Kita sambung lagi cerita kenangan saya nih…Bukan senang nak hidup di bumi asing nih. Masalah nak cari makanan halal lah, nak paham bahasa diorang lagi, apatah lagi nak bergaul dengan Aussies nih. Tapi Alhamdulillah, kami komuniti Melayu yang sedikit di bumi Brisbane ni managed to live in harmony. Every weekend ada usrah kat Malaysia House. So, time tu la nak tunjuk skil masak kuih kitorang hehehee…Jadi, janganlah beranggapan student yang belajar di oversea ni hanyut-hanyut semuanya. Itu lah yang mama saya takut masa nak melepaskan saya belajar ke Australia ni. Ada yang jadi lebih baik…ye la kat rumah pun takde nak pegi dengar ceramah-ceramah agama pun, tiba-tiba pegi Australia rajin pegi usrah. Saya bernasib baik sebab duduk bersama kawan-kawan yang bagus-bagus semuanya.
Tengah belek-belek album, saya terjumpa la postcard pasal bahasa pasar Aussie ni…cuba tengok
Tengok, camno kitorang tak pening masa mula-mula sampai kat sini, heheheh. Tapi kami bertuah, masa buat Foundation Year di MSM Trolak, lecturers kebanyakkannya Aussies..so at least takde le terkejut beruk…Saya masih ingat lagi first time saya masuk lecture, notes saya kosong sebab saya duduk kat belakang pastuh saya tak paham apa yang lecturer tu cakap. Kadang-kadang tuh, dah tulis notes bila compare dengan kawan sebelah, dia tulis lain,saya tulis lain pulak hehehehe…Adat la tuh kan. Tapi Alhamdulillah, boleh juga grad tahun 1996 tuh.
Nak tengok kanggaroo tak? Memang tak temimpi la dulu-dulu ni yang saya akan pegang kanggaroo...selalu tengok kat TV je...Masa first time duduk dekat-dekat kangaroo ni, mak aiiii...boleh tahan baunya....Tapi quite friendly la jugak haiwan ni, takde le nak kejar2 kitorang, or nak libas-libas kitorang dengan ekor dia tuh.
Kat sini juga terkenal dengan koala bear, tapi bila belek-belek album takde pulak yang bergambar dengan koala bear...So, tak dapatla tunjuk kat sini...
Masa cuti , saya sempatla melawat beberapa tempat yang menarik di Australia ni. Saya dan kawan-kawan melawat Canberra yang merupakan capital city, Melbourne & Sydney. Disebabkan tempat kitorang takde salji, so kami pegi Blue Mountain, rasanya kat Melbourne ni. Kat sini kami ambik crash course belajar ski dengan coach yang tak bertauliah, huhu. Tergolek-golek macam nangka busuk jugak la time tuh.
Bersama Mr John, iceman ciptaan kitorang hehehe... |
Berehat sebentar selepas penat ber skii |
Tengah tunjuk skill berskii |
Gaya seorang peluncur skii...cewahhh |
Hebat kan?? Seingat saya, saya & rakan-rakan lebih banyak bergambar dari bermain skii sebenarnya huhu...bukan senang nak skii ni cik oiiii...Dapat bergambar pun jadi la boleh tunjuk kat orang kampung.
Semasa melawat Sydney, kami sempat menaiki boat di Sydney Harbour dan dapatla tengok Opera House yang menjadi kebangggaan orang Australia ni...
Itulah serba sedikit pengalaman saya di bumi orang ni. Nanti saya sambung lagi...hari ni hari Rabu, hari melawat pasar malam sedunia...so saya stop dulu. Nanti saya sambung Part 3. Ooo ye...selamat hari Wilayah dan jangan lupa solat...Rajin-rajin baca Al-Quran tau ---> nasihat saya kepada diri sendiri dan kawan-kawan saya juga...Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment