Saturday, October 20, 2012

Pasar Mini Oh Pasar Mini


Masih relevankah pasar mini?

Rumah saya adalah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Kawasan ini famous dengan panggilan BTHO je…Duduk di BTHO ini walaupun rumahnya tak sebesar mana, saya cukup selesa. Jiran-jiran sekeliling memang baik-baik belaka. Kalau masak lebih-lebih tu atau ada buah tangan dari kampung, mesti pass ke sana sini..tak payah tunggu bulan puasa pun! 

Tambahan pula jiran sebelah menyebelah ada yang dah jadi full time housewife…dah trend kot sekarang ni wife pakat berenti kerja, jaga anak..So, ada la masa nak sembang time sidai kain tuh kan heheheh…Tapi tak gossip murahan la…cerita anak-anak je..

Bukan sahaja jiran-jiran yang baik tapi kemudahan bershoping kat sini memang banyak…di BTHO ni je ada Econsave, Carrefour, AEON (or Jusco). MyMydin pun ada (Mydin ala mini mart gitu..). Giant pun ada tapi jauh sikit la, dekat Taman Tanming tu..Memang tak payah nak keluar jauh-jauh .. Orang Utara kata ‘balik das’ je..Biasanya ke Jusco atau Econsave berjalan kaki je pun..

Ini bukan nak promote BTHO tau....Yang saya nak ceritakan ialah pasal pasar mini. Walaupun ada hypermarket yang terkenal kat sini, dekat dengan rumah saya tu ada 2 mini market..selang 3 kedai je. Ini di Fasa Suakasih aje iaitu kawasan rumah saya…fasa-fasa yang lain seperti Suasana, Suadamai pun ada banyak pasar mini…Fasa ‘Sua suei kemuning’ belum ada lagi ek…Masa awal-awal dulu saya terpikir boleh laku ke mini market ni, sedangkan kat sini dah ada hypermarket? Jawapannya masih laku tuan-tuan dan puan-puan…

Sebabnya? Haaa..masih ramai yang suka pergi pasar mini nih…salah seorangnya ialah saya…

Kenapa orang suka pergi pasar mini walaupun kadang-kadang harga barang di pasar mini mahal sedikit dari hypermarket?

PERTAMA:
Sebab nak beli satu dua barang je…jadi tak payah lah sampai nak kena pergi hypermarket tuh. 

Buang masa terutamanya kalau tengah urgent..ye lah, tengah-tengah masak tiba-tiba alamakkk…garam habis,tetamu pulak dah on the way..Lebih baik pergi pasar mini kan…Bagitau je husband “bang, garam habis…pergi beli kat kedai jap..” Terus husband kita start motor. Tak sampai 5 minit dah bawak balik garam…

KEDUA:
Malas nak beratur, malas nak cari parking, malas nak berebut troli dan malas nak tercari-cari barang sebab confuse tak tau kat rak mana…

Ini selalu jugak terjadi kat saya kalau pergi hypermarket atau shopping complex. Dah beli barang sampai 2 troli, pastuh kena beratur panjang. Sampai turn kita, tiba-tiba cashing machine plak buat hal, habis kertas la, habis ink la, tak accept credit card la..Pastuh ada plak orang kat depan yang beli barang tak timbang, takde tanda harga, credit card kena bar la…Semua ini boleh menyebabkan kita naik bosan dan marah tak tentu pasal…Sering juga terjadi nak cari barang tak tau kat mana diorang letak..tanya pekerja pulak orang Bangla, Nepal ..sepatah pun tak paham cakap kita…So, ini dapat dielakkan kalau kita beli kat pasar mini je..semuanya within our reach..

KETIGA:
Nak elak terlebih shopping…

Memang kalau kita pergi ke hypermarket dan shopping complex ni, kita akan ter’induce’ untuk membeli barang-barang yang tak ada dalam list kita. Husband saya selalu suruh saya buat list apa barang yang nak dibeli..Memang saya buat, tapi end up bila pergi sana kan..barang yang saya beli 2 kali ganda lebih dari list, hehhe. You all pun mesti ada yang macam tu kan…

Kat hypermarket dan shopping complex ni biasanya menjual barang-barang yang kita rasa unik, yang belum pernah kita nampak dan menarik. And then, range of product pun besar, segala jenis brand pun ada..Ini menyebabkan kita terbeli walaupun kita tak perlu..Contohnya, tengah kita dok tolak troli kan, tiba-tiba je ada amoi tengah buat demo masak nasi goreng pakai perencah satu brand ni ler..dia pun hulur kat kita untuk try..Kita pun makan dan rasanya ‘wow’..dia pun pujuk kita lebih kurang, maka kita pun terbeli 5-6 peket…padahal kalau tumbuk bawang besar,bawang merah,bawang putih dan belacan sikit, tambah udang kering  atau cilipadi ke, nasi goreng kita tetap akan ‘wow’ jugak…

Kalau ke pasar mini, berdasarkan experience saya la..saya beli apa-apa yang ada je la..Jarang sangat saya nak teruja beli benda yang bukan-bukan sebabnya kat pasar mini tu pun pilihan terhad. Mata saya pun tak rambang…

KEEMPAT :
Malas nak bawak anak-anak bershopping..kecoh dan buang masa..

Pernah tak mengalami situasi ini? Bagitau anak-anak “Daddy n mummy nak pergi Jusco..” Anak-anak mesti kalut nak ikut, betul dak? Cuba pulak cakap “Daddy n mummy nak pergi kedai runcit Ahmad kat depan tu jap..” Sorang pun taknak ikut…

Kalau bawak anak-anak ni pergi hypermarket atau shopping complex, diorang punya excited satu macam..Ada pulak troli mini untuk budak-budak tu, pakat racing satu bangunan tuh..Kita yang pening kepala, mana nak cari barang lagi, nak cari diorang lagi..Risiko nak hilang anak pun besar kat sini sebab ramai orang, kita terleka je anak pun hilang dari pandangan..Yang tak best, ada bahagian toys pulak..lemah lutut akak..Jap lagi sorang-sorang angkut mainan masuk dalam troli pastuh sengih suruh bayar! Masa shoping yang boleh habis dalam setengah jam pun biasanya jadi 1-2 jam sebab nak layan karenah anak-anak.

Kat pasar mini ni kalau ikut pun takde le diorang nak  beli mainan sangat…kalau jual pun ada la papan Dam 50 sen tuh, takpun pistol air yang tah zaman bila punya..Selamat duit daddyku! Hehehe..

KELIMA:
Pasar mini biasanya ada servis hantar barang…kita telefon je bagitau nak barang apa..siapkan duit nanti dia hantar naik motor..kan senang..Temporary credit pun dia boleh bagi..mana tau kan, dah beli barang tak perasan duit tak cukup..boleh je kowtim dengan tauke, nanti kita bayar laaa..Kalau kat hypermarket, boleh ke? 

Konklusinya, bukan nak kata tak payah shopping kat hypermarket tuh, boleh..pi la shoping..saya pun pi jugak. Pasar mini pun saya layan jugak, bergantung kepada sebab-sebab yang saya sebut tadi lah…

Sekian, coretan ku yang tak seberapa ini…

No comments:

Post a Comment