Saya ingin berkongsi tip-tip untuk menguruskan pembantu rumah kita. Mostly pembantu rumah kita adalah orang Indonesia, kan...dan selalu kita dengar kisah pembantu lari rumah la, pastuh kerja tak sampai setahun dah nak berhenti...Dan kita pun asyik pening kepala je walaupun ada pembantu rumah...Saya banyak bertukar-tukar cerita dan minta petua-petua dari kawan-kawan dan sedara saya yang mempunyai pembantu rumah yang loyal...Ada yang sanggup bekerja sampai sampai 7-8 tahun...
Berdasarkan pengalaman sendiri dan jiran,sahabat taulan,seboleh-bolehnya semasa recruitment process (cewahhh...), carilah ejen yang direkomenkan kawan/sedare atau cari sendiri melalui bibik-bibik jiran atau sedara mara. Kalau dapat bercakap dengan bakal maid kita tuh lagi bagus...Macam saya dulu, saya dapat peluang bercakap dengan maid saya...so saya dah bagitau requirements/kerja-kerja yang saya nak dia buat, dia setuju..maka terhired la dia untuk jadi maid saya...Yang penting, ikutlah prosedur yang ditetapkan oleh pihak Imigresen...
Bab nak menguruskan diorang ni, saya sharekan sikit tip-tip dan petua yang telah saya kumpulkan...
1) Favourite word yang kebanyakkan kawan-kawan saya bagitau:à ’PEJAM SEBELAH MATA’ saje lah...Diorang ni tahap pendidikan pun rendah, so kita kena paham la setakat mana yang diorang boleh buat.. Kadang-kadang kena ajar satu tugas tu berulang-ulang sampai paham. So, kalau ada kekurangan sikit-sikit di mana-mana tu, pejam sebelah mata aje lah...Macam rumah saya ni, kipas dah nak hitam pun saya masih pejam mata lagi, nampaknya mungkin saya yang kena panjat cuci sendiri kot...Over the time,pembantu akan bertambah cekap, so banyak-banyak bersabar..Namapun PEMBANTU RUMAH, so dia bantu aje okay...mana yang kita boleh buat tuh kita buat lah...
2) Pastikan makanan yang mencukupi untuk pembantu. Kita selalu mengharapkan pembantu buat macam rumah sendiri tetapi pembantu baru biasanya malu/takut untuk makan kalau kita tak suruh. Selalulah ingatkan mereka supaya makan pada waktunya.
Pengalaman saya, saya ada mempunyai pembantu yang malas dan ada yang rajin masak di dapur. Kalau dapat yang malas tuh, dia memang akan makan apa yang ada saja di rumah ataupun hari-hari goreng telur. Ini menyebabkan kadang-kadang diorang kurang berselera untuk makan dan nampak macam tak sihat je...DAN YANG PALING SAYA TENSION,TELUR CEPAT HABIS!!! Saya ni memang majikan yang teramat prihatin..boleh dikatakan saya rajin membelikan lauk-pauk untuk pembantu supaya dia berselera makan!
Sebaik-baiknya, apa yang kita makan, itulah yang kita bagi diorang makan jugak...jangan diberi mereka makan macam second class,okay!
3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu.
Ada pembantu rumah yang memang suka tidur awal, ada yang memang tidur lewat. Apa-apa pun seeloknya dia tidur awal la sebab esok nak bangun awal untuk uruskan anak-anak pegi sekolah. Macam saya ni, biasanya kalau diorang masih baru, saya akan buatkan bekal untuk anak-anak. Bila dah cekap tuh, malam saya akan bagitau apa yang dia perlu bekalkan anak esoknya. So, saya settlekan hal saya aje pagi tuh..Kalau waktu weekend, saya tak paksa pun dia bangun awal...dan saya tak kisah pun pukul berapa dia nak sidai baju as long as baju berbasuh la pada hari itu...
4) Berilah cuti kepada diorang. Walaupun diorang tak ke mana-mana pun sekurang-kurangnya diorang boleh rehat-rehat dibilik. Jangan treat diorang macam robot, kerja 24 jam..
Biasanya bila saya balik kampung atau bercuti, saya tak bawa pembantu rumah. Pertama sebab diorang ni ada jenis yang suka muntah and kedua, saya bagi cuti...Saya tak bagi cuti every week tapi biasanya dalan 2-3 minggu sekali (kalau kami tak bercuti/balik kampung), bibik saya akan keluar dengan kawan-kawan dia yang saya gelar Ahli Mesyuarat Tingkap...sebabnya setiap hari dalam pukul 9-10 pembantu-pembantu rumah akan berkumpul kat belakang rumah dan bibik saya akan bersembang dari tingkap dapur rumah...Agenda-agenda perbincangan termasuklah bab kenaikan gaji, hal keluarga di kampung dan sebagainya...dan kadang-kadang saya rasa bibik saya ni tugas dia sebagai pencatat minit..sebab bila dia takde, meeting pun takde...hhihi
5) Seeloknya kita jangan terbawa-bawa masalah dan stress ditempat kerja ke rumah kita sehingga bertindak kasar dengan pembantu rumah.
Betul ni...tapi saya pun manusia biasa...sometimes keluar jugak suara tinggi bila dia buat salah...tapi lepas tuh saya cool balik...Seeloknya kita kawal ketensionan dan kemarahan kita tuh...jangan lepaskan kepada suami, anak-anak mahupun pembantu rumah..Kita kena ingat, kalau bos marah kita memang kita sakit hati kan...macam tu la diorang. Ajari dan teguri mereka secara berhemah.
6) Kena bertanya keperluan asas mereka seperti sakit-demam, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin malu untuk inform kita. Jangan sampai mereka mencuri barang kita pulak. Ada majikan yang tolak wang gaji sekiranya dibelikan barang-barang keperluan ini, terpulanglah..tapi saya selalunya beri secara percuma saje...Bagi saya setakat ubat gigi setiub besar dan sabun sebiji tu berapa sen sangat, 2 bulan baru abis guna...apa salahnya kita belikan je..Kalau sakit,bawak pegi klinik...jangan biar macam tu je!
7) Sebagai manusia biasa, mereka pun ingin bersosial, nak berkawan,bersembang. Jangan terlalu disekat...bayangkan dari pukul 5.30 pagi sampai 10.00 malam diorang keje pastuh tak bercakap dengan orang...hari-hari rutin macam tuh, boleh gila tau!! Saya cuti kerja setahun tuh pun macam naik stress sebab mulut tak exercise...tak tau nak sembang ngan sape..Tapi kena pantau juga pergaulan diorang takut dapat kawan yang bagi nasihat yang negatif...Ada majikan yang risau takut compare gaji sesama sendiri dan kutuk majikan..Tapi saya releks je...sebab kita pun kadang-kadang kutuk boss gak kan, haaa pecah rahsie...kita compare gak gaji kawan kita dengan gaji kita kan...so??? As long as tak sampai ke telinga saya sudah ler...
8) Satu persamaan yang saya dapati di antara pembantu-pembantu saya ni, diorang agak sukar bercakap benar mungkin takut kepada kita... Lepas tu siapkan salahkan anak-anak kita pulak yang buat, bukan dia...padahal anak-anak tu seharian kat sekolah!! Tapi saya selalu bagitau pembantu saya supaya cakap benda yang betul...kalau salah bagitau dulu. Kalau kesalahan itu memang di atas kecuaian dia, memang la dia patut kena marah...Kalau bukan salah dia, buat apa saya nak marah...Pastuh saya cakap, kat ofis pun kalau saya buat salah, boss marah lagi teruk dari saya marah bibik tau...(saje je kasi psiko dia sikit...)...Kawan-kawan saya pun nasihat pembantu lebih kurang macam tu lah...
9) Bab-bab duit ni, seafdalnya kita jangan terlalu berkira. Anggap aje kalau lebih tu sedekah . Kebanyakkan diorang ni orang susah, kalau kita bersedekah dengan diorang, Insya Allah, Allah s.w.t akan memperluaskan rezeki kita... Sekali sekala, belikan hadiah kat diorang..hujung tahun bagi bonus...
10) Kadang-kadang anak-anak kita bersikap kasar dan berkata-kata kesat terhadap pembantu rumah kita. Mereka mungkin tersinggung tetapi tidak berani nak tegur anak-anak kita. Perasaan tu pulak disimpan dalan hati... Tegurlah anak-anak kita supaya menghormati pembantu rumah kita. Bukan apa, takut nanti lama-lama yang dipendam tu meletup...anak-anak kita jadi mangsa pulak...
11) Bersikap terbuka...pembantu rumah boleh mengadu masalah dengan kita, jadi dia tidak rasa tertekan..Kalau dia nak berhenti pun, suruh dia inform kita awal-awal, jadi kita boleh prepare apa-apa yang patut...dan dia pun takde lah terpikir nak lari kalau ada masalah...Ini elok kita bagitau dia masa dia baru start kerja..
Akhir sekali, kita kena ingat lah, tidak salah berbuat baik sesama manusia. Perkara baik akan dibalas baik oleh Allah...Insya Allah, mana tahu kita dapat pembantu yang baik dan mendoakan kita...