Tuesday, February 14, 2012

Happy Birthday Zulaiqa!!


Selamat Hari Jadi Zulaiqa Nur Alesya…

Teringat kenangan bersalin 4 tahun lalu…tanggal 14 Febuari 2008. Kat hospital, ramai betul tengah que nak bersalin . Salah satu sebabnya sebab Valentine Day, agaknya yang mana ibu-ibu yang opt for C-Sec tu memang pilih tarikh ni untuk bersalin la…Senang nak ingat birthday kan,….Yang kelakar kat delivery room siap ada score board lagi..Kalau tak salah saya, dalam ramai-ramai yang que tu saya orang ke- 3 beranak…Gynae saya masa tu ada a few patients termasuk saya…so dia kelam kabut take turns masuk labour room kitorang, dengan kasut kuning Phua Chu Kang dia tuh…Walau pun saya di antara yang terawal bersalin, saya paling akhir dibawa masuk ke ward. Sebab saya bleeding heavily  tapi still under control. 

Inilah score board tuh...



Baru 1st time tengok dunia....welcome to the family!


Zulaiqa semasa 5 bulan


 Kesusahpayahan mengharungi waktu bersalin tuh memang hilang serta merta selepas saya menatap wajah comel puteri saya Zulaiqa Nur Alesya. Kedatangannya dalam hidup kami memang unexpectedly tapi saya bersyukur kerana dikurniakan seorang puteri pelengkap keluarga saya dan suami..So, boleh la tutup production hehehe… Mungkin secara kebetulanlah, anak-anak saya dilahirkan pada celebration days…Zafri lahir pada petang sehari sebelum raya puasa  dan Christmas (25.12.2000), Zarif on Chinese New Year  (4.2.2005) dan Zulaiqa on today. Bukanlah maksud nak bermegah-megah dengan Valentine’s Day tetapi it’s a fact that people do celebrate Valentine’s Days. Kita orang Islam tak boleh la celebrate kan…

So, semalam saya sibuk membungkus  goodies untuk kawan-kawan tadika dia yang berjumlah 75 orang tuh …Masa saya call teacher dia nak tanye berapa orang semuanya, dia bagitau 75 orang, terkedu saya…Mak aiii, ramai pulak…nak kena beli kek besar mana ek…Lama-lama saya terpikir budak-budak bukannya makan banyak mana pun. End-up saya beli kek coklat sebiji dan buatkan goodies bag. Budak-budak lebih enjoy goodies bags ni. Zulaiqa yang banyak menolong masukkan makanan-makanan dalam bags ni..At least dia belajar counting bila saya bagitau masukkan 2 biskut ni, 3 gula-gula, etc…So, dia appreciate numbers better….Bila Bangah balik sekolah dan nampak goodies ni, dia pun nak bawak untuk kawan-kawan dia sebab masa birthday dia pada 4.2.2012, mummy tak buat pun macam ni! Jadi, taknak Bangah terasa ada unsur-unsur pilih kasih, saya buatkan juga untuk kawan-kawan dia seramai 40 orang tuh…





Tapi kami tak lupa untuk celebrate birthday Zulaiqa semalam eventhough it was a small celebration tapi still a memorable moment lah…Saya beli cup cakes dalam 8 biji dan letak lilin. Bagi saya cukuplah tu sebab taknak diorang makan banyak sangat benda manis-manis waktu malam, nanti aktif balik, susah nak tidur. Tapi Zulaiqa belum dapat hadiah lagi sebab mummy masih dalam proses memilih hadiah yang sesuai dengan bajet yang ada…So,sabarlah ye…


Dulu masa kecik-kecik, saya selalu berpikir mama dan bapak saya melebihkan adik-adik saya, lebih sayang adik yang ini la, itu lah…Tapi bila dah jadi seorang ibu, baru saya tahu seorang ibu akan sayang semua anaknya sama sahaja…Cuma kadang-kadang perhatian lebih sikit kepada anak yang lain sebab dia lebih memerlukan daripada anak yang lain…Dan sekarang, roda itu berputar kembali, giliran saya pulak dipersoalkan oleh anak sulung saya yang saya ni lebih sayangkan adik-adik daripada dia…hmmmmm…..

No comments:

Post a Comment