Tuesday, September 18, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh

Salam semua...

Permohonan dah dibuka ye...yang berminat nak hantar anak-anak ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh, boleh la layari http://www.moe.gov.my....dalam kotak e-perkhidmatan tuh ada pautan untuk kita daftar dan isi borang secara online...

Secara ringkas, dari website Kementerian, macam mana nak memohon:


PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP


1.       Memohon melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2.       Print satu salinan maklumat permohonan dan tandatangan.
3.       Salinan dihantar kepada Pengetua Sekolah asal

Elok print satu lagi salinan untuk simpanan sendiri ye...
 
Dan syarat-syarat kelayakan...

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP


1.       Warganegara Malaysia
2.       Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3.       Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4.       Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP


1.       Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR    diumumkan dan boleh semak di website Kementerian ye...

 Untuk senarai sekolah berasrama penuh, boleh check kat website Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di sini http://bpsbpsk.webs.com/senaraisbp.htm

Semoga dapat membantu...anybody yang ada plan nak hantar anak ke SBP, jom kita share info okay...saya pun ada hajat juga tapi just cuba la apply, mana tau rezeki anak...

TARIKH TUTUP : 31 OKTOBER 2012

**********************************************
 

No comments:

Post a Comment