Assalamualaikum…
Jom main masak-masak!
Hari ni nak berceloteh pasal memasak...
Masa kecik dulu-dulu, saya jarang sangat berkesempatan nak
bermain masak-masak dengan kawan-kawan…Seingat saya masa saya duduk di
Bintong,Perlis..kawan saya hanya seorang. Anis namanya... Dia tua beberapa
tahun daripada saya. Kami suka mengayuh basikal, kadang-kadang saya ikut ke
rumah Anis, baca buku cerita,majalah, dengar radio..Bila dia dah meningkat
remaja, dia dah tidak mahu lagi bermain dengan saya yang masih budak-budak…So,
saya hilang seorang kawan.
Berdekatan dengan rumah saya ada jugak seorang kawan
perempuan yang muda setahun daripada saya tapi saya pulak menyampah nak kawan
dengan dia..walaupun dia muda dan kami di tadika yang sama, minah tu suka sangat
mintak duit kat saya…Suka buli jugak sebab badan dia besar walaupun saya lebih
tua daripada dia…At one time saya dah geram sangat dengan perangai dia tuh,
saya sepak dia 2-3 kali, pastuh bukak langah seribuuuu....Walaupun saya budak
baik dan skema tapi jangan main-main dengan saya! Itu lah message yang saya nak
sampaikan kat dia..Agaknya dia paham kot, lepas insiden tuh terus minah tu
ignore saya sampai lah kami pindah ke Taman Guru Jaya, rumah baru yang bapak
saya beli. Jadi, saya hilang lagi kawan. End up saya pun main dengan adik-adik
lelaki saya yang boleh tahan ganasnya…Panjat pokok kat sebelah rumah tu, lumba
basikal tu dah biasa lah…Macam tomboy pun ada…
Nak dipendekkan cerita, saya tak expose dengan hal
masak-memasak ni…Sama ada dalam bentuk permainan waima memasak betul-betul! Waktu
bersekolah, mama saya jarang suruh saya masuk ke dapur. Yang dia suruh pi
belajaq, buat homework…baca majalah Kuntum,Dewan Siswa hhehehehe…Saya pun
hulala la tak kena masuk dapur, lagi tak suruh memang tak jejak ler..masuk pun untuk
makan je…Sekali-sekala je saya tolong potong-potong sayur..kadang-kadang tolong
goreng ikan,ayam…Itupun takut-takut je time nak masukkan ikan, pastuh duduk
jauh-jauh takut kena percikan minyak..Kekurangan skil memasak ni berterusan
sehinggalah saya dapat offer belajar di Australia. Masa tu saya mula
kelam-kabut sebab risau kat sana mana nak cari makanan halal…mesti kena masak!
Sebelum saya ke sana, saya pun terpaksa lah mengasah bakat memasak saya ni
dengan mama saya. Nasib baik lah saya sempat belajar sikit-sikit masakan
favourite saya..itupun masa kat sana, kalau teringin nak makan something saya
terpaksa telefon mama kat Malaysia, minta resipi! Kemudian, bila saya nak
berkahwin saya pun jadi seram sejuk satu badan sebab risau tak pandai
memasak..malu dengan mak mertua, heheheh! Nasib baik mama bagi kursus intensif
untuk saya sebelum berkahwin..at least boleh la bagi anak orang makan…
The point is, saya rasa menyesal sebab saya tak belajar
masak dari awal…kalau tak saya mesti dah tahap terer tak hengat bab memasak ni…cakap
nak makan apa saja mesti tau buat punya! Untung juga saya dapat husband yang
sungguh memahami kekurangan yang satu ini..Kadang-kadang bila dia minta saya
masak something, saya menggagau-gagau minta resipi dengan mama, mak
mertua,kawan-kawan….Nasib baik sekarang dah ada Mr Google. Boleh juga bantu
saya nak memasak…Rasa sungguh malu dan sedih bila kita tak dapat penuhi hajat
suami,anak-anak yang teringin nak makan sesuatu disebabkan kita tak reti nak
masak! Memang boleh beli di kedai tetapi kalau asyik ke kedai je, tak best la
kan…Kan masakan dari air tangan isteri dan seorang ibu lebih baik sebab kita
masak dengan penuh kasih sayang, betul tak?
Alhamdulillah…berdikit-dikit lama-lama jadi bukit, sekarang ni saya dah dapat enhance la
sikit skil memasak ni. Nak kata pro tak jugak lah tapi boleh la buat perut
kenyang dan tido sambil dibuai-buai mimpi indah heheh..yang paling best bila
makan di kedai, kemudian suami atau anak-anak bagi remarks..”Mummy buat lagi
sedap laaa!” Kembang kuncup hidungku…Tapi nak ke tahap ini pun, kesian juga la
kat diorang ni menahan anak tekak..Dulu, nak buat rendang memang tak reti,
cayaq (i.e.cair) macam masak lemak pun adaaa.Malu sungguh tapi husband telan
jugak…berkali-kali try akhirnya menjadi…Terima kasih la kat husband yang
sanggup telan masakan kita, kadang-kadang kembang kempis hidung dia menelan tapi
bila tanya dia, dia komen dengan berhemah, tak sakitkan hati kita…Tapi kita tau
tak sedap hehhe…
So,kawan-kawan dan adik-adikku yang masih muda belia tu,
sementara masih sempat ni belajar ler memasak…Untuk suami dan anak-anak kita.
Masakan kita tu nanti jadi pengikat kasih sayang..sampai bila-bila dan ke mana
pun suami dan anak-anak kita pergi, diorang mesti ingat punya…Macam saya yang selalu
terkenangkan tomyam, kuih lompat tikam@jongkong dan mi sanggul mama saya yang marvelous
tuh..dan laksa mak mertua saya…
Peace,yo!!
No comments:
Post a Comment