongsi..Terutamanya Bangah, gaya penceritaannya itu penuh perasaan, dengan ayat-ayat yang cukup lengkap! Kadang-kadang rasa lucu pun ada..Saya pun sedaya-upaya akan mendengar sepenuh perhatian, kalau tak mulalah nak merajuk terutamanya yang princess tuh. Terus terang saya katakan, saya tidak sebegini ketika bekerja dahulu. Malas nak melayan cerita anak-anak dek kerana keletihan. Kadangkala, saya menengking anak-anak kerana saya penat di office, stress dengan masalah di office. Dahulunya bunyi bising anak-anak adalah suatu yang sangat bingit di telinga saya tetapi sekarang suara riuh-rendah mereka yang mewarnai hidup saya seharian. Saya bahagia dengan suara riuh-rendah itu.

Inilah cerita saya,seorang yang mula berjinak dengan kerjaya sebagai seorang suri rumahtangga nih. Walaupun tak full-time, sebab suami masih menggajikan pembantu rumah. Tetapi situasi seperti ini takkan saya rasai sekiranya waktu sebegini saya sibuk mengetuk keyboard komputer di office. Mungkin ada yang mengatakan saya sebagai bertuah kerana berjaya mengisi kekosongan jawatan yang terhebat ni. Tak semua yang berpeluang seperti saya. Malah, ada juga yang memandang sinis, mungkin ada segelintir yang memandang rendah kepada orang seperti saya, hanya seorang SURI RUMAH ! Dan juga ada yang hairan melihat saya yang dikatakan berpelajaran tinggi...ada degree, ACCA dan Master, tetapi akhirnya duduk di rumah. Apa pun pendapat orang, saya sebenarnya tidak kisah. Yang penting suami saya merestui jalan yang saya pilih. Dan yang paling penting, anak-anak sangat gembira bila mummy sentiasa ada di rumah menanti kepulangan mereka!

Okay...dah cukup luahan hati saya tuan-tuan dan puan-puan...Saya tidak mahu melelehkan air mata kerana bercerita sebegini memberikan suatu perasaan yang sedih kepada diri saya! Saya juga bukan mengajak anda semua mengikuti jejak langkah saya...Dan cerita saya itu sebenarnya pun sudah tersasar dari tajuk entri..Saya nak berkongsi satu pencapaian yang saya rasa agak hebat...untuk diri saya lah..Semalam saya telah berjaya buat LAKSAM..woooohoo..Suka sangat makan makanan dari pantai Timur ni tetapi tidak pernah terfikir untuk buat sendiri...Memandangkan susah sangat nak beli kat sini, saya cuba-cuba la buat ikut resipi dalam internet...Alhamdulillah, boleh la makan...Sedap tak sedap tuh kena tanya husband dan adik sayalah..favourite husband saya tuh!

Saya sertakan resipi kat sini kalau ada yang nak mencuba...

LAKSAM

Bahan-bahan untuk Laksam

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara buat laksam:

1.Campur semua bahan.
2. Cari tudung periuk atau pinggan yang berlekuk. Sapu minyak.
3. Tuang 2-3 senduk ke dalam tudung/pinggan. Kukus sehingga masak dan tidak lembik.
4. Keluarkan dan sejukkan. Teruskan mengukus sehingga adunan habis.
5. Gulung macam kuih ketayap tuh. Kemudian potong bulat-bulat.

Untuk kuahnya pulak...beza sikit dengan kuah laksa utara. Laksam ni kuahnya bersantan...

Bahan-bahan untuk Kuah.

Isi Ikan (untuk 3 orang makan, boleh guna 7 ekor ikan sardin bersaiz sederhana)
Halia
Bawang putih (2 biji)/bawang merah (4biji)/bawang besar (1/2 biji)
Lada Hitam (ikut kepedasan yang disukai)
Asam keping
Santan
Garam

Caranya:
1. Blend isi ikan,halia, semua bawang dan lada hitam
2.Masak dengan air rebusan ikan tadi sehingga pekat. Tidak perlu tumis!
3. Jangan lupa letak asam keping,garam dan santan!

Selepas tuh boleh la dimakan bersama timun,taugeh,kacang panjang yang dihiris nipis...!

Resipi laksam ni ada banyak version...ada letak tepung ubi,tepung gandum la...kuah campur serai, ditumis pun ada...terpulanglan mana yang you all nak ikut...janji sedap!! Tapi pakai resipi ni memang jadi la...Nak sesedap taukeh kedai tuh mungkin memerlukan 2-3 kali percubaan kot..

Kalau jadi, begini lah rupanya...


Wokeh, adios amigos...selamat mencuba! Hari ni saya tengah mencuba buat Apple Pie ala-ala kat McDonald tuh..satu lagi favourite husband saya...

No comments:

Post a Comment