Wednesday, June 27, 2012

Tanda Kekuasaan Allah s.w.t

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Entri kali ni saya nak tunjukkan gambar simpanan peribadi saya...amat istimewa...Actually ada orang complaint entri kita ni lately takdak gambaq...dok pot-pet pot-pet saja...boring...So, okaylah..nak gambar ye...ni haaaa, cuba tengok...Bukan copy-paste mana-mana tau....ori punya!

Gambar ni di ambil dari dalam kereta...Kena lah cerita sikit sinopsis ok...

Ini kereta Wira suami saya. Di dalam kereta ini, suami saya telah menggantungkan hiasan bertulis Allah (s.w.t) ,Muhammad (s.a.w) di cermin. Hiasan ini telah dibeli ketika kereta ini baru sahaja dibeli pada tahun 1999. (alaaa...tak sedap pulak ayat ni...).

Untuk makluman, kedudukan tulisan Muhammad (s.a.w) ini adalah mengadap ke dalam kereta, manakala tulisan Allah (s.w.t) mengadap ke luar kereta. Dan kereta ini memang diparkirkan di luar rumah, terdedah kepada cahaya matahari.

Dan pada tahun 2012, hampir 13 tahun usianya...lihat apa terjadi kepada kualiti tulisan Allah (s.w.t) dan Muhammad (s.a.w).....


Tulisan Muhammad (s.a.w) ...Dah blur dan kelabu dah kan.....walaupun tak kena sangat cahaya matahari..



Subhanallah...tengok tulisan Allah (s.w.t) nih, masih terang dan berkilat...tidak dimamah cahaya matahari...Matahari pun takut nak memudarkan tulisan Allah (s.w.t).

Saya begitu kagum.....

No comments:

Post a Comment