Sunday, September 23, 2012

Suatu Kenyataan Yang Menakutkan...

Assalamualaikum...

Minggu ni macam banyak aktiviti je sampai nak update blog pun tak sempat...Aktiviti kroh..kroh...dah ambik masa suku hari hehehe..Ada masa free sikit kena kejan si Zafri study untuk PSRA dia pulak...Memang liat kalau  bab sekolah agama KAFA ni...sekolah pun asyik tuang je..Tadi baru je abis ajar dia Tajwid hohoho...tajwid mak pun kelam kabut...Tengok buku teks dia, amboiii...berpeluh la jugak kita nak buat revision dengan dia...Alih-alih dia yang ajar kita...wat malu jek...

Hari ni nak cerita sikit pasal fakta ye..bukan omongan kosong...membuatkan hati ini berbelah bagi nak pregnant lagi...Zulaiqa dah bising-bising nak baby girl...kita nak belikan dia Baby Alive tuh dia taknak...sebab baby tu nanti tak besar-besar...dia nak baby yang mula-mula kecik, pastuh dia besar dan besar dan besAARRR...!

Ini fakta dari paper The Star Sabtu lepas...Front page lagi...bertajuk 'TEEN MUMS ON THE RISE'. So, kita takyah cakap banyak...kita tengok nombor-nombor yang alarming nih...kurrr semangat mak nak anak pompuan lagi tau!

Check this out!

Pregnant Teens 10-19 years in 2011 - 18,652 teens of which 4,222 were unmarried

Pregnant Tens 10-19 years in 2010 - 5,962 teens of which 1,521 were unmarried

 Dan yang dah kahwin tuh, macam mana boleh kahwin muda sangat tuh...

Dannnn..ada lagi..

Dalam satu study menunjukkan 6.5% teenagers were sexually active dalam tahun 2010 berbanding hanya 2.2% pada tahun 2004!! 

Umur paling muda yang gave birth ni ialah 12 tahun...Allahuakbar...
 12 tahun beb...saya pun main anak patung lagi, diorang ni dah pegang anak sendiri...

Tak tau lah apa nak jadi dengan dunia ni...takut saya mendengarnya...Ya Allah, jauhilah anak-anak saya dari perkara-perkara sebegini...Amin!!


No comments:

Post a Comment