Pagi ini saya breakfast mi sanggul goreng..Alhamdulillah...mood rajin so dapur pun berasap la pagi ini .....kalau tak rajin, saya sanggup kayuh basikal pegi kedai mamak dekat rumah, beli roti canai hehehe...boleh gak exercise kan....
Saya nak sambung sikit lagi pasal sedekah...yup, i believe some people will find that this topic is not interesting, tapi saya nak cerita jugak...Topik-topik ilmu ni memang bukan favourite orang ramai la, saya pun kadang-kadang bila orang forward e-mail berunsurkan ilmu ni, save je dalam folder...pastuh kalau rajin baca, kalau tak buat tak tahu jugak...Tapi saya sedang cuba mengubah sikap saya, lebihkan membaca bahan-bahan ilmu dari gossip..hopefully berjaya, Amin.
Okay, kita cerita sikit adab-adab sedekah ni based on buku ini lah...
1.Bersedekah dengan harta yang halal
Tak dapat pahala pun kalau sedekah harta yang haram ni. Tapi si penerima taklah menanggung dosa. So, jika ragu-ragu tahap halal gaji anda tuh, maka sebaiknya belajar dulu bagaimana mencari harta yang halal sebelum bersedekah.
2. Bersedekah ketika sihat dan kaya
Bersedekahlah dengan apa yang anda ada hari ini, jangan nak tunggu sampai betul-betul kaya, nak tunggu duit lebih tak tau nak buat apa, baru nak sedekah. Ataupun, bila dah sakit, dah bankrupt baru teringat nak sedekah...Tak boleh la macam tuh, ada seringgit,kita sedekah seringgit dulu...
Pesanan Nabi Muhammad s.a.w, ketika Abu Hurairah r.a. bertanyakan baginda sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Baginda menjawab "ketika sihat dan kamu sangat mencintai harta,kamu takut miskin dan kamu sangat ingin kaya. Itulah peluangnya..."
3.Lakukan segera agar tidak terlepas waktu dan peluang
Sedekahlah ketika ada peluang sebab kalau ditangguh mungkin kita tidak berpeluang lagi. Contohnya, kita tahu ada orang yang sangat memerlukan wang untuk perbelanjaan hospital. Kita pulak asyik berkata "esok lah aku sedekah.." tiba-tiba orang tu meninggal dunia...jadi kita dah terlepas peluang untuk bersedekah...kan rugi...
4. Jangan bersedekah dengan harta yang kita tidak suka atau yang dah tak elok keadaannya
Sedekahlah dengan harta yang sangat kita cintai...bukan yang dah rosak,tak boleh guna. Saya terperasan jugak la kalau ada charity box kat kawasan perumahan kan...kadang-kadang tu ada la orang letak sofa yang dah koyak rabak,memang daif la keadaannya..takkan nak sedekah kat orang kot...Atau pun, sedekah baju kepada orang miskin, kadang-kadang tu baju pun terkoyak,kotor...Orang miskin tu pun tak ingin nak pakai tau...
5. Jangan mengungkit dan jangan menghina penerima sedekah
Kalau boleh janganlah dihebah-hebahkan sangat,nanti timbul riak pulak kan...Ataupun, dah bagi sedekah kat orang tu pastuh menghina atau mengungkit pulak....Tarak boleh la itu macam...sedekah kena ikhlas...
Ada satu kisah yang betul-betul terjadi kepada penulis ni ...dia accident terlanggar motosikal seorang pakcik. So, taknak panjang cerita penulis pun setuju nak tanggung kos baiki motosikal pakcik ni. Diorang pun berjanjilah, pakcik ni baiki dan bawak resit dan penulis akan bayar balik. So, setelah 2 hari pakcik tu pun datang bawak resit berjumlah rm150. Penulis pun membayar tanpa banyak soal. Bila penulis membelek resit dia noticed pada jumlah tersebut, nombor 0 tu ditambah, jelas perbezaan tulisan...Yang sebenarnya kos hanya rm15 sahaja...Penulis begitu kecewa kerana dia pun di waktu itu amat kesempitan wang tetapi dia berniatkan sedekah sahaja kepada pakcik itu. Nak dijadikan cerita, pada petang hari itu juga dia mendapat sms dari sebuah syarikat penerbitan yang dia bakal menerima royalti hasil penulisan beliau yang pertama berjumlah RM1,500.Subhanallah!! Sesuatu yang tidak diduganya....
Pernah tak kawan-kawan terjumpa duit dalam beg, yang kawan-kawan confident memang sebelum tuh tidak ada? Saya pernah mengalaminya...saya pernah berjalan-jalan di sekitar kl, kemudian saya berniat nak beli sesuatu, tetapi belek-belek dompet, duit tak cukup...so takpelah, saya cancel la niat. Plan saya, nanti saya withdraw kat ATM dan boleh la beli barang yang saya nak tuh...tengah berjalan,nampak seorang perempuan dan anak kecil,minta sedekah. Bukan orang kemboja, memang orang kita. Melihat anaknya saya teringat anak perempuan saya. Nampak pun perempuan tu macam dalam kesusahan, hati saya mudah tersentuh. So, saya sedekahkah duit. Lepas tuh saya pergi ke ATM nak keluarkan duit,saya buka dompet nak ambik kad ATM, saya terperasan dalam wallet ada extra RM50 yang memang saya pasti sebelum tu tak ada...maka saya terpikir, mungkin ini rezeki yang Allah s.w.t ganti balik kepada saya tetapi dengan jumlah yang lebih banyak...Pernah tak anda alami sebegini?
Itulah ilmu yang saya nak kongsi sedikit dengan kawan-kawan semua...semoga terbuka hati anda untuk bersedekah selalu. Jadikan ini habit setiap bulan, dapat gaji je allocate a portion for sedekah....Insya Allah ,kalau betul ikhlas niat untuk belanjakan harta ke jalan Allah s.w.t, nanti Allah s.w.t akan balas la...berganda-ganda pulak tuh...takkan tak nak kot!
Assalamualaikum...
Good post dear!
ReplyDeleteTQ...
Delete