Goooodddd morninggg Malaysia!!!!
Malam tadi saya menonton bola sepak Man U vs Liverpool bersama husband,adik dan sepupu saya. Saya bukanlah football fanatic tapi saya cuba berkongsi apa yang diminati husband saya…Sebenarnya saya pun dah target Man U menang hehehe….
Di kesempatan ini juga saya nak berkongsi kesedihan seorang sahabat saya ,Shasha kerana anak yang baru lahir dimasukkan ke hospital disebabkan jaundice yang terlalu tinggi dan siap tukar darah lagi. Hopefully,the baby will be fine dan saya akan mendoakan kesihatan anaknya…Dulu masa anak saya warded, tengok doctor nak ambik darah anak yang masih baby tuh pun saya sedih especially bila diorang menangis sampai hilang suara…
Cerita-cerita pasal anak ni, semalam semasa saya membaca Kosmo, saya tertarik dengan satu artikel. Artikel Cermin Diri oleh seorang perunding psikologi keluarga dan guaman syarie. Fuuuhhh…memang terkena sebiji kat muka…Cerita pasal Tanggang Moden. Kenapa anak-anak zaman sekarang ni dah tak hormat mak bapak sampai sanggup bunuh mak bapak sendiri? Dia kata ada 3 sebab : pendidikan,teladan dari ibu bapa dan pemakanan.
Saya rasa ramai yang dah baca artikel ni tapi saya nak cerita jugak kat sini tapi dari perspektif saya lah…kita semua ada pendapat masing-masing kan.
Bab pendidikan, memang betoi lah (maap, cek nak cakap utara sikit no…) macam penulis tu kata…kalau anak dapat result teruk untuk exam sekolah kebangsaan, huihhh…bukan main marah mak bapak ni,termasuk lah saya. Tapi kalau exam sekolah KAFA tuh? Takpa lah,asal pass tu okay la…Anak tu boleh baca Iqra’ ke tak,boleh solat ke tak ..kalau tak boleh solat,baca Iqra’ adakah kita marah sama macam bila anak gagal dalam exam sekolah kebangsaan? UPSR tak dapat 5A, habis semua benda nak potong…potong Cartoon channel Astro, potong duit elaun makan sekolah, cancel plan nak bawak jalan-jalan makan angin…tapi kalau gagal bersolat,gagal baca Al-Quran, kita buat macam tu tak? Hmmmm…..buat saya terpikir panjang…Berapa ramaikah ibu bapa yang memukul anak kerana tidak bersolat? Solat itulah yang membentuk peribadi mulia anak-anak, kalau itu tidak diambil berat…habislah anak-anak.
Gambar sekadar hiasan ...cewahhhh...Ini masa saya convo di UIA last year |
Kedua, faktor teladan sikap ibu bapa pulak…betul jugak kata penulis ni. Kadang-kadang mak bapak macam ketam mengajar anak jalan betul..diorang pun jalan menyenget je…Saya teringat masa anak saya yang sulung tu masih kecil, dia selalu menyebut perkataan ‘bodoh’, biasalah budak-budak kan cepat mengajuk cakap-cakap orang sekeliling kan..saya selalu tegur dan nasihat dia supaya jangan cakap perkataan tuh, tak baik. Tapi kadang-kadang saya atau husband tersebut perkataan tu depan dia…nanti dia plak tegur kita “ehhh…tak baik cakap bodoh kat orang nanti dapat dosa” . Dia pulak tegur kita sebijik macam apa yang kita tegur dia dulu…Kitorang pun ter malu sendiri hehehe…Nampaknya, kitoranglah yang jadi ketam tu…Cuba kita bayangkan sekiranya mak bapak sendiri pun malas solat, main ikut sempat je…asyik subuh dinasour je (subuh gajah tu kira ok lagi la hehe) tapi nak suruh anak solat awal..mana mau diorang buat macam tu kalau apa yang dia tengok hari-hari mak bapak pun tak ambik berat pasal solat kan…Saya pun terpikir,aku macam tu ke?? Tepuk dada,tanyalah iman sendiri….
Dan dengan keadaan kehidupan sekarang yang semuanya perlu duit, ramai parents yang bekerja keras,siang malam nak sara family. Sampai ada yang terlupa nak bagi perhatian kepada anak-anak. Bila kita gagal bagi perhatian dan kasih sayang pada anak-anak, macam mana nak timbul perasaan hormat dan sayang dalam diri anak-anak terhadap kita? Kita pun tak hormat dia macam mana dia nak hormat kita? Saya ada terdengar dalam rancangan radio pasal anak-anak hantar mak bapak pegi rumah orang tua. Deejay tanya patut ke tak patut? Ada pemanggil yang bagi pendapat,pada saya ada logiknya…bagi dia tak salah sebab kalau masa kecil mak bapak boleh hantar anak pergi nursery/pengasuh,kenapa pulak anak-anak tak boleh hantar mak bapak pegi rumah orang tua-tua pulak? Kalau mak bapak bagi alasan sibuk cari rezeki untuk anak-anak sampai terpaksa letak anak-anak di nursery , anak-anak pun boleh bagi alasan terpaksa hantar mak bapak ke rumah orang tua sebab sibuk cari rezeki…Ya Allah,harap-harap anak-anak saya tak berfikiran macam ni bila diorang besar nanti…..Amin.
Saya stop disini dulu…nanti kita sambung bab pemakanan…ni lagi best. Memang kaw-kaw kena sebijik kat muka kita heheheh…Tapi takpa, manusia memang tak lari dari berbuat silap. Kalau dah tahu silap,kita perbetulkanlah…
Assalamualaikum…
No comments:
Post a Comment