Thursday, February 23, 2012

Susahnya Nak Bangun Malam....

Assalamualaikum...

Kalau entri sebelum ni kita bercerita pasal pembantu rumah, apa kata malam ni kita berkisah-kisahkan hal ibadat pulak...

Saya sebenarnya secara jujur amat sukar nak bangun malam...Boleh bilang dengan jari la berapa kali saya berjaya bangun dan bersolat.padahal banyak hajat yang nak diminta nih...Ingat masa zaman sekolah asrama dulu selalu gak ada Qiamullail..saya selalu cari tempat yang ada tiang, pastuh 'hanyut'....Saya ni jenis yang sayang tidur...kalau boleh nak cukupkan 7 jam, tido pukul 11, bangun kul 6 pagi...Kalau kurang, esok tu pegi keja dengan muka yang monyok je lah...

So, saya pun tengah berusaha untuk berubah...Untuk memotivasikan diri supaya rajin bangun malam, saya telah membeli buku Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy - Djamaluddin Ahmad Al-Buni. Belum habis khatam lagi buku ni tapi adalah sedikit ilmu yang saya boleh share di sini...Kalau yang dah biasa bangun tuh boleh lah berkongsi tips tips dengan saya...

Jom hayati surah Al-Muzzammil:1-4 bermaksud "Wahai orang yang berselimut! Bangunlah (sembahyang Tahajjud) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam,atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan Tartil".

Solat malam adalah:
1.Hidangan orang soleh
2.Tanda taqarrub kepada Allah
3. Cegah dosa dan kejahatan
4. Penyembuh beberapa penyakit

Dan yang paling penting Allah s.w.t senyum kepada orang yang bangun bersolat malam (Qiamullail)..

Okay, so macam mana nak bagi senang bangun malam ni??? Secara normalnya kunci jam lah...pastuh dah bunyi jangan dok tekan snooze pulak....alamatnya memang tak bangun la...Macam saya heheheh...
Kita contohi Rasulullah s.w.t...baginda selalu tidur dengan kedudukan mengiring sebelah kanan. Rasionalnya, dalam kedudukan ini orang tidak akan nyenyak tidurnya. Sebab hati sebelah kiri, so bila mengiring sebelah kiri,hati akan rehat sepenuhnya, jadi boleh terlajak tidur...Kalau sebelah kanan,fikiran jadi aktif jadi tidur tak nyenyak...senanglah nak bangun.

Lepas tu,berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dapat bangun malam...Amalkan juga berzikir sebelum tidur,dengan izin Allah s.w.t, akan beri kita kekuatan sehingga mampu bangun malam...

Okay...stop sini dulu,nanti kita sambung lagi..Tak boleh cite panjang-panjang nanti boring pulak orang nak baca kan....Nak try bangun malam ni...good night..Assalamualaikum...doakan saya berjaya!!

No comments:

Post a Comment